Sampai saja di rumah mak Aliya..Aliya tidak sabar mahu berjumpa dengan emaknya.."assalamualaikum makk"bagi salam Aliya.."waalaikumsalam masuklah"kata perempuan tua itu..Aliya masuk dan ternampak maknya duduk di sofa.."makkk!!"jerit Aliya dan berlari ke arah emaknya Serta memeluk erat maknya.."liya minta maaf makk"menangis Aliya..
Firas yang melihat perkara itu hanya memerhati saja.."liya minta maaf mak"perkataan itu berulang ulang saja di bibir Aliya.."Tak apa liya mak paham"kata maknya..Kemudian maknya perasan yang Firas berdiri di pintu.."liya sapa tu?"Tanya maknya..Aliya meleraikan pelukan itu dan berkata.."tu suami liya mak, liya dah kahwin , dua Hari lepas"kata Aliya.."yeke?"kata emaknya.."ye mak , liya minta maaf sebab Tak bagitahu mak , maafkan liya..bukan liya taknak balik jenguk mak tapi makcik Tak bagi"kata Aliya lagi..
"mak dah agak akan jadi macam ni liya , Tak apa demi liya mak kuat"kata maknya dan menitiskan air mata..Aliya memeluk maknya lagi..
Firas pergi ke arah emak Aliya dan menyalam.."nama saya Firas"kata Firas.."sopan orangnya"kata emaknya..Aliya hanya tersenyum saja..Sesiapa tidak tahu sebaliknya.."sayang , Kalau awak nak tidur sini abang izinkan"tiba tiba Firas berkata begitu..Terkejut Aliya.."hm ok"jawab Aliya..
"tapi abang kena balik , esok kerja"kata Firas lagi.."tak apa..liya ok"kata Aliya..Mereka berbual kosong.."kejap Aliya buatkan air"kata Aliya dan pergi ke dapur.."hm kenapa dia jadi baik macam ni pula , Tak pernah panggil aku sayang"kata Aliya..
Kemudian dia pergi ke ruang tamu dengan dulang berisi air teh.."nah minumlah"kata Aliya.."mak ,lepas ni Firas kena balik dah , ada hal kejap"kata Firas.."sayang duduk sini dengan mak la ye , lama kan Tak jumpa mak"kata Firas.."hm ye okayy"jawab Aliya..
"ok mak , sayang..abang balik dulu"kata Firas dan menyalam mak Aliya..Firas keluar dan Diikuti dengan Aliya..ketika di depan pintu Aliya mahu menyalam Firas.."abang pergi dulu"kata Firas Serta menyalam Aliya..Aliya tidak melepaskan tangannya ketika bersalam.."dah la tu"bisik Firas dan menarik tangannya..Firas pergi ke keretanya..
Hatinya sakit apabila Firas buat begitu..Dia sangat sayangkan suaminya , dia cuba menyanyagi suaminya tetapi ini yang dia dapat.."liya"panggil emaknya.."ermm haa ye mak"kata Aliya.."liya ok ke?"Tanya emaknya.."ha liya ok je"jawab Aliya selamba..
Malam itu , dia termenung di jendela biliknya..Maknya masuk ke biliknya.."liyaa , termenung apa tu"kata maknya.."ohh makk , Tak ada apa apa"kata Aliya dan pergi ke arah maknya yang duduk di tepi katil Aliya.."rindu ke dekat suami tu"kata maknya lagi..Liya hanya tersenyum saja.."mak Tak tidur lagi?"Tanya Aliya pula.."belum , saja datang jeguk kamu ni"kata maknya..Aliya senyum dan memeluk emaknya.."Aliya , mak sayang kamu..mak Tak nak kamu derhaka kepada suami kamu..walau macam mana cara dia layan kamu , kamu jangan derhaka kepada dia.."kata emaknya seolah olah maknya tahu masalah Aliya..
Aliya mengeratkan lagi pelukan itu.."oklah kamu rehat lah , mak masuk tidur dulu"kata maknya dan meleraikan pelukan itu dan keluar dari bilik Aliya..Aliya pun baring di katilnya..Dan dia dibuai mimpi indah..
KEESOKAN harinya dia bangun solat subuh..Selepas solat subuh dia pergi ke dapur untuk memasak sarapan pagi dia dengan emaknya..Tiba tiba kedengaran seseorang memberi salam di pintu belakang.."assalamualaikum mak"panggil seseorang lelaki..Aliya pergi melihat siapa di luar itu.."waalaikumsalam"jawab Aliya..
Terkejut Aliya apabila melihat muka lelaki itu , ya itu sahabatnya yang dari kecil lagi.."liyaa?"Tanya Tariq.."Tariq!?"jerit kecil Aliya..
Mereka berdua bersembang di meja makan dekat dapur itu.."bila kau balik sini?"Tanya Tariq.."baru je semalam.."kata Aliya.."Aliya , aku rindu kau"kata Tariq dan memegang tangan Aliya..Dengan pantasnya Aliya menarik tangannya kembali.."aku pun rindu kau"kata Aliya.."terima kasih semenjak aku Tak ada dekat rumah kau tengok tengok mak aku , terima kasih sangat.."kata Aliya.."Tak apa , aku ok je"kata Aliya..
"kau ok ke duduk dengan makcik kau?"Tanya Tariq.."hm ok je"jawab Aliya.."baguslah"kata Tariq..Kemudian emaknya datang ke dapur.."ehh Tariq"kata Mak Aliya.."ehh mak hati hati turun tu"Tariq memang dari kecil lagi sudah panggil mak Aliya 'mak'..Begitu rapat mereka Masa kecil.."yelah"jawab maknya..
"liya bila awak balik KL?"Tanya Tariq lagi.."emm mungkin seminggu je saya duduk sini"kata Aliya.."ohh ok"kata Tariq.."Tariq dah makan ke?"Tanya mak Aliya.."dah makan tadi , mak tu dah makan ke?"Tanya Tariq pula.."ni nak makan la ni , liya masak mee goreng"kata mak Aliya.."jom Kita makan"kata Aliya.."dah kenyang tadi makan roti canai"kata Tariq.."eish kau ni makan je lah"paksa Aliya.."yelah yelah demi kau aku makan"kata Tariq..
selesai makan Tariq pulang ke rumahnya..Aliya dan emaknya menonton televisyen saja..
-------------------------------------------------------------------
Rumah Firas
Firas memakirkan keretanya di depan rumah banglo dua tingkat itu..Dia turun dari kereta bersama seorang perempuan.."baby let's go masuk rumah i"kata Firas dan membuka kan pintu rumahnya.."wow cantik rumah you"kata miya.."Tak lama lagi rumah ni akan jadi milik you jugak , you jangan risau Tak lama dah"kata Firas sambil memeluk miya dari belakang..
Miya senyum saja dan membalas pelukan itu.."jom"ajak Firas.."pergi mana?Tanya Miya.."Naik atas"kata Firas dan menarik tangan miya Naik tangga..
Firas membuka pintu biliknya.."bilik you pun besarkan"kata Miya..Firas hanya tersengih sengih melihat Miya..
Kemudian Firas menolak Miya jatuh ke katil..Miya senyum saja..
Tiba tiba telefon Firas berbunyi....Mengeluh Firas.."Sapa pula ganggu time time macam ni"marah Firas.."ha kau nak ape?"Tanya Firas.."maafkan saya , saya cuma nak bagitahu , saya nak duduk rumah mak saya lagi seminggu boleh Tak?"yaa itu Aliya isterinya.."ikut suka kau lah , dah jangan ganggu aku"kata Firas..
"sayang cepatlahh"kedengaran suara Miya..Terkejut Aliya apabila mendengar suara perempuan.."awak , sapa tu?"Tanya Aliya.."kau Tak payah sibuk lah , buat urusan kau sendiri"kata Firas dan menutup panggilan itu..
Mata Aliya sudah panas bila bila saja air mata itu akan mengalir ke pipinya..
Next chapter guyss..Happy Reading ;))
Share this novel