BAB 1

Romance Completed 5404

“Sampai di sini aja hubungan kita. Saya tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan awak hatta sebagai kawan sekalipun!” Kata-kata yang terlontar dari mulut gadis di hadapanku ini benar-benar membuatkan hatiku berderai.

“Tapi kenapa, Hanim? Apa salah saya?” soalku sayu. Hanim menarik nafas dalam. Aku tahu, dia sedang menahan sebak.

“Awak tak salah, Johan. Saya yang salah. Saya yang tak sedar diri. Sepatutnya dari mula lagi kita tak seharusnya berkawan. Saya tak tahu macam manalah saya boleh tak ingat masa mula-mula kita berjumpa dulu, waktu tu awak bersama teman wanita awak. Saya yang silap!” luahnya sebak.

“Teman wanita? Maksud awak, Zarith Sofea?” soalku. Dia terdiam tanpa reaksi.

“Hanim, dengar sini. Saya dengan Sofea tak ada apa-apa. Kami sekadar kawan biasa. Saya tak ada perasaan langsung pada dia!”

“Sudahlah, Johan! Awak ingat saya tak tahu? Awak ‘ayat’ Sofea dengan kata-kata manis awak tu sampai dia menaruh hati pada awak, lepas tu senang-senang awak nak tinggalkan dia macam tu aja? Dan sekarang ni perkara yang sama jugak awak nak buat pada saya, kan? Bila awak dah jemu, awak akan tinggalkan saya seperti mana awak buat pada Sofea dan gadis-gadis lain sebelum ni!

Maaf, Johan. Saya bukan gadis yang senang dipermain-mainkan seperti yang awak sangka. Sebelum hubungan kita semakin jauh, dan sebelum awak lukakan hati saya, lebih baik kita hentikan aja semuanya di sini. Selamat tinggal, Johan.

Lepas ni saya tak nak jumpa awak lagi. Lupakan saya!” Belum sempat aku berkata apa-apa, Hanim telah berlalu.

“Hanim! Asiah Hanim!” jeritku, memanggilnya. Namun dia tetap meneruskan langkahnya meninggalkan aku yang masih terpacak kaku di situ.

Tengahari itu, aku pulang dengan perasaan hiba dan kecewa. Sungguh, aku benar-benar tak dapat menerima keputusan Hanim untuk mengakhiri hubungan kami.

Aku terbaring lemah sambil merenung siling kamarku yang berukiran indah. Benarkah Hanim mahu mengakhiri hubungan kami yang belum pun mencecah ke usia setahun jagung ini?

Adakah keputusan ini lahir dari hatinya yang tulus? Ah, tak mungkin. Tak mungkin semudah ini Hanim mahu melupakanku. Sedangkan gadis-gadis yang pernah aku kecewakan sebelum ini begitu sukar untuk menerima kata-kata perpisahan dariku.

Malah, ada juga yang masih menaruh harapan terhadapku walaupun sudah bertahun aku meninggalkan mereka. Mungkin Hanim masih marah. Sebab itu dia telah bertindak mengikut perasaan tanpa berfikir secara rasional.

Aku sedar, aku bukanlah seorang lelaki yang baik. Kehidupanku selama ini hanya dikelilingi oleh gadis-gadis cantik dan seksi. Dengan kepakaranku dalam berkata-kata manis telah membuatkan mereka semua terkulai dalam dakapan cinta palsuku.

Sebenarnya, aku bukanlah cintakan mereka semua. Aku sekadar menjadikan mereka sebagai bahan permainan atau hiburan semata-mata. Aku terlalu bangga apabila didampingi gadis-gadis cantik. Sehinggalah aku bertemu dengan Hanim.

Pada mulanya, aku hanya berniat untuk mepermain-mainkannya seperti yang telah aku lakukan terhadap gadis-gadis lain. Namun kuasa Ilahi tak ada siapa yang tahu. Aku pula yang tewas. Aku benar-benar merasakan yang aku telah jatuh cinta.

Ya, aku telah jatuh cinta. Bukan dengan seorang gadis seksi dan urban, tetapi dengan seorang gadis sopan lagi muslimah! Buat kesekian kalinya aku mengeluh berat. Nur Asiah Hanim… Jiwaku menyeru namanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience