BAB 1

Romance Series 9399

"aku terima nikahnya Aliya Balqis Binti Adli Basyir dengan mas kahwinnya rm2500 tunai"Sekali lafaz Aliya dan Firas bergelar suami isteri..

Firas bangun dari duduknya dan pergi ke arah Aliya..Firas menyarungkan Cincin ke jari manis Aliya..Kemudian Aliya mencium tangan Firas..Firas juga mencium dahi Aliya..

Perkahwinan ini dipilih melalui ibu bapa Firas dan juga makcik Aliya..Tanpa ada perasaan cinta antara mereka berdua..Bahkan mereka tidak pernah berjumpa sehingga Hari pernikahan mereka..

Malam itu , selesai Aliya membersihkan diri..Dia duduk di meja soleknya dan menyikat rambut..Firas pula ada di atas katil bermain telefonnya..

Tiba Tiba telefon Firas berbunyi.."hello baby"Terkejut Aliya apabila Firas berkata begitu.."apa?you nak jumpa I , ok hujung minggu ni Kita jumpa ok"kata Firas lagi..Panggilan itu ditutup saja..

Kolam mata Aliya sudah mahu pecah , bila bila saja ia akan mengalir..Firas bangun dan masuk ke bilik air..Telefonnya dia tinggalkan di atas katil..

Tanpa berlengah lagi , Aliya terus mencapai Telefon Firas..Dia melihat begitu banyak panggilan dari nombor yang sama dan begitu juga mesej dari 'my love'..Dia menahan air matanya dari menangis..

Kemudian dia terus baring di katil Tempatnya..*ya Allah tak sampai sehari lagi aku kahwin dengan dia , Adakah ini dugaan untuk aku..kata Aliya dalam hati..Tanpa disedari air matanya turun satu per satu..

Kedengaran pintu bilik air dibuka..Firas kembali duduk di katil bersebelahan Aliya.."Aliya , tidur dah ke?"Tanya Firas.."emm baru nak tidur"jawab Aliya.."pergi buatkan aku air kopi , aku dahaga"kata Firas..Aliya hanya diam saja dan bangun keluar dari bilik..

Aliya Naik semula ke bilik dengan membawa secawan kopi..sampai saja di depan pintu bilik dia terdengar Firas berbual dengan seseorang.."baby , baby sabar kejap ehh..Tak lama pun..baby sabar ehh..nanti sayang akan kahwin dengan baby juga..jangan risau lah..cinta sayang hanya untuk baby je"kata Firas..Kemudian dia menutup panggilan Setelah selesai bercakap..

Aliya masuk semula ke dalam bilik itu.."nah abang"kata Aliya.."hm"kata Firas dan mengambil air kopi itu..Kemudian Aliya sambung tidur semula..Tetapi Firas tidak lagi tidur , dia sedang bermain telefonnya itu lagi..

KEESOKAN Harinya Firas akan membawa Aliya pindah rumah yang dibeli olehnya..Dia sudah berjanji dengan papa dan mamanya apabila dia sudah berkahwin dengan pilihan mereka dia akan pindah ke rumah lain..

"mama , liya pergi dulu..mama jaga diri ye"kata Aliya dan memeluk Puan Faridah itu..Firas pula Sedang sibuk mengangkat beg pakaian mereka ke dalam kereta..

Mereka berangkat ke rumah mereka , dalam satu jam begitu mereka sampai di rumah itu.."Aliya , angkat beg tu"kata Firas dan masuk ke dalam rumahnya..Aliya mengangkat semua beg beg pakaian masuk ke dalam rumah..Firas pula sudah baring di atas sofa..

"abang , abang nak makan apa apa?Aliya nak masakkan"kata Aliya dengan sopannya.."masak jelah apa apa , aku nak rehat"kata Firas..Aliya tidak berkata apa apa dan berlalu pergi ke dapur..Rumah itu cantik jugak , mempunyai dua tingkat..

Ketika Aliya sedang memasak tiba tiba seseorang memeluk Aliya dari belakang..Terkejut Aliya dibuatnya.."liya"panggil Firas dengan suara serak serak basah sambil memeluk Aliya dari belakang..Aliya sudah berada tidak selesa , tetapi dia tidak menolak pelukan itu..Dia tidak mahu menjadi isteri derhaka pula..

"kau tahu kan , yang aku taknak pun kahwin dengan kau..tapi mama yang paksa aku kahwin..so kau kena terima Kalau aku buat benda yang kau Tak suka dekat dalam rumah ini..then kau kena ikut cakap aku..Kalau Tak..kau siap dengan aku"kata Firas dengan kejamnya..Tetapi dia tidak lagi melepaskan pelukan itu..

"kau faham Tak?"Tanya Firas..Aliya mengganguk saja..."good girl"kata Firas dan mencium pipi Aliya..Firas kembali ke ruang tamu semula..

Air mata Aliya sudah membasahi pipinya , dia tidak dapat tahan lagi..*Adakah ini dugaan aku berkahwin dengan orang yang Tak dikenali asal usulnya?ya Allah kuatkan aku..Dia berkata di dalam hati..

selesai dia memasak dia memanggil suaminya itu.."abang , makanan dah siap..jom makan"Aliya memgejutkan Firas dari tidurnya..Firas masih tidak bangun dari tidurnya.."abang , bangun jom makan"kejut Aliya lagi.."eishh kau ni , kau nak makan..kau makan lah Tak payah ajak aku!"tengking Firas..Aliya diam saja dan pergi ke dapur..

Dia makan dalam keadaan yang amat sedih..Dia fikir apabila dia berkahwin dengan lelaki ini hidupnya akan bahagia..Dia bukanlah orang yang berada tetapi cukup lah untuk sara hidup..Ayahnya sudah meninggal dua tahun lepas akibat serangan jantung..Kini tinggal emaknya dan dia saja..

Emaknya menyuruh dia ikut makciknya ke Kuala Lumpur Setelah Ayahnya meninggal dunia..Makciknya orang yang berada juga dan makciknya tidak mempunyai anak..Jadi dia mahu menjaga anak sedaranya itu..

Makciknya yang sarankan berkahwin dengan Firas kerana Firas mempunyai segala galanya..Rumah mewah , kereta mewah dan pelbagai lagi..Jadi bagi makciknya jika dia berkahwin dengan Firas dia akan bahagia dengan kemewahan yang ada..Tetapi bagi Aliya , dia tidak bahagia Tanpa kasih seorang suami..

Selesai dia makan tengah Hari itu , dia pergi ke ruang tamu semula..Dia melihat suaminya masih nyenyak tidur di sofa..Kedengaran azan Zohor , dia pergi ke arah suaminya.."abang , dah zohor ni..jom Kita solat sama sama"ajak Aliya lagi..dia tidak putus asa untuk mengambil hati suaminya itu..Firas hanya mengendahkan panggilan Aliya itu..Bahkan dia mengambil bantal dan menutup telingannya..

Mengeluh Aliya..Dia bangun dari duduknya dan Naik ke bilik mereka.."wah , cantiknya"kata Aliya apabila melihat kecantikkan bilik itu dengan deco deconya..

Dia pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu..kemudian dia solat zohor..selesai solat zohor dia tidak bangun lagi tetapi dia teringat Masa dia mahu mengikut makciknya ke Kuala Lumpur..

"liya , kamu ikut makcik kamu ke Kuala Lumpur ok , mak yakin kamu duduk sana kamu akan dapat kerja kerja yang bagus..kamu janji dengan mak ye , jangan tinggal solat..jadi anak yang soleha okay"kata maknya.."tapi mak , mak ok ke Kalau liya tinggal mak?"Tanya Aliya dan dia berasa sebak.."Tak apa demi Masa depan kamu mak ok je , kamu ikut ehh makcik kamu"kata maknya lagi.."haa liya ikut lah makcik , kamu duduk kampung bukannya ada kerja sangat..ha dekat Kuala Lumpur tu banyak kerja yang kamu boleh dapat"celah makciknya...

Aliya diam saja.."hm betul tu liya..kamu ni berpelajaran , SPM pun bagus"kata maknya pula.."hm Kalau tu yang mak mahu , okay liya ikut cakap mak"kata Aliya.."ha esok Kita balik"kata makciknya...

Air mata Aliya mengalir kerana rindu akan maknya..semenjak mereka pergi ke Kuala Lumpur..Makciknya tidak izinkan Aliya berjumpa dengan emaknya..Alangkah kejamnya makciknya itu...Bahkan dia kena ikut kesemua arahan makciknya itu..Cara apa lagi yang dia boleh berjumpa dengan emaknya itu..Maknya sudah tua , malah Telefon bimbit juga tiada..susah jika dia mahu menelefon emaknya..Bahkan kemana saja Aliya mahu pergi makciknya akan ikut..takut Aliya lari balik ke kampungnya itu..

Kemudian dia melipat sejadahnya..Tiba tiba Firas masuk ke bilik itu.."abang Tak solat lagi?"Tanya Aliya.."ehh kau ni , ikut suka aku lah nak solat ke Tak ke.."kata Firas dan masuk ke bilik air..

Aliya baring saja di katil sambil bermain telefonnya..Dalam 20 minit Firas di dalam bilik air , dia kemudian keluar dari bilik air.."emm abang , boleh saya minta izin?"Tanya Aliya..Firas diam saja sambil mengeringkan rambutnya dengan Kain.."boleh Tak Aliya nak balik rumah mak liya?"Tanya Aliya.."suka hati kau lah nak pergi mana , janji kau jangan bagitahu mama papa dengan makcik kau pasal hal dalam rumah ni..Faham!?"kata Firas dengan tegasnya..Aliya angguk saja..

Dia berasa gembira dia dapat pulang ke rumah emaknya itu.."kau nak balik rumah mak kau dengan apa?"Tanya Firas tiba tiba.."em dengan teksi"kata Aliya.."Tak payah aku hantarkan kau"kata Firas..Aliya akur saja dengan kata kata Firas..*sayang juga dia dekat aku..kata Aliya dalam hati..

"kau jangan ingat aku nak hantarkan kau ni sebab aku ni sayangkan kau..memang Tak la aku nak sayangkan kau.."kata Firas..Aliya diam saja..

Hai guyss ini ialah novel ketiga nishaa..Harap pembaca sukalah cerita AKU ;) Happy Reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience