Chapter 43

Romance Completed 6680

Penang (2.00 A.M.)

Sakinah selamat melahirkan bayi Perempuan yang sangat comel.Mahadi pergi ke surau berdekatan membuat sujud syukur semuanya dipermudahkan urusan,isteri dan anaknya sihat

"Ya Allah,Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang Terima kasih diatas nikmatmu Ya Allah memberi Aku Isteri yang baik memberi aku anak yang Sihat Memberi sinar baru buat isteriku,Ya Allah kau ampunkan la dosa ibu-ibu mentua ku kau tempat kan lah mereka bersama-sama orang beriman dan yang engkau kasihi Ya Allah amin ya rabbal alamin".

Selesai solat Mahadi kembali ke wad isterinya melihat wajah bersih dan kepenatan isterinya,benar ramai wanita di luar sana tetapi wanita yang bernama NUR SAKINAH BINTI ISMAIL hanya la seorang iaitu isteri kepada MAHADI BIN MUHAMMAD.Mahadi bersyukur kerana memperisterikan seorang perempuan tabah setabah isterinya.Mahadi tersenyum melihat isterinya.Mahadi tidak pernah jemu melihat isterinya.

8.00 A.M.

"Puan Sakinah masa untuk berjumpa dengan baby puan".Bicara nurse kepada sakinah.

"Anak ibu comelnya dia,anak ibu".kata sakinah kepada Ariana Natasha,

"Memang la comel dia ikut muka ibu dan ayah kan Ariana sayang".Tegur Mahadi yang melihat isterinya yang teruja melihat anak sulung mereka.

"Ehh ariana baru lahir semalam,cepat betul kasih abang berubahkan".

"Sayang kasih abang pada sayang tak kan berubah sampai bila-bila.Ariana Natasha adalah pengikat kasih sayang kita,Sayang dan Ariana adalah cinta abang".

"Ye abang,sayang faham dan saya tahu".Kata Sakinah kepada Mahadi

"Sayang lepas sayang habis pantang jom.Kita g honeymoon dengan Ariana,dulu masa kita kawin abang tak sempat nak bawa sayang pergi honeymoon kan,nak tak?".

"Hmm..boleh.jugak".

"Ariana nanti kita pergi bercuti ye sayang ayah dan ibu, terima kasih sayang kerana lahirkan zuriat abang".

Sakinah melihat suaminya yang memegang Ariana,sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah,tiada siapa yang tahu.Siapa sangka Sakinah dan Mahadi yang dulunya kawin atas dasar wasiat arwah ibu,kini mereka bahagia,Sakinah yang dulunya derita kini memiliki kebahagiaan.Kadang kala Allah tidak beri apa yang kita mahukan tapi Allah beri apa yang kita perlukan Allah akan berikan sesuatu apabila tiba saatnya.Sakinah senyum sendiri.

DI SAAT CINTA DATANG AKU SUDAH MEMILIKI HATINYA ,
DISAAT CINTA DATANG AKU MENGENALI ERTI BAHAGIA,
DISAAT CINTA DATANG AKU MENGERTI AKAN ERTI SEBUAH PERHUBUNGAN ,
DI SAAT CINTA DATANG KAU LAH PELENGKAP HIDUP INI,
TERIMA KASIH ALLAH.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience