BAB 5

Romance Completed 5404

TANPA KUDUGA, suatu hari aku telah menerima satu pesanan ringkas dari Hanim. Betapa gembiranya aku, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia ingin bertemu denganku di Secret Recipe di mana tempat kami minum petang bersama buat kali pertama beberapa bulan yang lalu.

Dari jauh, aku dapat melihat dia sedang menunggguku di meja yang sama. Aku tersenyum dan terus melangkah laju menghampirinya.

“Assalamualaikum,” ucapku. Dia mendongak lalu menjawab salamku.

“Terima kasih, Hanim. Akhirnya awak sudi jugak untuk berjumpa dengan saya. Saya ingat awak benar-benar tak mahu jumpa dengan saya lagi, macam yang awak cakapkan hari tu,” ujarku. Dia terdiam.

“Saya nak jumpa dengan awak ni bersebab, Johan,” ujarnya pula setelah menyepi seketika.

“Saya pun ada perkara yang nak disampaikan kepada awak. Tapi tak apa, saya beri peluang untuk awak cakap dulu,” ucapku teruja.

Dia menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya pelahan.

“Johan, pertama sekali saya ingin meminta maaf dari awak di atas setiap kesilapan yang telah saya lakukan terhadap awak sejak mula kita kenal sehinggalah sekarang. Saya tahu awak terluka dengan saya. Tapi saya jugak nak awak tahu yang saya jugak terluka dan kecewa setelah mengetahui siapa awak sebenarnya,” ucapnya perlahan.

“Jadi awak lebih mempercayai Sofea berbanding saya? Macam tu? Sekarang saya nak tahu, awak lebih mengenali saya ataupun Sofea?” soalku tak puas hati.

“Awak jangan salahkan Sofea. Dia tu mangsa yang teraniaya oleh kita berdua. Kalau saya berada di tempat Sofea, kemungkinan saya jugak akan melakukan perkara yang sama. Bukan kerana dendam, tetapi demi maruah.” Aku mengeluh berat.

“Entahlah, Hanim. Saya dah penat nak bertelagah untuk mempertahankan diri saya. Sekarang ni, semua orang salahkan saya. Semua meletakkan kesilapan di bahu saya sampaikan saya terasa amat beban. Tak apalah, Hanim. Saya maafkan awak, walaupun awak tak pernah buat silap dengan saya. Dan saya jugak nak mohon maaf andainya perbuatan saya selama ni telah membuatkan awak terluka dan kecewa.”

Sepi seketika sebelum dia menyambung kata-katanya.

“Johan, esok Aman Palestine Malaysia akan menghantar pasukan sukarela ke Gaza. Dan saya merupakan salah seorang ahli sukarela yang akan menyertai misi ni. Saya pernah ceritakan kepada awak kan, yang saya teringin nak ke sana dan memberi bantuan di kem pelarian? Alhamdulillah, akhirnya apa yang saya hajati telah termakbul,” ucapnya tenang. Namun sebaliknya, aku pula yang tercengang mendengar apa yang dikatakan oleh Hanim itu.

“What?” hampir tak terkeluar suara itu.

“Esok awak nak ke Gaza, dan baru hari ni awak nak beritahu saya? Kenapa, Hanim? Kenapa? Kenapa awak benci sangat pada saya? Apa salah saya sampai awak hukum saya macam ni sekali?”

“Johan, saya tak pernah bencikan awak. Malah awak tak pernah buat salah pada saya. Saya yang silap. Sebab kehadiran saya telah mengganggu hubungan awak dengan Sofea. Saya beritahu awak ni pun, sebab saya nak minta maaf dari awak. Saya takut kalau terjadi apa-apa pada saya di sana nanti, sekurang-kurangnya saya dah dapat pengampunan dari awak.” Aku mengeluh lagi. Balik-balik Sofea! Sudah berapa kali aku katakan yang aku dah tak ada apa-apa dengan gadis itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience