Chapter 30

Romance Completed 6680

Hari yang di tunggu telah tiba,lama sakinah memandang cermin adakah betul keputusan sakinah berkahwin mahadi? Adakah keputusan itu akan membawa malang petaka kepada dia?
Adakah sakinah akan bahagia bersama mahadi atau sebaliknya?
Adakah kisah sakinah akan menjadi lebih parah? Semua itu bermain di fikiran sakinah.

"Adik,dh siap ke?..cantiknya anak ibu..adik lepas nie adik dah jadi isteri orang..ibu harap adik jadi isteri yang baik,isteri yang taat ye adik..ibu yakin mahadi akan beri kebahagiaan buat adik".Kata ibu sakinah kepada sakinah seakan dapat memahami keadaan anak bongsunya yang sedang galau dengan perasaanya sendiri.

"Bu...adik sayang ibu,adik kawin untuk ibu..bu adik harap ibu tetap sayang adik walaupun adik dah kawin ye ibu..adik sayaaaaanggggggg ibu". Sakinah berkata sambil memeluk ibunya tiada lagi kata-kata yang mampu sakinah ungkapkan saat itu kerana bagi sakinah ibu adalah segala-galanya,saat itu juga sakinah teringat akan kata-kata mahadi semalam.

"Mungkin jodoh dari keluarga itu boleh membahagiakan".Kata-kata itu tergiang-giang di telinga sakinah.

"Kinah pengantin laki dah mai dah,mai la keluar lekaihhh".Ibu saudara sakinah masuk kedalam bilik memanggil sakinah keluar sekali gus mematikan lamunan sakinah.

"ya makcik sat kinah nak peluk ibu puas-puas".Kata sakinah kepada ibu saudaranya lalu sakinah memeluk ibunya sambil menangis kerana beberapa minit lagi sakinah akan di ijab kabulkan dan akan menjadi isteri orang seakan-akan mimpi tetapi itu lah kenyataan sakinah akan menjadi isteri mahadi dalam beberapa minit lagi.Selepas puas sakinah memeluk ibunya.Ibu sakinah meleraikan pelukkan itu dan terus memegang tangan sakinah dan membimbit tangan puteri bongsunya keluar ke ruang tamu.

"Ok pengantin dua-dua dah ada,ingatkan pengantin perempuan tak mau kawin tadi duk berkurung dalam bilik awat depa paksa kawin ka?..hahahahahaha".Kata tok kadi kepada sakinah yang baru keluar dari bilik pengantin,semua yang berada di ruang tamu ketawa apabila tok kadi membuat lawak seperti itu.Sakinah hanya mengelengkan kepada sambil tertunduk malu mahadi yang ada di situ hanya senyum melihat keletah bakal isterinya yang menahan malu dek gurauan tok kadi.

"Hai pengantin laki tak sabar dah ka,tengok pengantin perempuan macam nak makan ja". Sekali lagi tok kadi bergurau kali nie terkena kepada mahadi yang dari tadi melihat sakinah,semua ketawa kerana tok kadi sporting pada hari bahagia sakinah dan mahadi

"Padan muka tu la sibuk gelakkan orang,tengok-tengok macam tak pernah tengok tau la aku cantik ehh memang hari-hari aku cantik".Kata sakinah sendiri sambil tersenyum sendiri.

"Ok la kita mulakan ye tengok pengantin laki pun macam tak sabar dah nuhh".

"AKU NIKAHKAN DIKAU MAHADI BIN MUHAMMAD DENGAN NUR SAKINAH BINTI ISMAIL BERWAKIL WALIKAN KEPADA AKU DENGAN MAS KAHWINNYA SENASKAH AL-QURAN DAN KELENGKAPAN ALAT SOLAT"

"AKU TERIMA NIKAHNYA NUR SAKINAH BINTI ISMAIL DENGAN MAS KAHWINNYA SENASKAH AL-QURAN DAN KELENGKAPAN ALAT SOLAT"

"SAH".

"SAH".

"SAH".

"ALHAMDULILLAH SYUKUR PADA ALLAH".Dengan sekali lafaz sakinah sah bergelar isteri kepada mahadi,Selesai tok kadi membaca doa mahadi bingkas bangun tapi bukan untuk menyarungkan cincin tetapi untuk buat sujud syukur kerana Allah s.w.t telah memudahkan segala hal pada hari bahagia mahadi.

Selesai solat mahadi menuju ke sakinah dan menatap lama ke dalam mata sakinah,jauh di dalam mata isterinya itu dia dapat merasakan isterinya masih bersedih.Mahadi mengukirkan senyuman yang penuh ikhlas untuk sakinah dan sakinah hanya memandang suaminya dengan perasaan kosong,mahadi meminta tangan sakinah kerana ingin menyarungkan cincin namun sakinah hanya membatukan diri dari tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience