BAB 3

Romance Completed 5404

SEMENJAK dari itu, kami mulai rapat. Boleh dikatakan hampir setiap malam aku menghubungi Hanim. Namun, dalam waktu yang sama hubunganku dengan Zarith Sofea kian renggang. Aku bukan sahaja semakin jarang bertemu dengan Sofea, malah jarang juga menghubunginya.

Seringkali Sofea menghubungiku, namun seringkali juga aku tidak menjawab panggilan dan juga khidmat pesanan ringkasnya. Aku sendiri tak faham mengapa aku harus menyeksa jiwa Sofea seperti itu. Apa yang pasti kini, aku lebih menyenangi Hanim berbanding Sofea.

Hubunganku dengan Hanim makin hari makin mesra. Malah perasaanku terhadapnya juga kian mekar. Sejujurnya, aku tak pernah bertahan dengan seorang gadis lebih dari dua bulan! Hanim adalah gadis yang paling lama aku jalinkan hubungan dengannya.

Sehinggalah hubungan kami dihidu oleh Sofea. Suatu hari, pejabatku telah diterjah secara tiba-tiba oleh Sofea.

“How dare you do this to me!” marahnya sambil menumbuk mejaku kuat. Di kala itu, ramai pekerja-pekerjaku menjeling di sebalik cermin kaca yang memisahkan bilikku dengan ruang pejabat.

“What’s wrong with you, Sofea? Yang you tiba-tiba datang sini nak mengamuk tak tentu fasal tu apa hal?”

“You owe me an explanation, Joe! Kenapa dah lama tak contact I? Bila I call, you tak jawab. Bila I SMS pun you tak pernah reply. Can you explain to me why?” soalnya. Aku menghelakan nafas berat sambil bermain-main sebatang pen di hujung jari.

“Why, Joe? Why? Betul ke you ada hubungan dengan perempuan lain di belakang I?” soalnya lagi. “Come on, Sofea. Ini pejabat. Tolong jangan buat kecoh di sini, please!”

“I takkan pergi selagi you tak berterus-terang dengan I!”

“Okay, fine! You nak tahu sangat kan? Yes, memang I ada hubungan dengan perempuan lain. Dan I jugak dah rancang nak lamar dia sebagai isteri I. Puas hati you?” ucapku geram. Kulihat dada Sofea berombak kencang.

“And what about me? Mana janji-janji you yang you nak kahwin dengan I dulu?” ujar Sofea sebak. “Excuse me? Bila masa I janji nak kahwin dengan you? I cuma cakap sekiranya ditakdirkan, I akan kahwin dengan you. Tapi sekarang ni I dah jumpa orang lain. So what’s now?” cabarku.

Sofea terdiam. Kulihat matanya mulai berkaca dan melimpah manik-manik jernih menuruni pipinya.

“Sampai hati you buat I macam ni! Tak apa, Joe. You akan terima akibatnya nanti. Hei, ini Sofealah! You jangan ingat senang-senang you nak permainkan I macam betina-betina lain. Kalau you ingat I macam mereka semua, silap besarlah you! You tunggulah!” ugut Sofea dan terus berlalu keluar dari bilik pejabatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience