BAB 6

Romance Series 9399

Semenjak Puan Aida di hospital Aliya menjaga emaknya itu , kadang kadang Tariq juga datang ke hospital..Suaminya pula jarang jarang kerana sibuk akan bisnesnya itu di pejabat..

"mak , makan ni bubur"kata Aliya..Aliya menyuap emaknya makan.."mak , mak kena kuat tau lawan penyakit ni"kata Aliya lagi.."hm Aliya , mak Tak lama dah..Aliya jaga diri bila mak Tak ada nanti"tiba tiba Puan Aida berkata begitu.."apa ni mak?Aliya Tak suka mak cakap macam tu..Tak akan ada apa apa yang berlaku lahh"kata Aliya..

"assalamualaikum"Tariq masuk dengan membawa sedikit buah tangan.."waalaikumsalam"jawab serentak Aliya dan Puan Aida.."mak , macam mana mak harini ?"Tanya Tariq.."hm macam ni lah"jawab Puan Aida..

"emm Tariq kau jaga mak kejap , aku nak pergi solat zohor"kata Aliya.."okay"jawab Tariq..Kemudian Tariq pula yang menyuap Puan Aida makan..

Aliya keluar dari bilik emaknya itu dan menuju ke Surau..Surau di situ agak jauh juga..

Selesai dia solat zohor dia keluar dari Surau..Kemudian dia terlanggar seorang lelaki.."ehh sorry sorry"kata Aliya..Dia melihat wajah lelaki itu , Yaa itu suaminya.."eh Aliya , kau ke mana?"Tanya Firas.."hm abang , tadi liya pergi solat"kata Aliya..

"abang datang kenapa Tak bagitahu"kata Aliya ."suka hati aku lah"kata Firas dan terus berjalan.."abang , tunggu liya"kata Aliya dan memegang tangan Firas sambil berjalan..

Firas hanya membiarkan saja.."assalamualaikum mak"kata Firas.."eh Firas pun datang"kata Puan Aida.."macam mana dengan mak , semua ok ke?"Tanya Firas.."hm entah lah"kata Puan Aida..

Firas melihat Tariq yang berada di sebelah mak mertuanya itu dengan mata yang tajam..Tariq pula hanya menurunkan pandangannya saja..

"liya , liya dah makan?"Tanya Firas seperti mengambil berat akan Aliya..Aliya menggelengkan kepalanya.."jom abang bawa Aliya pergi makan"ajak Firas.."haa liya , pergilah..liya Tak makan pun dari pagi tadi"kata Puan Aida..Aliya angguk saja..

Mereka berdua keluar semula dari bilik Puan Aida itu..Aliya berjalan menuju ke arah kantin.."ehh liya , kau nak pergi mana?"Tanya Firas.."kantin lah"jawab Aliya.."Tak payah , ikut aku"kata Firas dan menarik tangan Aliya..

Firas membawa Aliya pergi ke restoran yang agak mewah sedikit..Selesai mereka pesan makanan Firas yang menumpukan perhatiannya di skrin telefonnya saja..Aliya pula hanya melihat sekeliling restoran itu.."Aliya , malam ni kau balik rumah..esok aku hantarkan kau datang hospital balik"kata Firas secara tiba tiba.."tapi kenapa?liya nak jaga mak lah"kata Aliya..

"Tak payah , malam ni kau balik..kau suruh lah si kawan kau tu jaga..dia aku tengok selalu sangat datang"kata Firas.."hm tapi.." "Tak ada tapi tapi"celah Firas..

Selepas mereka makan , Firas membawa Aliya pergi ke hospital semula.."emm mak , malam ni Tariq jaga mak ehh..liya nak balik , esok liya datang balik.."kata Aliya.."okay, mak ok je"kata Puan Aida..

Setelah malam Aliya dan Firas Kemudiannya pulang ke rumah mereka..

Masuk saja di dalam rumah mereka itu , rumah mereka sangat teratur bila di banding kan dengan Hari yang dia balik rumah maknya itu..apabila dia pulang ke rumahnya itu sangatlah bersepah..kali ini sangat teratur dan kemas..

"abang ke yang kemas semua ni?"Tanya Aliya.."kenapa?kau ingat aku Tak reti kemas ke?"kata Firas.."Tanya je"kata Aliya.."ehm kenapa tiba tiba suruh Aliya balik?"kata Aliya lagi.."suka hati aku lah , kau isteri aku.."jawab Firas.."tapi , bukan ke.." "dah kau pergi Naik atas, Mandi"kata Firas yang memotong percakapan Aliya..

Aliya ikuti saja..Firas pula menonton televisyen.."eish cakap Tak cinta aku , tapi Masih control aku , hm..takpalah Aliya kau jangan jadi isteri derhaka ye..walau macam mana pun suami kau"mengomel Aliya sendirian..Tiba tiba telefonnya berdering..Tertera nama Tariq disitu.."hello assalamualaikum liya"kata Tariq.."waalaikumsalam , ada apa call ni..rindu ke?baru kejap aku balik"ketawa Aliya.."eish Tak lah , saja call kau..kau dah sampai rumah ke?"Tanya Tariq.."yee baru sampai"kata Aliya..

"ohh , hmm oklah kau pergi lah rehat"kata Tariq.."hm yelah terima kasih jaga mak.. bye"jawab Aliya dan menutup panggilan..

"ehemm"berdehem Firas dan masuk ke dalam bilik.."Sapa call kau?"Tanya Firas.."hmm , Tariq"jawab Aliya.."kenapa dia call kau?baru je jumpa tadi"kata Firas pula.."saja je dia call..." "diam..dah pergi Mandi..siap siap..aku nak bawa kau keluar"kata Firas.."hm okay"kata Aliya dan masuk ke dalam bilik Mandi..

Tokk Tok!! "liya , kau pakai baju ni , aku dah letak kat atas katil"kata Firas dan keluar dari bilik apabila sudah bersiap.."baju?baju apa pula dia ni..macam lah aku Tak ada baju.."kata Aliya sendirian..

Selesai Mandi dia membuka pintu bilik air..dia mengintai Kalau suaminya di dalam bilik lagi.."ok line clear"kata Aliya dan keluar dari bilik..

"baju ni dia suruh aku pakai?"kata Aliya dan mengambil baju itu , sebelum dia memakai dia memadan kan baju itu dengannya..Kemudian dia pakai baju itu..

"tapi pakai baju ni dia nak bawa aku ke mana?"Tanya dia sendirian..Kemudian dia bersolek sedikit..hanya make up nipis dikenakan..

Dia turun ke bawah dengan membawa beg tangannya.."emm abang"panggil Aliya..Firas memandang Aliya..Terpegun Firas dibuatnya apabila melihat Aliya memakai baju dress paras lutut berwarna biru laut..*kenapa jantung aku berdebar ni?kata Firas dalam hati.."ok kau dah siap , jom"ajak Firas..

Masuk saja di dalam kereta Aliya diam saja..dia tidak pernah berpakaian seperti itu sebelum ini jadi dia terasa sedikit pelik disitu..

"ehmm abang , abang nak bawa liya pergi mana?"Tanya Aliya.."ikut je lah"jawab Firas..

Dia berhenti di suatu tempat agak sunyi disitu.."jom"ajak Firas..Aliya turun dari kereta.."nak pergi mana ni?"Tanya Aliya.."kau nampak tu?"Firas menunjukkan tempat iaitu kelab malam.."buat apa pergi sana , liya taknak"kata Aliya.."alah jomlah , pergi dengan aku..bukan kau pergi sorang pun"kata Firas dan menarik tangan Aliya..

"Tak nak lah , lepas tangan liya"kata Aliya dan cuba untuk menarik tangannya kembali..Tapi Firas terlalu kuat memegang tangan Aliya..

Ramai orang di dalam kelab itu..Mereka berdua duduk di meja yang sedia ada..Seperti Aliya tidak nyaman dengan keadaan di situ.."ehh hai"seseorang menyapa Aliya..Aliya hanya melihat lelaki itu.."sorang je ke?"Tanya lelaki itu lagi..Aliya membiarkan saja lelaki itu.."heyy"lelaki itu memegang tangan Aliya..Dan Aliya terus berdiri..

"lepas lah"marah Aliya..Kemudian Firas terus ke arah Aliya dan menarik tangan Aliya agar dilepaskan..

"ehh kau siapa?"Tanya lelaki itu.."ni isteri aku"kata Firas.."ohh"jawab lelaki itu dan pergi dari situ.."kau ok Tak?"Tanya Firas.."liya nak balik , tolonglah"kata Aliya.."kejap lah liya , sabar kejap"kata Firas..

"nak tunggu Sapa lagi??liya nak balik"kata Aliya dan berlalu pergi.."liya , liya"panggil Firas dan mengejar Aliya.."Aliya , stop!!"jerkah Firas..Aliya hanya mengendahkan Firas dan melintas jalan..

"ALIYAAA!!"Jerit Firas dan berlari ke arah Aliya dan menolak Aliya..Seperti ada kereta laju pergi ke arah Aliya..

"hahh?ABANGG!!"jerit Aliya apabila melihat Firas jatuh terkulai di jalan raya..Kereta tadi melanggar Firas..Aliya berlari ke arah Firas.."abang , abang..bangunnn"kereta tadi sudah melarikan diri..Orang orang yang berada di depan kelab itu membuat hal mereka sendiri..

"abanggg!!"Aliya menitiskan air mata..Kemudian dia menelefon ambulan..

Dalam Masa 15 minit begitu ambulan pun sampai di tempat kejadian..Aliya mengikuti Firas ke hospital dengan menaiki kereta Firas itu..

Sampai saja di hospital dia dengan segera pergi ke arah ambulan tadi dan mengekori sampai ke bilik kecemasan.."cik , cik tunggu di luar ye"kata nurse itu..Aliya sudah menangis teresak esak..

Dalam Masa yang sama dia menelefon mak mentuanya iaitu Puan Faridah..Selepas mendengar kejadian itu , Puan Faridah berasa marah akan Aliya..kerana tidak menjaga anaknya itu...

Doktor yang memeriksa Firas keluar dari bilik kecemasan.."doktor , macam mana?suami saya ok ke?"Tanya Aliya dengan gelisah.."suami cik ada keretakan di kaki sedikit , ehmm awak jangan risau dia akan pulih..Sekarang dia Tak sedarkan diri lagi..nanti suami cik akan ke wad biasa"kata Doktor lelaki itu.."baik terima kasih doktor"kata Aliya..

Selepas Firas di letakkan di wad biasa..Aliya terus bergegas pergi ke wad Firas.."abang , maafkan Aliya"menangis Aliya sambil memegang tangan Firas..

Kedengaran pintu dibuka..ya itu mak mentuanya.."ehh kau liya , kau Tak jaga ke laki kau?"marah Puan Faridah..sebelum ini Puan Faridah amat menyangi Aliya..tetapi kali ini dia seperti membenci Aliya pula..

"maafkan Aliya mama , ni salah liya"kata Aliya dan menangis.."Tak apa , mama balik je..bagi nak tebus kesalahan liya..liya akan jaga abang Firas.."kata Aliya..

"memang kau yang akan jaga dia , kau kan isteri dia"kata Puan Faridah..Aliya hanya merenung muka suaminya itu.."nah , ni mama ada bawa bekal..untuk Firas bukan untuk kau"kata Puan Faridah dengan tegas..

"mama Tak boleh lama lama ni , mama ada kerja sikit..mama balik dulu"kata Puan Faridah..Aliya menyalam Puan Faridah..Puan Faridah berlalu pergi..

Dia tetap berada di sisi suaminya itu..dia menunggu hingga dia terlelap..

"erhh"Firas terbangun dari pengsannya itu..dia memegang kepalanya yang terasa pening itu..Dia melihat Aliya tertidur di sebelahnya.."ehh Aliya , bangun"kata Firas.."ehmm , abangg..abang dah bangun"kata Aliya.."hm"kata Firas.."maafkan liya"kata Aliya dan terus mencapai tangan Firas..

Terkejut Firas dengan tindakan Aliya itu.."liya minta maaf , liya janji liya takkan buat dah"menangis Aliya.."eish kau ni emo sangat kenapa?aku bukan nak Mati lagi pun"kata Firas dan menarik tangannya kembali..

Aliya mengesat air matanya.."abang jom makan , mesti abang lapar..tadi mama datang..mama bawa bekal untuk abang.."kata Aliya dan membuka bekal makanan itu..

"meh sini liya suap"kata Aliya..Firas hanya ikuti saja..Dia terlalu lapar jadi dia hanya membiarkan Aliya menyuapnya..

"kau Tak balik rumah ke?"Tanya Firas apabila melihat Aliya memakai pakaian yang diberi olehnya itu....Aliya menggelengkan kepalanya.."lepas ni kau balik , tukar baju"kata Firas.."hm tapi Sekarang tengah malam , esok ja la liya balik"kata Aliya..

"hmm yelah , lepastu buang baju tu"kata Firas..."kenapa?"Tanya Aliya.."aku Tak suka kau pakai baju tu dah"kata Firas.."ehh tapi abang yang.." "buang dah lah"potong Firas.."hm ok"kata Aliya..

Kemudian Aliya memicit Lehernya , sakit kerana dia tidur tadi hanya kepalanya di lentokkan di katil dan dia duduk di kerusi..

"kau ok ke?"Tanya Firas.."hah?haa liya ok"kata Aliya.."mai tidur sini"ajak Firas.."ehh , Tak apa , liya tidur dekat kerusi ni je"kata Aliya yang menolak untuk tidur bersebelahan Firas..

"mai jalah"kata Firas dan menarik tangan Aliya untuk Naik ke katil..Aliya hanya ikuti saja..Kini Aliya sudah baring di sebelah Firas..Mata mereka bertatapan seketika ."liya"panggil Firas.."hm"jawab Aliya.."maafkan aku , semenjak Kita kahwin aku layan kau macam hamba"kata Firas..

Aliya diam saja.."macam mana dengan anak Kita?"Tanya Firas , secara tiba tiba dia memegang perut aliya..Aliya tersenyum seketika.."baby , daddy minta maaf , sebab Tak layan mummy dengan baik..tapi lepas ni daddy janji..daddy akan jaga mummy dengan baby okay"kata Firas dan mengusap perut aliya yang hampir sebulan itu..*kenapa dia baik dengan aku ni?adakah dia saja buat macam ni?kata Aliya dalam hati..

Kemudian dia menatap wajah Aliya semula.."mama Tak tahu kan yang liya mengandung?"Tanya Firas..Aliya hanya angguk saja.."ok , nanti Kita surprise kan dia"kata Firas..*tapi mama marah liya sebab kejadian ni..kata Aliya dalam hati..

"aku tau , mama marahkan kau..waktu mama datang tu aku dah sedar cuma aku Tak bangun lagi..lepas mama balik...aku terlelap terus"kata Firas.."pasal mama kau jangan risau , aku ada"kata Firas lagi..Aliya diam saja..

"kau tidurlah"kata Firas..Kemudian mereka berdua dibuai mimpi..

happy reading guyss ;) Nisha minta maaf sebab Nisha jarang update..Nisha sibuk sangat , so Nisha akan update bila Nisha free ja..Thank you mana yang support Nisha :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience