Chapter 31

Romance Completed 6680

"Kinah laki hang nak sarung cincin tu".Bisik ibu saudara sakinah yang berada di sebelah sakinah.

"Adik..mahadi nak sarung cincin tu". Kali ini ibu sakinah pula yang memanggil puteri bongsunya itu.

"Nur sakinah boleh abang pinjam jari sekejup".Mahadi memandang sakinah dan mengukirkan senyuman buat isterinya itu,sekali gus mematikan lamunan sakinah yang dari tadi membatukan diri.

"Haa..owhh ya..ya..boleh,maaf".Sakinah menghulurkan jari sambil memandang mahadi selesai menyarungkan cincin mahadi menghulurkan tangan dan di sambut sakinah itu la pertama kali sakinah memegang tangan kasar mahadi.Tiada kata-kata yang mampu mengungkap kan perasaan sakinah saat itu kini statusnya telah berubah dari anak dara sekarang menjadi isteri,isteri kepada seorang lelaki yang sakinah sendiri tidak berapa kenal hati budinya baik kah dia,bertanggungjawabkah dia.

"Alhamdulillah semua telah selesai,ok mari lah kita menjamu selera dekat luar,jangan malu-malu".

"Haa pengantin laki jangan culik pengantin perempuan lagi nahh tu kat luar tu banyak kuali nak kena basuh hangpa dah sedap² tidur semalam harini hangpa la pulak kemas nuhh kan cik yam kan".Kata ayah saudara sakinah kepada kedua pengantin baru itu,sakinah dan mahadi saling berpandangan.Sakinah mencelah kata-kata ayah saudaranya itu.

"Pakcik..kinah kan baru kawin tak kan nak pi basuh periuk kuali semua tu habis la kotor baju kinah nie,dah lawa-lawa nak kena pi basuh periuk pulak".Celoteh sakinah mencuit hati mahadi dan ketawa di hadapan sakinah kerana tidak mampu menahan ketawanya.

"Kinah,abang kan ada nanti abang tolong kinah basuhkan okey,lagi pun kinah kena arang sekali pun sakinah tetap lawa tau".Puji mahadi kepada isterinya.

"Amboi-amboi nak bersemut pulak diorang kat sini,rules is rules".Kata kakak sakinah yang dari tadi memandang sakinah dan mahadi,semua yang berada di dalam rumah ketawa melihat gelagat kedua mempelai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience