Chapter 38

Romance Completed 6680

Seminggu kemudian.

"Puan Sakinah,apa yang awak tengah fikir tu?".Kata Mahadi kepada Sakinah,apabila melihat isterinya berhenti melipat baju.

"Kena ke saya ikut awak balik kl?"

"Puan NUR SAKINAH BINTI ISMAIL awak tu isteri saya,mesti la kena,seorang isteri WAJIB berada di sisi suami ketika susah atau senang".Kata Mahadi kepada Sakinah

"Kalau awak jual saya macam mana? Awak letak saya tepi jalan ke sapa tahu kan".Kata sakinah
Mahadi yang mendengar kata-kata sakinah mula menghemburkan tawa kepada Sakinah melihat ketakutan isterinya itu.

"Hahahahahahahahahahahahaha..Awak saya ni suami awak dan awak adalah Amanah yang Allah S.W.T bagi untuk saya jaga dan saya janji saya akan jaga awak dan saya akan lindungi awak macam mana ibu lindungi awak dulu,dan saya akan kotakan janji saya kepada ibu yang saya akan jaga anak bongsu kesayangan ibu mentua saya ni okey".Kata Mahadi sambil mencuit dagu isterinya itu.

Sakinah terharu mendengar kata Mahadi itu.Belum sempat Mahadi bangun Sakinah menarik tangan Mahadi dan mencium tangan suaminya itu.

"Saya minta maaf kalau saya lalai dalam tempoh 2 minggu ini menjadi isteri awak.Tolong janji dengan saya,awak akan jaga saya dan akan lindungi saya,saya tak ada sapa-sapa dah saya ada awak dan abang-abang kakak saya je".Sakinah menangis di sisi suaminya yang dulunya kawin tanpa cinta hanya kerana sebuah wasiat.

"Awak isteri saya.Dah tentu la saya akan jaga awak sayang".Kata Mahadi
Sakinah senyum melihat Mahadi,Mahadi membalas senyuman sakinah lalu dikucup umbun-umbun Sakinah.

"Awak tolong bagi saya masa untuk jadi isteri awak..."Belum sempat Sakinah habiskan kata-kata fon sakinah berbunyi.Sakinah lap air matanya lalu di angkat telefonnya.

"Hello..Sapa nie?".

"Hello dikk,ni abang Ramli".

"Ermm..pasai pa call ni".

"Abang nak minta maaf,abang tau abang salah,abang utamakan isteri abang sampai abang abaikan adik dan ibu.Adik tolong maafkan abang ramli ye,abang pun macam adik dah tak dak sapa adik la keluarga abang".Bicara Ramli lagi boleh dengar suaranya serak menahan tangis dan menyesal akan perbuatan nya itu.

"Abang,adik tak pernah buang keluarga adik,adik dah lama maafkan abang".Bicara sakinah lagi.

"Terima kasih adik, adik balik kuala lumpur hati-hati ye.Assalamualaikum".

" In Sya Allah..Waalaikumussalam".Sakinah mematikan telefon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience