Chapter 37

Romance Completed 6680

7:30 A.M.

Pagi yang indah di kampung,Sakinah duduk di bawah pokok rambutan masih segar di ingatan Sakinah akan kejadian semalam,semasa Ramli menarik sakinah dan berkata buruk kepada adiknya sendiri.Mungkin mereka berbeza bapa tapi mereka berkongsi ibu yang sama tidak kah Ramli sayang akan sakinah?.

"Termenung apa tu Puan Sakinah sayang".Sergah Mahadi dari belakang,Sakinah yang sedang berkhayal terkejut kerana sergahan Mahadi.

"Awak nie dah kenapa? Dah tak reti bagi salam dah ke?".Marah sakinah sambil melihat lakinya duduk di hadapanya.

"Puan Sakinah saya ni dah panggil awak banyak kali,tapi awak yang tak dengar salah saya ke puan Sakinah?".Kata Mahadi sambil ketawa.

"Pasai pa cari saya pulak,makanan kan saya dah hidang pergi la makan tak kan yang tu pun saya nak kena suap jugak kan?".Kata Sakinah sambil menjeling kearah Mahadi.

"Apa yang awak tengah fikir kinah?".Bicara Mahadi sambil menatap mata isterinya,Mahadi boleh mengagak apa yang terpendam di hati sakinah.Mahadi tidak ingin Sakinah menyimpan dendam atau terasa hati terhadap abang Sakinah sendiri.

"Saya tengah fikir nak carikan isteri nombor 2 untuk awak,boleh?".Bicara Sakinah lagi.

"Come on kinah,awak boleh tipu orang lain tapi bukan saya, Saya tahu awak fikirkan kata-kata abang Ramli semalam kan sebab tu awak pagi-pagi lagi duduk bawah pokok rambutan ni kan,tak kan awak nak panjat pokok ni ambil rambutan pulak kan".Kata Mahadi tegas

"pokok gaharu,pokok cendana dah tahu buat apa tanya".Sakinah memberi pantun kepada Mahadi lalu Sakinah meninggalkan Mahadi sendiri.

"Bukan main ehh isteri aku ni siap berpantun dah la pantun pun salah,nie buat aku sayang lagi nie aishh hahahaha".Bicara Mahadi di dalam hati.

Mahadi berlari anak mengikut isterinya ke rumah sepupu mereka yang terletak di hadapan rumah.

"Haa..dik dah makan ke?"Tanya Iskandar kepada Sakinah

"Ehh.. abang,abang tidur sini ke semalam?"Tanya Sakinah kepada abangnya

"Iye la..rumah arwah mak tu mana muat satu bilik untuk hang,satu bilik untuk abang Ramli yang lain tidur kat ruang tamu tak kan abang nak tidur kat luar rumah kut kan?"Bicara Iskandar kepada Sakinah

"Mahadi bila start keje?".Tanya Iskandar kepada Mahadi

"Aku start keje lambat lagi,aku ambil cuti sebulan yela aku nak buat sekali jalan ja.Kenduri belah keluarga kan seminggu lagi pastu aku boleh la rehat kejup bawa kinah jalan ka apa sebelum bawa dia balik kuala lumpur kan".

"Haa..betul jugak nohh aku lupa nasib baik hang bagitau kalau dakk aku balik kuala lumpur dah petang ni".

"Ehh..abang, cepatnya nak balik?".

"Tu la abang ingat memang nak balik tapi abang lupa majlis sambut menantu hang seminggu lagi,abang kena ambil cuti seminggu lagi la,pastu kita boleh balik sama-sama tak macam tu Mahadi".

"Aku okey ja,Boleh jugak hang tengok rumah aku senang sikit kalau aku kena out-station nak suruh hang tengokkan kinah nanti".

"Okey la kalau macam tu" bicara Iskandar menamatkan perbualan mereka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience