BAB 3

Mystery & Detective Completed 5350

Ceritanya bermula apabila terdapat sebuah kampung iaitu Kampung di kawasan pedalaman yang ramai bilangan penduduknya dan kerja penduduk kampung ini dengan menangkap ikan di sungai serta bercucuk tanam.

Tok Madi adalah penghulu bagi kampung itu dan beliau seorang ketua kampung yang sangat bertanggungjawab dalam menguruskan kampungnya sehingga kampungnya sentiasa mendapat tempat pertama jika bertanding dengan kampung-kampung yang lain terutamanya kebersihan dan kecantikan kampung tersebut. Tapi pada suatu hari terdapat desas-desus yang mengatakan terdapat seorang penduduk kampung iaitu Abang Lesang yang merupakan penangkap ikan di sungai dan telah melihat bayangan seperti seekor buaya yang besar tetapi apabila Abang Lesang menggocak-ngocakkan air tiba-tiba bayangan itu telah hilang.

Pada waktu pagi itu Pak Mail dan Abang Lesang memulakan kerja harian mereka dengan menangkap ikan di sungai setelah selesai menangkap ikan Abang Lesang dan Pak Mail pun duduk berehat di tepi tebing sungai.

“Lesang mari la duduk di tepi pokok ini, cuaca panas betul hari ini.”

“Erm… ndak apa lah Pak Mail kejap lagi saya duduk di situ setelah selesai tugas saya ini.”

Pak Mail yang kesiankan Lesang yang bertungkus-lumus memasukkan ikan ke dalam baldi besar hasil daripada tangkapan mereka berdua. Lalu setelah selesai memasukkan ikan di dalam baldi Lesang pun berjalan ke arah Pak Mail, dan secara tiba-tiba Lesang terlihat sesuatu benda yang lalu di sebalik semak samun itu dan matanya terus melirik apa yang ada disebalik semak tersebut.

“Pak Mail cuba kau tengok di sebalik semak samun itu”

“Kenapa?” soal Pak Mail dengan nada yang ketakutan.

“Saya rasa ada benda bha yang bergerak disebalik semak samun itu, tapi benda tersebut bergerak dengan pantas sekali seperti panahan kilat.”

“Tiada pula aku lihat sebab aku terlelap sebentar tadi.”

Pak Mail tersenyum sumbing kerana dia sendiri ketakutan dan berpura-pura tidak melihat kejadian tersebut walhal dia turut melihat disebalik semak samun itu sebelum berehat di bawah pokok ini. Pak Mail dapat merasakan bahawa seperti ada mata yang memerhatikan pergerakan mereka berdua sejak sampai di sungai ini dari pagi lagi tetapi Pak Mail menganggap itu adalah salah satu ilusinya sahaja.

“Bah jom la kita pulang ndak lama mau petang sudah ni, lapar sudah aku dari tadi ni” Kata Pak Mail kepada Lesang untuk mengajaknya pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience