BAB 4

Romance Completed 5404

SEMINGGU kemudian, sepucuk surat berdaftar telah sampai ke pejabatku. Sofea telah menfailkan saman ke atasku kerana telah memungkiri janji.

Aku sama sekali tidak menyangka Sofea begitu berani dan sanggup bertindak sejauh ini. Malahan dia juga telah membuat laporan polis terhadapku atas tuduhan menipu dan memungkiri janji.

Aku mengeluh berat. Tak tahu apa yang harus aku katakan lagi. Ya, kini aku benar-benar menyesal. Aku menyesal dengan setiap perbuatan yang telah aku lakukan dulu. Aku telah melukakan ramai wanita. Aku berdosa. Ya Allah… hatiku merintih pilu.

‘Hanim, saya benar-benar perlukan awak sekarang ni. Tolonglah… Berilah saya peluang untuk saya perbaiki diri saya, tolonglah….’

Masuk kali ini sudah berpuluh kali aku menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Hanim. Namun, satu pun tidak dijawabnya. Hanim terus menyepi. Benci sungguh dia terhadapku.

Aku tahu, perubahan sikap Hanim ini turut berpunca dari Sofea. Aku juga tahu apa yang telah Sofea lakukan sehingga mengundang kemarahan Hanim. Sofea telah bertemu dengan Hanim secara rahsia.

Dari situ, Sofea telah membongkar segala-gala tentang diriku kepada Hanim. Malahan, Sofea juga telah mengingatkan Hanim tentang pertemuan pertama antara kami bertiga ketika Hanim menyerahkan risalah ‘Bantuan Palestine’ kepada kami beberapa bulan yang lalu.

Argh! Selama ini, aku tak pernah merayu dan meraih apa-apa dari seorang wanita. Entah bagaimana lain pula yang terjadi ketika ini. Hanya kerana seorang gadis bernama ‘Hanim’, aku sanggup membuang pendirianku yang tertanam kukuh di dada ini jauh-jauh.

Aku bagaikan seorang hamba yang sanggup sujud di kaki tuannya demi meminta belas ehsan. Dasyat sungguh penangan gadis bernama ‘Hanim’ ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience