BAB 5

Mystery & Detective Completed 5350

Selepas kejadian itu, berita mula tersebar luas dan tiada sesiapa yang berani menangkap ikan di sungai itu. Punca makanan mereka juga semakin hari semakin berkurangan akibat takut untuk pergi menangkap ikan di sungai tersebut. Penghulu kampung semakin risau dan khuatir jika keadaan ini semakin berpanjangan. Beliau telah mati akal untuk mengusir buaya itu dari sungai itu malah strategi untuk menangkap buaya itu pun tidak menjadi. Tiba-tiba datang seorang pahlawan kampung menawarkan diri untuk menangkap dan membunuh buaya tersebut.

“Tok penghulu jangan khuatir lagi kerana saya sendiri yang akan membunuh buaya gergasi itu, dan memberikan keamanan kepada kampung kita ini”

kata Pahlawan Larada itu kepada Tok penghulu dengan megahnya dia berkata dan terus berlalu pergi ke sungai tersebut. Namun begitu, Pahlawan Larada telah menjadi korban semasa berlawan dengan buaya gergasi tersebut walhal segala senjata seperti pedang, lembing, dan panah semua telah digunakan tetapi tidak juga dapat membunuh buaya itu.

Kulit buaya tersebut yang sungguh keras seperti perisai yang kebal tiada sedikit pun kesan luka akibat daripada senjata yang digunakan. Akhirnya Pahlawan Larada terkorban dan Tok Penghulu pula semakin risau perkara ini akan berlarutan tanpa ada penyelesaian yang kukuh.

Setelah berfikir panjang Tok Penghulu pun mengambil keputusan untuk berpindah ke kampung yang baharu. Walaupun teramat sedih kerana baginya dia seorang ketua yang tidak boleh diharap dalam menjaga keamanan penduduk kampungnya, dan pada masa yang sama juga penduduk kampung dengan rela hati bersetuju daripada keputusan tok penghulu tersebut walaupun berat untuk di terima.

Tok Penghulu dan penduduk kampung pun mula bergerak untuk keluar dari rumah masing-masing tetapi tiba-tiba datang seorang lelaki misteri yang lengkap bersenjata berdiri di hadapan rumah Tok Penghulu. Badannya tingggi lampai, gagah perkasa, dan nama lelaki tersebut adalah Pahlawan Mostyn berasal daripada Bukit Menumbuk. Dia Bertanyakan arah sungai yang dimaksudkan oleh seluruh daerah ini.

“Dimanakah sungai yang mempunyai buaya gergasi itu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience