Sudah dua minggu dia di rumah maknya , Firas Tidak datang jenguk dia langsung , apatah mahu menelefon dia..Hari ini Firas akan menjemput dia pulang ke rumahnya..
"mak kejap lagi Firas datang , dia kata dia dalam perjalanan"kata Aliya sebaik saja Firas message dia.."baiklah"jawab Maknya.."Aliya janji , nanti Aliya akan balik lagi okay"kata Aliya dan memeluk maknya.."yelah liya"kata maknya dan mengusap kepala anaknya itu..
Setelah sejam memandu kereta , akhirnya sampai juga di rumah mak mentuanya itu.."assalamualaikum"Firas memberi salam.."waalaikumsalam"jawab Mak Aliya iaitu Puan Aida.."Aliya , suami kamu dah datang ni"panggil Puan Aida.."ha Firas masuklah"kata Puan Aida..Firas masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa..
"abang dah sampai , kejap liya ambil beg"kata Aliya dan pergi ke biliknya semula..
"assalamualaikum mak , liya"kedengaran suara Tariq di luar.."waalaikumsalam , Tariq"kata Puan Aida.."masuk masukk"kata Puan Aida lagi..Tariq masuk ke dalam rumah , dan terkejut apabila nampak Firas..
Tariq berjabat tangan dengan Firas..Puan Aida tadi sudah masuk ke bilik Aliya untuk menolong Aliya berkemas apa yang patut lagi.."hai aku Tariq"kata Tariq.."ha aku dengar tadi"jawab Firas.."aku Firas"kata Firas pula.."ohh , kau bukan orang sini kan , Tak biasa nampak pun?"kata Tariq.."haah , aku duduk KL..datang sini nak bawa isteri aku balik"kata Firas..
Terdiam Tariq memikirkan perkataan 'isteri' itu..*takkan mak pula?Aliya?Tak mungkin...kata Tariq dalam hati...Tariq tidak tahu mengenai perkahwinan Aliya ini..
"abang jom"Terkejut Aliya apabila ternampak Tariq disitu..dia mesti terluka apabila mengetahui perkara ini.."eh Tariq pun ada"kata Aliya.."dah jom balik"kata Firas.."mak Aliya balik dulu , mak jaga diri..Tariq kau tolong tengok tengokkan mak ye..thank you so much"kata Aliya...Puan Aida dan Aliya berpelukkan..
kemudian Aliya dan Firas meneruskan perjalanan mereka pulang ke rumah.."mak"panggil Tariq..Puan Aida memandang Tariq.."kenapa mak Tak bagitahu?"Tanya Tariq.."mak pun Tak tahu Tariq , Masa dia balik tu..baru mak tahu yang dia dah kahwin..laki tu pilihan makcik dia..kenapa dia Tak balik sini terlalu lama?sebab makcik dia Tak bagi balik jumpa mak"Puan Aida menitiskan air mata..Tariq hanya diam saja..mereka berdua masuk ke dalam rumah..
Ketika di dalam kereta mereka diam saja..kelihatan muka Firas seperti marah..Tiba tiba Aliya membuka bicara.."emm abang..abang ok ke?"Tanya Aliya.."kau nampak aku ok ke?hah??!"tengking Firas..Aliya diamm saja.."siapa lelaki tu?"Tanya Firas.."Sapa?Tariq?"kata Aliya.."Sapa lagi!"marah Firas pula.."Tariq kawan liya dari kecil lagi..dia dah rapat dengan liya macam adik beradik"kata Aliya.."arhh , aku Tak suka kau rapat rapat dengan dia"kata Firas..
*ehh bukan ke Awak yang Tak suka saya , jadi kenapa nak halang saya berkawan dengan dia?kata Aliya dalam hati.."kau faham tak?!"tengking Firas lagi..Aliya angguk saja..
Sampai saja dirumah Firas terus masuk ke dalam rumah..Aliya pula sedang mengangkat beg pakaiannya itu.."ya Allah , bersepahnya"Terkejut Aliya apabila nampak rumah itu tidak terurus.."aku baru pergi dua minggu , rumah ni dah jadi begini"kata Aliya dan masuk ke dalam rumah..
Tiba saja di biliknya , sama juga seperti di ruang tamunya sangat bersepah..dia meletakkan beg pakaiannya di tepi katil kemudian dia mengambil baju baju yang berterabur di lantai dan di atas katil..Kemudian dia pergi ke bilik air untuk membasuh baju baju itu.."ehh baju siapa ni?"dia mengambil baju itu yang berada di atas mesin basuh itu..kelihatan seperti baju perempuan..
"baju perempuan?"kata Aliya seorang diri...dia keluar bersama baju itu dan pergi ke arah Firas yang baring di atas katil itu.."abang baju Sapa ni?"Tanya Aliya.."baju apa?"kata Firas yang tidak melihat Aliya lagi bahkan dia bermain telefon lagi..
"tengok lah ni"kata Aliya..Firas memandang ke arah Aliya..Tergamam Firas..Ya itu baju Miya.."erkk baju untuk sayang lah , abang belikan..abang ingat nak basuh dulu..tapi abang lupa pula"kata Firas seperti berlakon..Aliya berasa hairan dengan suaminya itu..kejap baik kejap Tak baik..
"hm"itu saja yang keluar dari mulut Aliya dan dia pergi ke bilik air semulaa..Dia membersihkan dirinya..selesai Mandi dia baru perasan yang dia lupa mahu membawa bajunya masuk ke dalam bilik air sekali.."aduh lupa pula , nak bawa baju"kata Aliya..Terpaksalah dia keluar dengan memakai Kain tuala saja..
Firas yang berada di katil itu , leka bermain telefon..Aliya berlari anak ke almarinya agar Firas tidak nampaknya..Sedang dia mengambil baju..Terasa seperti pinggangnya di peluk..
Terkejut Aliya.."abang , kenapa ni?"Tanya aliya.."izinkan abang"kata Firas dan mengangkat Aliya duduk di atas katil..Selebihnya biarlah mereka saja yang tahu..
enjoy your reading :))
Share this novel