BAB 6

Romance Completed 5404

“Awak dah nekad, Hanim?” Dia mengangguk.

“Saya nekad, Johan.”

“Awak pasti? Dah fikir habis?” Lama dia terdiam dengan pertanyaanku itu sebelum mengangguk kecil.

“Saya dah fikir masak-masak. Takkan ada sesiapa pun yang dapat mengubah keputusan saya ni. Lagipun, inilah impian saya sejak saya menyertai Pertubuhan Aman Palestine setahun yang lalu. Saya nak bantu saudara-mara kita yang sedang mengalami kesusahan.”

“Habis tu, saya macam mana?” soalku sebak.

“Awak boleh teruskan kehidupan awak macam biasa, Johan.”

“Hanim, kehidupan saya takkan sama sepertimana adanya awak di sisi saya…”

“Awak tak payah nak mereka-reka ayat manis awak tu supaya saya boleh tarik balik keputusan saya ni. Walau apa sekalipun, saya tetap akan pergi.”

“Hanim, saya tahu awak marahkan saya. Saya sedar yang awak mulai tak sukakan saya selepas awak tahu tentang sikap buruk saya. Ya, saya mengaku saya ni jahat. Saya kaki perempuan, saya romeo, playboy, kasanova… tapi itu dulu, sebelum saya kenal dengan awak. Sejak awak hadir dalam hidup saya, saya dapat rasakan kehidupan saya semakin bermakna. Awak telah membawa saya keluar dari dunia saya sebelum ni yang penuh dengan kepura-puraan. Sekarang saya mulai menyesal dan saya mahu bertaubat. Saya nak berubah.”

“Alhamdulillah, syukurlah awak dah mulai sedar dan mahu berubah. Saya doakan supaya Allah terus memberi hidayah kepada awak dan sentiasa memberkati penghijrahan awak kali ni,” ucapnya.

“Awak tak mahu beri saya peluang? Saya amat sayangkan awak, Hanim. Saya tak sanggup nak berpisah dengan awak, apatah lagi berjauhan dengan awak.” aku terus merayu.

Dia terdiam lagi sebelum menyambung bicaranya. “Habis tu, bagaimana pulak dengan Sofea?” soalnya. Ah, Sofea lagi!

“Hanim, tentang saya dan Sofea, itu adalah kisah lebih tujuh bulan yang lalu. Saya dah terangkan kepadanya supaya dia faham. Saya tak tahu kenapa dia sanggup buat semua ni pada saya.”

“Sebab awak pernah beri harapan kepadanya dulu. Dan sekarang ni, awak pula yang punahkan segala-galanya. Awak kena ingat, baik Sofea mahupun gadis-gadis yang pernah jadi mangsa awak selama ni, mereka jugak manusia yang ada maruah dan harga diri.” Aku terdiam. Mulutku bagaikan terkunci rapat.

“Hanya satu saja jalan untuk awak bebas dari pertuduhan yang dibuat oleh Sofea. Awak kena kahwini dia,” sambungnya.

“Tak boleh. Saya tak pernah cintakan dia.”

“Terpulanglah kepada awak, Johan. Pilihan berada di tangan awak. Buatlah keputusan dengan bijak. Okey, saya tamat sampai di sini. Giliran awak pulak.”

Aku menghelakan nafas berat. Sejak semalam lagi, fikiranku begitu asyik merangka ucapan yang hendak kuluahkan kepada gadis ini. Namun segala-galanya bagaikan lenyap setelah mendengar kata-kata yang diucapkan Hanim sebentar tadi. Seketika, aku menggeleng laju.

“Tak ada apa lagi untuk saya katakan, Hanim. Semuanya telah saya luahkan dalam perbincangan kita tadi. Tak ada, Hanim…”

“Kalau macam tu, saya pergi dulu. Banyak lagi urusan yang perlu saya buat sebelum bertolak esok. Jumpa lagi.” Hanim terus bangun dan berlalu dari situ, manakala aku pula masih tertunduk memandang meja.

Tak sanggup untuk aku memandang wajahnya yang hanya mengundang rasa kecewa biarpun jiwaku meronta-ronta untuk melihat wajahnya buat kesekian kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience