Chapter 34

Romance Completed 6680

Setelah selesai arwah ibu sakinah dikebumi kan,sakinah masih setia di kubur itu sambil menahan tangis,Ramli,Iskandar dan kakak sakinah hanya memandang dari jauh,Mahadi cuba menghampiri Sakinah.

"Awak jom kita balik,dh lewat petang nie jom awak".Bicara Mahadi lembut.

"Awak balik la dulu saya nak duk kat sini dengan ibu".Bicara sakinah kepada Mahadi tanpa memandang raut wajah suaminya.

"Awak jom balik,awak buat macam nie awak ingat ibu suka ka.Mesti ibu sedih tengok anak dia macam nie bukan ibu ja abang-abang awak pun sedih tak baik tau macam nie".Pujuk Mahadi sambil mengusap lembut umbun-umbun isterinya itu.

Sakinah bangun dan memandang raut wajah suaminya dengan mata berkaca.

"Awak ibu dah tak dak,awak janji dengan saya awak tak kan tinggalkan saya,awak janji dengan saya nahh".Laju sakinah bercakap dan tidak dapat menahan tangis tanpa sedar sakinah sudah di dalam pelukkan mahadi.

"Awak isteri saya,saya tak kan tinggalkan isteri saya yang becok nie".Usik Mahadi pada sakinah,dari kejauhan ramli melihat adegan itu dan merasa pelik kenapa sakinah seperti rapat sekali dengan lelaki itu.

"Kinah,kita buat kenduri arwah dekat surau la nahh,kat sini macam semak ja nak buat semua tak kemas lagi".Bicara ibu saudara sakinah selepas mereka selesai solat magrib berjemaah.

"Ya makcik,kinah pun rasa macam tu abang is macam mana ok ka?mahadi?"

"Abang ok ja setuju,hang ok ka ramli?"tanya iskandar kepada ramli.

"Aku ok,ikut ja apa yang baik untuk arwah ibu".Belum sempat ramli menghabiskan kata-kata sakinah sudah masuk kedalam bilik tanpa mendengar pendapat ramli.

"Pasai pa dengan budak kecil tu,geram aku".Bicara ramli dengan muka marah.

"Bang maaf ya saya pi tengok dia sat".Bicara mahadi kepada kedua abang sakinah,kakak dan ibu saudara sakinah yang melihat adegan itu hanya mengelengkan kepala.Mereka tahu sakinah masih sakit hati akan peristiwa di hospital sebulan lepas masa ibu sakinah di masukkan ke hospital.

SEBULAN YANG LEPAS

Ramli datang ke hospital sik dan terus menuju ke ward mawar(Ward perempuan). Dari jauh ramli melihat seorang perempuan berbaring di atas katil nombor 16 mukanya pucat seperti tidak cukup darah dan seorang perempuan bertudung tertidur diatas kerusi menemani perempuan tua yang sedang tidur di atas katil itu.

"Bu".Panggil Ramli kepada perempuan tua itu.

"Ehh Ramli anak ibu,datang pun anak ibu.Dik bangun dik abang Ramli datang bagi kerusi untuk kakak mushra duduk".Panggil ibu sakinah mengejutkan sakinah yang nyenyak tidur di atas kerusi.

"Ya ibu".Kata sakinah ringkas sambil menggosok matanya.

"Anak ibu mai sini anak ibu".Kata ibu sakinah gembira kerana anak kesayangan nya datang melawat dia di hospital.
Ramli mendekatkan diri dengan ibu sakinah lalu ibu sakinah mencium Ramli kiri dan kanan seperti kanak-kanak.
Ramli menolak tangan dan menjarakkan diri dari ibu sakinah kerana malu di lihat isterinya dan sakinah.

"Bu,Ramli dah besar la bukan budak kecil jangan buat macam nie boleh tak okey la Ramli nak balik dulu ibu jaga diri ya".Bicara Ramli ringkas lalu mengambil tangan ibu nya di salam dan berlalu pergi bersama isterinya.Sakinah melihat perbuatan Ramli sakinah menahan marah di hati,tidakkah Ramli tahu setiap hari hanya nama dia sahaja di sebut ibu bertapa rindunya ibu kepada ramli.Mengapa ramli sanggup buat begitu,sakinah melihat ibunya menangis kerana perbuatan ramli dari situ hormat sakinah kepada abang tirinya sudah hilang.

Sakinah merenung ke luar jendela melihat bintang dan bulan di langit.

"Awak,pasai pa awak buat abang lee macam tu".Tegur mahadi kepada sakinah bagi mahadi perbuatan sakinah itu melampau dan tidak menghormati orang yang lebih tua dari sakinah.

"Pasai pa?Awak nak back up dia".Kata sakinah tegas.

"Awak saya tanya kan tak baik tau buat abang lee macam tu dia abang awak hormat dia"Bicara mahadi sambil memegang tangan sakinah,namun sakinah merentap tangan mahadi dari terus memegang tangannya.

"Ehh awak tak tau apa-apa tau,dia tak hormat ibu langsung,bila ibu nak cium dia.Dia tolak ibu pastu terus balik malu konon hurhh".Kata sakinah tegas sambil membulatkan mata kepada mahadi,mahadi memandang sakinah di tenungnya anak mata sakinah,dapat di lihat bertapa sedihnya sakinah dan marahnya sakinah.Tanpa sedar mahadi telah memeluk sakinah dan menenangkan sakinah,sakinah senang di pelukkan hangat suaminya tanpa sedar mahadi membaca Al-fatihah dan di hembuskan ke telinga sakinah membuatkan sakinah mula bertenang dan kembali normal.

"Awak jangan marah-marah,kalau awak marah nanti syaitan suka".Bisik mahadi lagi.

"Okey".Jawab sakinah ringkas lalu melepaskan pelukkan mahadi,sakinah keluar dari bilik meninggalkan mahadi sendiri di dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience