BAB 6

Mystery & Detective Completed 5350

“Siapakah gerangan orang muda datang bertanyakan hal sedemikian?” Tanya tok penghulu kampung dengan perasaan yang ingin tahu.

“Saya ingin membunuh buaya tersebut kerana telah membunuh sahabat ku “

Lelaki itu ingin membalas dendam di atas kematian sahabatnya iaitu Pahlawan Larada kerana telah di bunuh oleh buaya putih gergasi itu. Lantas tok penghulu memberi arah di mana letaknya sungai tersebut . Pada masa yang sama Tok penghulu mengajak Lelaki misteri itu bermalam di rumahnya.

Pada malam tersebut Tok Penghulu telah mendapat mimpi yang aneh iaitu kampung tersebut akan di landa musibah akibat kematian seorang wanita cantik berbaju putih di tepi sungai di kampung mereka. Tok Penghulu pun menganggap itu sebagai satu petanda buruk yang akan di terima oleh penduduk kampung tersebut.

Keesokkannya lelaki misteri itu ataupun di kenali sebagai Mostyn segera menuju ke sungai tersebut dan pertarungan Buaya gergasi putih itu. Pahlawan Mostyn mengambil masa yang panjang sehingga berlarutan kepada dua hari satu malam dan pada hari ke 2 tersebut Mostin telah mengalahkan Buaya putih tersebut. Terlantar sekujur mayat buaya itu di tebing sungai tetapi tiba-tiba keluar cahaya yang terang dari tubuh buaya putih itu dan berubah menjadi susuk tubuh seorang wanita cantik yang sedang nazak. Wanita itu seperti berbisik mengatakan sesuatu kepada tok penghulu.

“kampung ini akan dilanda banjir dan berlaku malapetaka selepas 7 hari mayat ku di tanam”

Wanita itu memberitahunya cerita sebenar tentang suaminya yang kejam telah menyumpahnya menjadi seekor buaya putih gergasi. kemudian telah membunuhnya dengan cara yang kasar kerana lelaki yang membunuhnya bukanlah seorang manusia yang baik hati tetapi seorang yang kejam kerana memiliki hati yang gelap. Setelah Tok Penghulu mengetahui hal tersebut Tok Penghulu meminta maaf dan menanamkan mayat wanita itu ditempat yang tidak diketahui di kampung tersebut dan lelaki misteri itu hilang secara tiba-tiba tanpa dikesan oleh penduduk kampung tersebut.

Itulah saat terakhir tok penghulu melihat wanita tersebut. Suara wanita tesebut masih lagi terngiang-ngiang di hujung telinga tok penghulu.

“Tidak mungkin perkara sedemikian akan terjadi”

Kata tok penghulu untuk mententeramkan hatinya yang gundah gulana itu. Tok penghulu dan penduduk kampung mengadakan majlis keramaian iaitu pada malam ketujuh bersamaan dengan hari jumaat kerana mereka akhinya selamat daripada buaya tersebut.

Pada malam majlis keramaian itu penduduk kampung yang sedang asyik kegembiraan tiba-tiba dikejutkan oleh suara kilat dan guruh yang berdentum dengan kuatnya yang bertukar secara tiba-tiba. Malah pada saat itu air sungai yang tenang berubah menjadi ombak yang besar dan deras sekali gus telah meranapkan rumah dan mentenggelamkan kampung itu dengan tanpa belas kasihan. Seluruh penduduk kampung itu telah mati di bawa arus deras akibat banjir besar tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience