BAB 7

Mystery & Detective Completed 5350

Anim yang sedang khusyuk mendengar cerita neneknya itu tiba-tiba dikejutkan dengan suara azan yang berkumandang yang menandakan telah masuk waktu maghrib.

“Nek… bagaimana pula lelaki itu nek, adakah dia datang semula ke kampung ini?”

“Nenek pun tidak mengetahui cerita lelaki misteri itu Anim”

“Oh..sekarang barulah Anim faham nek mengapa kampung ini di panggil kampung mostyn, sebab menggunakan nama pahlawan misteri itu kan”

“Iya saying, dan sebab itulah kamu mengapa berasa pelik dan mendengar suara halus kerana nenek moyang kita merupakan keturunan daripada buaya putih gergasi itu.

Terang nenek kepada cucunya yang sememangnya sangat naïf dan khusyuk mendengar ceritanya dari awal sehinggalah ke hari ini sambil mengusap-usap kepala cucunya itu dengan lembut. Nenek kemudian mengajakku masuk kedalam rumah kerana maghrib telah pun masuk.

“Nek.. Anim angkat baju dulu di ampaian bawa ya. Nanti Anim naik kemudian.” Jelas Anim kepada neneknya itu.

Aku pun menuruni tangga untuk pergi mengutip pakaian yang masih bersisa di ampaian. Setelah habis mengutip baju-baju di ampaian tiba-tiba, Aku merasa seperti melihat satu cahaya putih di sebalik pokok durian di tepi bucu rumah.

Kemudian Aku menggosok-gosok mata ku kerana mungkin imaginasi sahaja tetapi aku melihat dengan jelas cahaya tersebut menampakan seperti susuk tubuh manusia. Susuk tubuh itu merupakan wanita yang cantik sambil tersenyum dan melambai-lambaikan tangannya kepada ku.

“Tidak mungkin perkara ini benar” kataku dalam hati.

Lalu aku mencapai pakaian itu dan sepantas kilat berlari naik ke rumah. Dalam pada aku berlari aku sempat mengumpul kekuatan menoleh ke belakang memeriksa kalau-kalau masih ada kelibat wanita tersebut di pokok tadi namun aku lihat dia sudah lesap, hilang dari pandangan mata kasarku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience