BAB 2

Romance Completed 5404

7 BULAN YANG LALU…

Selesai makan tengahari, aku dan Zarith Sofea jalan berpimpinan tangan menuju ke tempat letak kereta sambil berbual mesra. Tiba-tiba kami disapa oleh seorang gadis yang sopan, berbaju kurung dan bertudung litup.

“Assalamualaikum,” ucapnya lembut. Kami hanya menjawab tanpa rasa ikhlas. Dalam hatiku bukan main marah lagi waktu itu. Apa, dia tak nampakkah yang kami sedang bermanja-manja waktu itu? Kenapa masih nak mengganggu? Potong stim betul! Aku menyeranah gadis itu dalam hati. Dan aku juga yakin Sofea turut merasai perkara yang sama. Bengang! Gadis itu menyerahkan sesuatu kepada kami.

“Oh, maaf ya. Kami tak berminat nak beli,” ucap Sofea dalam nada kurang senang.

“Oh, tidak. Jangan salah faham. Saya bukan nak jual barang. Saya cuma nak berikan risalah ni, untuk tabung bantuan Palestine. Kalau cik dengan encik ni rasa nak beri sumbangan ikhlas, boleh bank inkan aja ke dalam akaun yang tertera di flyers ni,” ucapnya lembut. Sebaik kami mengambil risalah yang dihulurkannya, dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Di kala itu, bagaikan ada kuasa magnet yang telah menarik pandangan mataku dari terus memerhatikan gadis itu yang kian menjauh. Seketika aku terleka, tanpa kusedari Sofea turut memerhatikan gelagatku.

“Sayang! You tengok apa tu?” sergah Sofea. Aku tersentak, tak tentu hala.

“Ah, err… tak ada apalah. Dah, jom!” Cepat-cepat aku sedar yang aku sudah terlebih-lebih. Ah, tak mungkin. Gila!

“You ni kenapa? Jangan beritahu I yang you dah jatuh hati pada perempuan tadi tu!” ucap Sofea kurang senang.

“Apa yang you cakap ni? Jangan merepeklah! Ada pulak I dah jatuh hati kat perempuan tadi tu? Pleaselah, bukan taste I!” ucapku.

Dan tidak lama selepas itu, aku bertemu lagi dengannya. Ketika itu dia hanya keseorangan di restoran Secret Recipe dan sedang sibuk menaip sesuatu pada komputer ribanya.

Di kala itu hatiku bagaikan meronta-ronta untuk mendekatinya. Aku menarik nafas dalam dan terus melangkah ke arah meja di mana tempat gadis itu duduk.

“Assalamualaikum,” ucapku gugup. Dia mengangkat wajahnya.

“Waalaikumsalam. Ya, ada apa?” soalnya.

“Err… cik tak ingat saya?” soalku. Dia mengerutkan dahi dan menggeleng kecil.

“Hari tu, cik ada serahkan saya sekeping flyers untuk batuan tabung Palestine. Ingat lagi tak?” soalku lagi. “Oh, maafkan saya Encik…”

“Johan!”

“Ya, Encik Johan. Err… saya tak perasan. Maklumlah, terlalu ramai orang yang telah saya berikan risalah tu. Manalah saya nak ingat.”

“Tak apa, saya faham. Err… boleh saya duduk?”

“Ya, silakan.”

Dari situlah bermulanya perkenalan kami. Nur Asiah Hanim, indah nama itu. Namun dia lebih senang dengan panggilan Hanim. Kami berbual panjang sambil menikmati minum petang kami. Dari situlah aku mengetahui yang Hanim merupakan seorang penulis bebas dan dalam waktu yang sama dia juga merupakan salah seorang ahli sukarela pertubuhan Aman Palestine.

“Saya teringin sangat nak ke Palestine dan melihat sendiri penderitaan saudara-mara Islam kita di sana selain ingin memberi bantuan kepada mereka semampu yang boleh. Kemudian, saya mahu menulis sebuah jurnal tentang pengalaman saya ketika berada di kem pelarian sana,” ucapnya. Sungguh, aku benar-benar kagum dengan keluhuran hati gadis ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience