Harini ini dia hanya bekerja separuh Hari saja , Firas bergegas pulang ke rumah , untuk membersihkan diri sebelum pergi ke hospital..Sampai saja di rumah , dia terus masuk ke dalam biliknya..Selesai Mandi dia turun ke bawah.."eh Firas nak ke mana ni?"Tanya Puan Faridah.."nak pergi hospital lah nak jenguk Aliya.."kata Firas.."oh yeke , datang sini kejap mama nak sembang dengan Firas"kata Puan Faridah.."apa mama , Firas dah lambat ni"kata Firas..
"sabar lah..doktor kata apa tentang Aliya?"Tanya Puan Faridah.."lah , dia ok je Tak ada apa apa"bohong Firas.."Firas tipulah..mesti lepas nih dia susah nak mengandungkan?Kalau dia mengandung juga , mesti bahayakan diri dia atau baby tuh"dengan tiba tiba Puan Faridah berkata demikian.."macam mana mama tahu nih?"Tanya Firas.."mama agak dah..perkara ni akan jadi..ehh Firas , Firas kahwin je satu lagi..Tak apa la kan Firas pun mampu"kata Puan Faridah tiba tiba.."apa ni mama , dah lah Firas dah lambat ni"kata Firas dan bangun dari duduknya itu.."ehh Firas , fikir fikirkan lah..apa yang mama cakap tadi"jerit kecil Puan Faridah apabila melihat anaknya itu jauh pergi..Puan Faridah sudah tersenyum lebar..
Firas terus pergi ke hospital untuk melawat isterinya itu..Kemungkinan esok Aliya sudah boleh keluar dari wad.."assalamualaikum aliya...sorry abang lambat"kata Firas.."waalaikumsalam , Tak apa"kata Aliya.."liya dah makan?"Tanya Firas..."haah dah"jawab Aliya..Kemudian pintu bilik Aliya dikuak perlahan.."assalamualaikum"bagi salam Tariq..riak muka Firas sudah Berubah.."waalaikumsalam"jawab Aliya dan Firas serentak..Tariq dengan Firas bersalaman..
"hai liya , kau dah sihat ke?"Tanya Tariq.."haah aku sihat dah , mungkin esok boleh balik"kata Aliya..Firas hanya memerhati Tariq dari tadi saja..Pintu bilik Aliya dikuak lagi.."assalamualaikum Aliya..Aliya ok ke?sihat Tak ni?"ya itu makcik dia Puan Rosnah.."waalaikumsalam"jawab Aliya.."hah makcik baru nak datang?Kalau Aliya dah arwah baru nak datang jenguk ke?"marah Firas.."abang , dah la tu"kata Aliya.."maaflah makcik sibuk sangat"kata Puan Rosnah.."sibuk sampai Tak ada Masa nak lawat anak buah sendiri?"perli Firas lagi.."shuhh Diam"kata Aliya kepada suaminya..
"Tak apa la makcik , liya ok..Lagipun esok dah boleh keluar.."kata Aliya dan tersenyum.."ehh nih Tariq ke?"Tanya Puan Rosnah.."ha ye saya..lama Tak jumpa dengan makcik"kata Tariq.."ush dah besar panjang kamu"kata Puan Rosnah..Tersenyum Tariq.."nanti kamu duduk dengan makcik ye , makcik jaga kamu berpantang.."kata Puan Rosnah.."Tak payah lah makcik , biar dia duduk je dengan Firas"kata Firas.."alah abang boleh lah , Aliya duduk dengan makcik.. pleaseee"kata Aliya dan membuat muka comelnya.."hm yelahh"kata Firas.."tapi makcik kena janji dengan Firas , makcik jaga Aliya baik baik..Kalau takk , Firas takkan bagi Aliya jumpa makcik lagi"kata Firas..Tariq yang mendengar itu Diam saja..
"ye makcik janji , makcik sayang Aliya macam anak makcik sendiri"kata Puan Rosnah..*Kalau makcik sayang Aliya , kenapa paksa liya kahwin dengan lelaki ni..Kata Tariq dalam hati.."ehmm liya , saya balik dulu..ni saya ada bawa buah untuk awak..nanti makanlah"kata Tariq.."okay terima kasih..nanti jumpa lagi.."kata Aliya..Tariq senyum saja.."hm Firas aku balik dulu"kata Tariq dan menghulurkan tangan untuk bersalam..Firas sambut saja salaman itu..
"makcik baliklah dulu , esok abang Firas hantar liya balik rumah makcik"kata Aliya.."hm iyalah.."kata Puan Rosnah..Mereka bersalaman , kemudian Puan Rosnah berlalu pergi..."abang , kenapa ni?monyok je muka"kata Aliya.."mana Tak nya , abang Tak suka dia ada dekat sini?macam mana dia tahu liya masuk hospital?"kata Firas.."ehm liya yang bagitahu"Aliya sudah takut akan dimarahi oleh Firas.."hmm"itu saja yang keluar dari mulut Firas..."sorry"kata Aliya.."sorry Naik Lori lahh"kata Firas.."ehmm"Mengeluh Aliya.."janganlah merajuk abang , liya janji Tak buat dah"kata Aliya dan mengangkat tangan seperti berikrar..Firas sedikit ketawa.."eish comel la isteri abang ni"kata Firas dan mencuit hidung Aliya..Aliya tersenyum saja...
KEESOKAN harinya Firas mengambil Aliya di hospital , selesai membayar bil hospital mereka terus pergi ke rumah makcik Aliya Puan Rosnah.."assalamualaikum makcik"bagi salam Aliya dan Firas.."waalaikumsalam..ehh dah sampai..masuk lahh"jemput Puan Rosnah..Mereka masuk ke dalam rumah Puan Rosnah itu..Kemudian mereka sembang kosong di ruang tamu.."oklah liya , abang pergi kerja dulu , liya jaga diri okay"kata Firas..kemudian mereka berdua bersalaman sekali pakej Firas mencium dahi Aliya..Aliya tersenyum saja..
Firas menekan pedal minyak dan terus pergi ke pejabatnya..Dalam Beberapa minit telefonnya berdering..Tertera nama 'Baby'..Dia lupa untuk menukar nama itu kepada Miya.."hm hello , ada apa call ni?"Tanya Firas.."you , I nak jumpa you boleh Tak?ada hal penting I nakk bagitahu you ni"kata miya.."Tak boleh , I on the way pergi kerja ni"Pertama kali Firas menolak kehendak miya.."tapi you , sekejap je.."kata Miya.."I kata Tak boleh , Tak boleh lah...apa yang you susah sangat nak faham nihh hah?!"jerkah Firas kemudian dia menutup panggilan itu..
Sampai saja di depan Bangunan Pejabatnya itu , dia terus masuk ke dalam pejabatnya di ikuti dengan PA nya itu..."harini Bos ada meeting dengan klien Kita dari Johor pukul 1..sebab Bos cancel haritu so Hari ini Bos kena jugak meeting..lepastu pukul 3 Dato Mustafa nak jumpa dengan Bos katanya dia nak bincang dengan bos pasal projek baru Kita tu..ehmm tu saja untuk Hari ni"kata Nisa.."Tak boleh ke , Dato Rahman tu jumpa esok je?mesti Hari ni jugak ke?"kata Firas.."ehmm nope , dia kata Hari ni jugak"kata Nisa.."ehm okay , awak boleh keluar.."kata Firas..Dia membuat kerjanya itu , dia menghadap ke arah Komputernya itu..Telefonnya berdering lagi.."hello mama , kenapa call?Firas ada banyak kerjanya ni.."kata Firas.."ha , mama cuma nak Tanya kenapa Aliya duduk rumah makcik dia?kenapa Tak suruh je dia duduk dengan mama?"kata Puan Faridah.."ehh nak duduk dengan mama?tengoklah cara mama layan dia..lebih baik dia duduk dengan makcik dia.."kata Firas.."dah la mama Firas banyak kerja ni..nanti Firas balik , Kita bincang lain"Firas terus menutup panggilan itu..
"ehh budak ni , aku Tak habis cakap lagi..dia dah tutup"gumam Puan Faridah.."kenapa tu idah oi?"Tanya Encik Firdaus.."anak awak ni lah , saya Tak sempat nak cakap dia dah tutup telefon"kata Puan Faridah.."kenapa?"Tanya Encik Firdaus pula.."Tak la , dia bagi Aliya duduk dengan makcik dia tuh...kenapa Tak suruh je duduk dengan saya..saya pun boleh jaga dia.."kata Puan Faridah dan berjalan pergi ke arah suaminya itu di sofa.."tu lah , duduk dengan Kita kan bagus , Kita pun boleh jaga dia..tapi bila fikir balik awak tu kenapa layan dia macam tu?.."kata Encik Firdaus pula.."eh salah saya pula"jawab Puan Faridah..Encik Firdaus menggelengkan kepala saja...*haih dia duduk dengan makcik dia , Tak ada chance lah aku..kata Encik Firdaus dalam hati yang memikirkan benda tidak elok kepada Aliya..
Aliya masuk ke dalam bilik yang Puan Rosnah sediakan untuk Aliya itu..Dia mengenangkan nasib dia..Apakah dia seseorang yang sangat malang..Pertama kali mak mertuanya amat menyangi dia dan suka terhadap dia..Sampai satu Masa entah kenapa mak mertua dia jadi begitu benci kepadanya , salah dia jugak kerana disebabkan dia Firas kemalangan...kedua pula anaknya sudah pergi meninggalkan nya..Banyak sungguh dugaan yang Aliya perlu hadapi..Dia Mengeluh seketika..Air matanya ingin jatuh , tetapi dia mengusap perlahan..Dia tidak mahu menampakan dia terlalu lemah..Dia perlu tabah untuk menghadapi segala cabaran yang akan menempuh Hidupnya itu..
Kedengaran pintu di ketuk dari luar.."liya , jom makan tengah hari , makcik dah siap masak ni , jom lah turun makan"ajak Puan Rosnah.."ya makcik , kejap lagi liya turun"jawab Aliya..Aliya bangun dari baringnya dia membetulkan Kain batiknya itu....Kemudian dia turun ke bawah.."mari duduk sini"kata Puan Rosnah yang melihat Aliya sudah turun dari biliknya itu..Aliya terus pergi ke dapur dan duduk di kerusi..Mereka Kemudiannya makan saja makanan yang Puan Rosnah masak itu..Beberapa minit kemudian Puan Rosnah memecahkan suasana yang sunyi itu.."Aliya..Aliya ok ke?"Tanya Puan Rosnah yang risau akan anak buahnya itu.."liya ok"jawab Aliya.."liya banyakkan bersabar ye..semua ni dugaan..Allah takkan uji Kita di luar kemampuan Kita"Puan Rosnah memberi nasihat kepada Aliya..Aliya Diam saja..
Selesai makan Aliya pergi ke ruang tamu..Dia mengambil alat kawalan jauh dan membuka televisyen..Puan Rosnah ada di luar sedang menyiram pokok bunganya itu..Sesekali dia melihat telefonnya , dia berharap mendapat panggilan dari suaminya itu..Baru Beberapa jam Firas meninggalkannya dia terasa rindu sangat..
"Aliya"panggil Puan Rosnah.."Kejap lagi , makcik nak keluar , nak beli barang dapur..sebab makcik tengok tadi dah nak habis barang barang dapur tu..liya ok ke duduk sorang?"kata Puan Rosnah lagi.."oh yeke , Tak apa..liya ok je"kata Aliya..Puan Rosnah senyum saja dan terus Naik ke biliknya..Dia Mengeluh seketika , dia sangat bosan duduk di dalam rumah itu..Alangkah bahagianya Kalau mak ada lagi..Pasti tidak sunyi rumah itu..Puan Rosnah turun dari biliknya dan menuju ke ruang tamu.."liya makcik pergi dulu ok..liya jangan buas buas ok..duduk Diam Diam..jangan buat benda benda lain ok..kejap je makcik pergi"kata Puan Rosnah..Aliya senyum saja..
Setelah 15 minit makciknya pergi , Aliya Masih duduk di ruang tamu..Kemudian kedengaran loceng rumah berbunyi.."eh Sapa pula datang..Kalau makcik balik , takkan dia nak tekan loceng"fikir Aliya....Dia melihat di luar pagar seseorang lelaki..Mukannya tidak nampak kerana dilindung oleh pagar rumah Puan Rosnah itu..Aliya berjalan ke arah pagar itu dan membuka pagar.."ehh Tariq"Terkejut Aliya apabila melihat Tariq itu.."hai assalamualaikum"kata Tariq.."waalaikumsalam , kau buat apa dekat sini?"Tanya Aliya.."aku datang nak jumpa kau lah , nak tengok kau sihat ke Tak..ok ke Tak"kata Tariq dan tersenyum..Aliya jugak tersenyum.."jomlah Kita duduk dekat situ.."kata Aliya sambil menunjukkan kerusi di luar rumah itu..Aliya membiarkan pagar terbuka kerana takut pula jiran berkata sesuatu dengan kehadiran Tariq itu..
"makcik Tak ada rumah , dia keluar tadi pergi beli barang dapur"kata Aliya.."oh yeke"jawab Tariq.."kau kerja mana Sekarang Tariq?"Tanya Aliya.."aku ada lah minta kerja satu company ni , haritu aku pergi interview..then dia kata tunggu dia call untuk pastikan aku dapat atau Tak job tu"kata Tariq.."ohh baguslah tu , habistu kau punya kebun siapa yang jaga?"Tanya Aliya.."aku kan ramai pekerja , so diorang yang handle Lagipun bapak aku ada..dia boleh tengok tengokkan..Kalau aku free , boleh lah jenguk jugak.."kata Tariq.."baguslah tu , aku doakan kau Semoga dimurahkan rezeki dannn mendapat jodoh dengan cepat"ketawa Aliya..Tariq terdiam.."ehh Tariq asal kau Diam"Masih ada sisa sisa ketawa Aliya itu...."haha , Tak ada apa lah..terima kasih doakan aku..aku pun nak doakan kau supaya kau hidup bahagia dengan pasangan kau dan dapat baby cepat cepat"tersenyum Aliya.."liya , kau boleh cuba lagi..untuk dapatkan zuriat suami kau..kau cuma kena sabar je"kata Tariq..Aliya senyum saja..
Kedengaran kereta Puan Rosnah sudah pulang.."Eh Tariq bila sampai?"Tanya Puan Rosnah.."hm lama la jugak"kata Tariq.."jomlah masuk dulu"ajak Puan Rosnah.."tak apa lah makcik..Tariq kena balik dah ni..nanti ibu risau pula , lama sangat Tariq keluar"kata Tariq.."ha yelah"jawab Puan Rosnah.."bye liya , makcik"kata Tariq dan terus pergi ke keretanya..
happy reading guyss ;) sorry lama sangat Tak update Bab baru dan membuat para pembaca tertunggu tunggu..saya akan usaha untuk sambung Bab baru ye , stay tuned guys..take care , stay home ;))
Share this novel