BAB 8

Romance Series 9399

Pagi Pagi lagi Aliya sudah pergi ke hospital untuk menjenguk maknya sekali dengan suaminya itu..

"assalamualaikum mak"Aliya sampai di wad Puan Aida itu , kelihatan jururawat perempuan itu baru saja memberi Puan Aida ubat.."waalaikumsalam , awalnya liya datang"kata Puan Aida..Aliya senyum saja..

Selesai saja jururawat itu memberi Puan Aida ubat , dia keluar dari bilik Puan Aida..Aliya memandang muka Puan Aida itu..Dia takut akan kehilangan maknya itu..

"ehm mak , makcik Tak datang jenguk mak ke?"Tanya Aliya..Puan Aida hanya menggelengkan kepala sahaja.."hmm"Aliya mengambil telefonnya , dia terus mendail nombor makciknya itu..

"haa hello , ada apa call aku ni?"Tanya Puan Rosnah.."makcik , makcik tau kan yang mak masuk hospital"kata Aliya.."haa aku tau , Firas bagitahu aku..lepastu kau nak aku jenguk mak kau lah ni?tu tujuan kau telefon aku?"Tanya Puan Rosnah..

Mengeluh Aliya.."bukan macam tu , tapi makcik takkan taknak datang tengok mak?"kata Aliya pula.."haihh , yelah nanti aku datang"kata Puan Rosnah dan menutup panggilan itu..

"ehm nanti makcik datang"kata Aliya..Puan Aida angguk saja.. Kedengaran pintu bilik Puan Aida dibuka.."ehm cik , doktor nak jumpa cik"kata Jururawat perempuan itu.."ohh baik"kata Aliya dan mengikut Jururawat itu..

"duduklah cik"kata doktor itu.."ada apa ye doktor?"kata Aliya.."ehmm mungkin apa yang saya nak bagitahu ni kedengaran agak.."kata doktor itu yang agak susah untuk bercakap.."kenapa doktor?kenapa dengan mak saya?"Tanya Aliya dengan cemas sekali..

"mak awak dah tahap kritikal..awak pun nampak tadi muka mak awak pucat je"kata Doktor Nilam..Muka Aliya sudah menjadi cemas semacam..Bagaimana dia hendak memberi tahu kepada maknya itu.."ehmm doktor , Tak ada ke cara lain?untuk sembuhkan mak saya?"air matanya sudah mahu jatuh dari kolam mata itu..

Doktor Nilam Mengeluh saja dan menggelengkan kepala.."tapi selagi Puan Aida Masih hidup , saya akan cuba sedaya upaya saya..Awak jangan risau.."kata Doktor Nilam yang ingin menenangkan Aliya.."terima kasih doktor"kata Aliya..Kemudian Aliya keluar dari bilik Doktor Nilam itu..

Dengan hati yang sangat berat menuju ke bilik Puan Aida..Aliya memikirkan perkara itu , air matanya hampir mengalir di pipi..Dia menahan tangisan itu..

"liya"seseorang menyapa Aliya dari belakang..Aliya mengalihkan pandangannya ke arah suara itu.."Tariq"kata Aliya.."kau ok ke?kenapa muka kau macam.."Tariq seperti agak akan riak wajah Aliya itu...

"Tariq aku nak cakap sikit dengan kau , duduk situ"kata Aliya dan mereka berdua duduk di kerusi yang sedia ada di hospital itu..

"kenapa ni?kau ok Tak?"Tanya Tariq..Aliya menceritakan perkara tadi ketika dia berbual dengan doktor Nilam.."ya Allah"Terkejut Tariq apabila mendengar perkara itu..."Tak apa , Sekarang jom , Kita pergi bilik mak"kata Tariq..

Aliya angguk saja , dan bangun berjalan pergi ke bilik Puan Aida.."mak"panggil Aliya yang melihat maknya terlelap..Panggilan itu tidak di balas.."makk"panggil Aliya lagi sambil memegang tangan maknya.."kenapa..kenapa tangan mak sejuk"kata Aliya dan kolam matanya sudah mahu pecah..

"makk..makk..makk!!!bangun lah makk"menangis terus Aliya..Tariq keluar dan memanggil Jururawat dan doktor..

kemudian Puan Rosnah pun ada disitu , dia melihat Aliya menangis di dalam pelukan maknya itu..Dia kelihatan mahu menangis juga..

"maafkan kami , cik Aliya"muka doktor Nilam begitu tidak senang sekali..Aliya dari tadi menangis tidak berhenti henti.."makk , kenapa mak tinggalkan liyaa!!"meraung Aliya disitu.."sabar liya"Tariq cuba untuk menenangkan Aliya..

"suara tu macam Aliya"kata Firas yang sedang berjalan menuju ke bilik mak mentuanya itu dengan bertongkat.."ehh Aliya lah tu"gumam Firas sendiri..

"Aliya!"Jerit Firas..Aliya terus memandang ke arah suara itu.."abang"Aliya terus pergi ke arah suaminya itu dan memeluk suaminya.."kenapa ni liya?dah dah shuhh jangan nangis"kata Firas dan mengusap belakang Aliya..

"kenapa ni?"lembut suara Firas bertanya itu.."mak"teresak esak Aliya.."kenapa dengan mak?"Tanya Firas lagi.."mak dah Tak ada"menangis terus Aliya di dalam pelukan Firas itu..Reaksi Firas sama juga seperti Tariq..Dia Terkejut mendengar kata kata dari Aliya itu..

"dah dah , shuhh"kata Firas dan mengelap air mata Aliya..mereka berjalan menuju ke arah Tariq dan Puan Rosnah yang duduk di kerusi yang sedia ada itu..Mereka duduk di situ..

"Aliya jangan macam ni , liya kena jaga emosi tuh..liya kan berbadan dua..kesian baby tuh"kata Firas dan memegang perut aliya itu..Tariq hanya melihat saja pasangan itu.."Tak sempat mak nak tengok cucu dia"Aliya memandang muka Firas..
Firas hanya mengusap pipi Aliya saja..

Esoknya Puan Aida Selamat dikebumikan tepat pukul 8 pagi..Aliya duduk di kubur Maknya itu , hanya termenung saja..Tariq di belakangnya berdiri memandang Batu nisan Puan Aida..Puan Rosnah berada di sebelah Aliya itu..

Sayu sayu kedengaran burung berkicauan..Angin sepoi sepoi Bahasa..Air mata Aliya membasahi pipi..Firas berada di hospital lagi , mungkin petang nanti dia akan keluar dari hospital..

"ehmm Aliya , jom Kita balik"Tariq memecahkan suasana sunyi di tanah perkuburan itu..Aliya mengelap air matanya yang sudah basah dipipi dia itu..Dia bangun dari duduknya dibantu oleh makciknya itu..Dia melipat tikar yang diduduknya itu..

"meh sini aku pegang"kata Tariq dan mengambil tikar itu..Mereka bertiga berjalan pergi meninggalkan perkarangan kubur itu..

sampai saja di rumah Aliya itu mereka berdua duduk di tangga rumah Aliya itu , makciknya terus masuk ke dalam rumah Aliya...."Tariq , terima kasih sebab kau dah banyak tolong aku"kata Aliya dengan nada yang agak sedih.

"Tak apa , aku ikhlas tolong kau"kata Tariq.."kau nak pergi hospital ke petang nanti?"Tanya Tariq.."haah , Firas dah keluar petang nanti.."jawab Aliya..

"kau bahagia?"Tanya Tariq dengan tiba tiba..Aliya angguk.."Yaa aku bahagia"jawab Aliya.."baguslah"kata Tariq pula..

"Kalau kau perlukan apa apa , bagitahu je aku..Tak pun call je aku..Aku akan tolong kau"kata Tariq..Aliya angguk saja.."Kalau macam tu , aku balik dulu lah..kau jaga diri"kata Tariq.."okay , bye assalamualaikum"kata Aliya.."waalaikumsalam"kata Tariq dan dia terus pulang ke rumahnya menaiki motosikal yang dibawa ketika dia datang ke rumah Aliya tadi..

happy reading guyss :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience