BAB 2

Mystery & Detective Completed 5350

Selepas menunaikan solat subuh, lantas Aku turun ke dapur untuk membantu nenek menyiapkan sarapan pagi. Setelah selesai membantu nenek menyiapkan sarapan Aku, nenek, dan atok bersarapan bersama-sama. Hobi ataupun rutin yang Aku lakukan setelah tinggal bersama dengan nenek di kampung adalah membantu nenekku mengemas rumah dan kemudian temani Atok pergi ke kebun untuk menanam sayur-sayuran walaupun kebun Atok taklah seluas mana pun tetapi cukup besar bagi ku.

“Anim…. Pergilah berehat kamu tak penat ka dari pagi bantu nenek dan atok ni? ”

“Tak da lah nek Anim tak penat pun, lagilah Anim suka dapat bantu nenek dan atok ni”

Aku gembira dengan apa yang Aku lakukan sekarang. Aku yang sememangnya sangat suka suasana kampung ini kerana telah membuatkan perasaan Aku menjadi damai, seperti angin yang bebas bergerak tanpa dilihat tetapi mampu dirasai. Aku tersenyum puas melihat hasil kerja ku. Aku betul-betul berasa puas dengan apa yang Aku lakukan namun turut memberikan aku beberapa persoalan yang bermain-main di fikiran ku ini sejak hari-hari yang lalu. Perasaan aneh sentiasa ada terutamanya jika Aku lalui TEMPAT tersebut. Tanpa Aku sedari kini nenek berdiri dihadapan ku dan memandang dengan riak muka yang keletihan.

“Nek sihat tak?”

“Nek sihat cuma nenek pelik lihat perangai kamu ni yang kadang-kadang senyum sendirilah, lepas tu muka kamu tu macam takutkan sesuatu.”

“Erm….. Nek Anim tanya sesuatu. Boleh?”

“Boleh, Anim tanya ja lah mana yang mampu nek jawabkan ya”

Aku memulakan ceritaku tentang perasaan yang aku rasai dan lebih penting lagi adalah perasaan setiap kali Aku lalui kawasan tersebut dengan mendengar suara yang aneh seperti menyapaku. Setelah Aku selesai bercerita, Aku baru perasaan riak muka nenek terus berubah seperti muka orang yang terkejut dan terpaku Nek setelah mendengar ceritaku ini. Nenek yang dari tadinya mendiamkan diri tiba-tiba duduk disebelah ku dan terus memeluk ku dengan erat, tanpa suara hanya pandangan mata nenek sahaja yang memberikan isyarat kepada ku. Setelah nenek leraikan pelukannya dari ku, nenek terus memandang ku tanpa kelip dan tiba-tiba nenek bersuara dengan memberikan soalan yang amat pelik kepada ku.

“Anim nak dengar sebuah cerita tak!!!!!” dengan nada yang tinggi nenek utarakan kepada Aku.

“Cerita apa ya nek. Adakah ini berkaitan dengan apa yang berlaku dengan Anim nek”

Nenek terus mengangguk kan kepalanya dan memulakan ceritanya dengan menyebut “Buaya Gergasi Putih”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience