BAB 1

Mystery & Detective Completed 5350

Jika melihat pada tanggal hari ini yang tertera pada kalendar, maka genaplah lima bulan pemergian dua insan yang paling Aku cintai iaitu mama dan papa. Aku kini tinggal bersama-sama dengan nenek dan atok ku yang berada di kampung. Suasana kampung memang amat berbeza sekali dengan suasana bandar kerana Aku yang sememangnya lahir di bandar besar yang penuh dengan suara kebinggitan warga kota. Aku juga tiada adik-beradik yang lain oleh sebab itu nenek aku terus membawa Aku pulang ke Sabah tempat kelahiran mama ku yang berketurunan bumiputera iaitu berbangsa Bugis.

Kalau nak tahu, nama kampung halaman ibuku adalah Mostyn iaitu sebuah kampung yang bolehlah di katakan pedalaman kerana lebih kurang 5 km daripada pekan Kunak ini kerana ia adalah sebuah daerah yang kecil sahaja dan terletak di tengah-tengah antara Bandar Tawau dan Lahad Datu. Bermula kehidupan baharu dengan tinggal di kawasan pedalaman dan tinggal bersama-sama nenek dan atok Aku. Walaupun kampung ini terletak di kawasan pedalaman namun mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sehingga telah membuat aku jatuh cinta dengan keindahan ciptaan tuhan ini.

Aku amat merindui mereka teringatkan kisah yang lalu bersama-sama keluarga iaitu mama dan papa. Kasih mereka amat bererti bagi ku yang sememangnya tidak dapat di ganti seperti kaca dan permata. Tanpa Aku sedari nenek memanggilku dengan nada yang lembut.

“Anim…”

“Ya, nek?”

“Anim tengah mengelamun jauh nampak sampai nenek panggil tak dengar pun”

“Anim…Anim…Anim rindu kat mama dan papa. Rindu sangat” kedengaran suara gadis yang comel berumur 15 tahun yang agak sayu. Tiba-tiba air mata menitis jatuh dari pipi yang gebu itu.

“Nenek pun rindukan mama dan papa kamu tu sebab mama kamu saja lah satu-satunya anak nenek yang ada. Anim janganlah sedih sangat redhakan sahaja pemergian mereka dan doakan mereka semoga berada di sisi Allah”.

Aku melihat Nenek yang cuba menahan emosinya supaya menenangkan hati ku ini. Aku sangat faham dengan karenah nenek ku ini, yang seorang ibu yang penyayang malah sentiasa ada di sisi saat Aku memerlukan sokongan dan semangat semasa Aku dalam kesulitan. Oleh sebab itu lah Aku setuju untuk tinggal bersama nenek walaupun tinggal di Kampung yang terpencil.

“Jom lah masuk tidur sudah lewat ni.”

“Baiklah nenek Anim masuk tidur dulu ya”

Aku yang sememangnya penat kerana waktu petang tadi Aku mengayuh basikal di sekitar kampung ini. Tetapi ada sesuatu yang mengganggu fikiran ku, kerana kejadian petang tadi sangat pelik dan lebih-lebih lagi setelah Aku dikejutkan dengan suara yang pelik dihujung tasik yang mempunyai tanda ‘DILARANG MASUK’ semasa Aku laluinya. Sedang Aku berfikir, mata ku yang mula layu tanpa sedar Aku telah tertidur dengan perbagai soalan dalam fikiran mengenai kejadian tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience