chapter 26

Romance Completed 6680

"mak lang oo mak lang..kinah nie"

"ya kinah masuk la"

"ermm tak pa la..kinah kejup je nie"

"kinah nak tanya pak lang free x?"

"napa kinah ada masalah ka? ibu sakit ka?"

"tak la ibu tak sakit tapi..."

"tapi apa kinah?"

"Ayah kinah dah meninggal"

"Ha..yaka?"

"ya kakak call tadi bagitau".Dan pak lang pun keluar dari dapur sambil membawa barang-barang jualan

"kinah,pak lang kerja harini..tak boleh hantar kan kinah..maaf ya"

"Ermm..tak pa la kalau macam tu kinah balik dulu..Assalamualaikum".Ibu saudara dan bapa saudara sakinah menjawab serentak selepas sakinah berlalu pergi sambil menangis sakinah berlari pulang kerumah tanpa sakinah sedari kakinya tersepak batu.

DUSHH!!!

"AUCHHH...pasai pa boleh tersepak nie..mata aku,aku letak kat mana"sakinah menangis melihat keadaan dirinya sekarang ini.Sesampai di rumah sakinah berdiam diri tidak banyak bercakap,ibu sakinah hanya mampu memujuk sakinah dan menenangkan anaknya itu.
Setelah lama sakinah di bilik sakinah keluar mengambil wudhuk dan sakinah membaca yassin untuk arwah ayah nya dari permulaan membaca hinggalah keakhir pembacaan berjurai-jurai air mata sakinah,selesai membaca sakinah bercakap sendiri di dalam hati

"Ya Allah adakah aku anak derhaka di saat ayah memerlukan aku,aku tiada di sana..sehingga ayahku telah pergi bertemu dengan mu aku masih tiada di sisinya,Ayah maafkan adik..maafkan dosa-dosa adik"

Seminggu berlalu selepas ayah sakinah pergi,ibu sakinah semakin teruk tidak dapat berjalan seperti dulu hanya terbaring dan memakai pempes sakinah yang menguruskan segala nya.Dari anak saudara hingga ke ibunya sakinah menguruskan nya sendiri.

"Assalamualaiku...makcik yam oo makcik yam".Seseorang memanggil nama ibu sakinah dari luar,sakinah yang berada di dapur bergegas ke depan untuk membuka pintu dan melihat siapa yang datang,rupanya isteri penghulu kampung datang membawa hajat di hati.

"Waalaikumussalam..ya makcik,ibu ada kat dalam tengah makan masuk lahh"

"Ha..ok,cantik nya kinah sekarang".Puji isteri penghulu kampung selepas melihat sakinah.

"Makcik yam..sihat ka?".

"Macam nie la nor oiyy..nak kata sihat dak nak kata tak sihat pun dak".

"Macam nie...".Belum sempat isteri penghulu kampung habis berkata-kata ibu sakinah sudah memanggil sakinah kehadapan.

"Adik..Oo adik..tolong buatkan air untuk makcik nor".

"Baik ibu,jerit sakinah dari dapur".Selesai sakinah membuat air sakinah masuk ke ruang tamu dan menghidangkan air buat ibu dan isteri penghulu kampung.

"Adik,duduk kejup ibu dengan makcik nor ada benda nak tanya adik".Sakinah melemparkan senyum dan mengambil posisi di sebelah ibunya.

"Adik..macam nie makcik nor datang bawa hajat...".Belum sempat ibu sakinah menghabiskan kata-kata sakinah menjawab.

"Bu..kalau ibu nak kawin lain adik setuju,asalkan dia boleh jaga ibu dan... anak dia kena lagi tua dari adik ok ibu".Selepas sakinah habis berkata-kata semua yang ada di dalam rumah ketawa akan sakinah dan ibu melemparkan senyuman buat sakinah.Ibu nya tahu anak bongsunya agak polos akan bab-bab sebegini,

"Sayang..anak ibu,bukan untuk ibu tapi untuk adik...".Sakinah terkejut akan melihat riaksi ibu dan isteri penghulu kampung.Sakinah terdiam kakinya ingin sekali melangkah masuk ke dalam bilik tetapi tangan sakinah di pegang oleh ibu nya dan ibunya berkata lagi

"Dik..ibu tak tahu nyawa ibu sampai mana adik..ibu tak tahu esok ibu hidup lagi ke tak".Sakinah masih berdiam dan hanya memandang ke luar,kakinya berat untuk melangkah pergi meninggalkan ibunya dan isteri penghulu kampung.

"Dikk..ibu tak yakin abang-abang dan kakak boleh jaga adik dengan baik..adik berhak ada kehidupan sendiri sampai bila adik nak abdikan diri untuk kakak jaga anak kakak,adik perlukan anak sendiri perlukan keluarga sendiri sebelum ibu tutup mata ibu,biarlah ibu sempat tengok adik kawin".Sakinah diam dan tidak memberi jawapan apa-apa lama sakinah diam dan berfikir sejenak kemudian sakinah membuat keputusan.

"Ibu..ibu tahukan adik sayang ibu..ok kali nie adik ikut keputusan ibu,sapa pun pilihan ibu,adik terima"Selepas habis sakinah bercakap sakinah masuk ke dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience