BAB 9

Romance Series 9399

Seminggu lepas Firas keluar dari hospital , Puan Faridah melayan Aliya seperti puteri ketika Firas berada di rumah itu , ketika Firas tiada di rumah dia melayan Aliya seperti orang gaji di rumah itu..

"ehh kau , kau pergi ambil baju aku..kau cuci..aku taknak kau cuci pakai mesin basuh..aku nak kau cuci dengan tangan..baju aku tu Mahal , Kalau terkoyak ke apa ke..siap kau..kau bukannya ada duit nak bayar balik"kata Puan Faridah..Aliya berasa hairan dengan mak mertuanya itu..Mula mula mereka berkahwin , Puan Faridah pada awal menerima Aliya..Tetapi sekarang kenapa jadi begini...Dia pun tidak tahu apa yang mak mertuanya mahukan..

Aliya Naik ke bilik Puan Faridah dan dia mengambil baju untuk di basuh..Mengeluh Aliya.."banyak nya baju"kata Aliya..Kemudian pintu bilik air dibuka..Kelihatan Ayah mertuanya keluar dari bilik air itu..Terkejut Aliya.."ehh papa"Terkejut Aliya apabila melihat Ayah mertuanya memakai Kain tuala saja.."ehm sorry papa , Aliya keluar dulu"kata Aliya..Tetapi dengan tiba tiba Encik Firdaus menarik tangan Aliya.."ehh kenapa ni papa?"Tanya Aliya kerana pelik dengan tindakan Encik Firdaus..

"kejap la liya , liya nak pergi mana..sabar la kejap"kata Encik Firdaus yang sudah mengusap pipi Aliya itu..Aliya menepis tangan Encik Firdaus.."wow garangnya"kata Encik Firdaus.."papa nak apa ni , liya nak keluar"kata Aliya dan berjalan..Tetapi Encik Firdaus menarik lagi tangan Aliya.."eish tepilahh!!"kata Aliya dan menolak Encik Firdaus , Kemudian Encik Firdaus jatuh terduduk di katil..Aliya terus keluar dari bilik itu..Dengan jerkahan yang kuat dari suara Aliya , didengari oleh Puan Faridah..

"kau kenapa?"Tanya Puan Faridah..Aliya diam saja dan terus berjalan pergi ke bilik air untuk mencuci pakaian yang dibawanya itu..Dia tidak sangka perangai Ayah mertuanya seperti itu..Sama saja perangai dengan anaknya yang dahulu..

Dia amat sedih dengan kehidupan seperti ini , tetapi dia akan tetap kuat dan tabah menghadapi segala cabaran yang akan datang..Selesai dia mencuci pakaian itu..Dia ingin keluar dari bilik air itu..Dengan tidak sengaja dia terpijak berus cuci baju yang dia gunakan itu.."arghh!!"dia terjatuh dan terus terduduk.."da..darahhh"dia melihat bagitau banyak darah yang mengalir keluar ..kemudian dia pengsan..

"Aliya , kenapa kau menjerit lagi hah?"Tanya Puan Faridah apabila mendengar Aliya menjerit lagi.."aliyaa"panggil Puan Faridah lagi.."eii pekak ke hah?"Terkejut Puan Faridah apabila ternampak susuk tubuh badan Aliya jatuh terkulai di dalam bilik air.."Aliyaa!!"jerit Puan Faridah..Puan Faridah terus berlari ke arah Aliya..

Puan Faridah dan Encik Firdaus membawa Aliya pergi ke hospital..Dalam Masa yang sama Puan Faridah menelefon Firas..

Semasa Firas di pejabat , dia baru mahu menghadiri mesyuarat.."Nisa , batalkan meeting Kita..saya ada hal"terus dia berkata begitu Seteleh Puan Faridah menelefonnya...Nisa merupakan PA kepada Firas...kemudian Firas berlari ke keretanya dan terus pergi ke hospital yang diberitahu oleh Puan Faridah..

Sampai saja di hospital tersebut , dia bagai orang tidak tentu arah mencari isterinya itu.."mama!!"jerit Firas apabila melihat Puan Faridah dan Encik Firdaus berada di depan bilik kecemasan.."apa yang jadi nih?"Tanya Firas.."mama Tak tahu , mama pergi tengok dia dekat bilik air..liya dah jatuh dengan banyak darah"kata Puan Faridah takut pula dia dimarahi oleh Firas.."maa , maa tau Tak dia mengandung..anak Firas!!"jerkah Firas dan dia menumbuk dinding.."dah dah , sabar duduk dulu"kata Encik Firdaus yang cuba menenangkan anaknya itu..Puan Faridah dan Encik Firdaus tidak tahu akan hal Aliya mengandung , Aliya dan Firas fikir mahu membuat kejutan kepada Puan Faridah dan Encik Firdaus..Akhir sekali ia sudah terlambat..

Firas seperti orang tidak waras , dari tadi dia memegang kepalanya , kadang kala dia bangun dan berjalan kehulu kehilir.."dah mama , papa balik dah dulu..Tak apa Firas ada"kata Firas..Puan Faridah angguk saja..Mereka berdua pulang ke rumah.."aliyaa kenapa jadi macam niii"gumam Firas sendirian..Doktor yang merawat Aliya sebentar tadi keluar dari bilik kecemasan itu..Apabila Firas mendengar bilik kecemasan itu dibuka , Firas terus bangun dari duduknya..

"doktor , doktor macam mana isteri saya doktor?kandungan dia macam mana?"muka Firas sangatlah takut , dia risau akan terjadi apa apa kepada isteri dan anaknya itu.."ehmm isteri cik dalam keadaan normal..cuma.." "cuma apa doktor?"celah Firas.."cuma kandungannya tidak dapat diselamatkan..kerana hentakkan yang dia jatuh tu terlalu kuat..jadi Kalau dia mahu mengandung lagi mungkin akan effect kepada ibunya atau anak..maafkan saya..awak boleh tengok isteri awak di dalam , saya pergi dulu"kata doktor itu dan terus pergi..Firas dengan pantasnya terus masuk ke dalam bilik kecemasan untuk melihat keadaan isterinya itu..

"Aliya"panggil Firas dengan lembut..kemudian dia mengusap kepala Aliya..Dia hampir menitiskan air mata..Beberapa minit kemudian Aliya sedar dari pengsannya..Terasa pening di kepalanya..Dia cuba untuk bangun..Tetapi di halang oleh Firas.."liya , liya baring je"kata Firas.."kenapa dengan liya ni?ab..abang tadii kan darahhh..ehmm anak liya ok kan abang?Tak ada apa apa kan?"kata Aliya..Apabila Aliya berkata sebegitu Firas ingin menangis.."Aliya sabar ehh"kata Firas..

"betulkan abang , anak liya Tak dak apa apa kan?anak liya sihat je kan?"kata Aliya lagi..Firas diam saja.."abang jawab lahh , liya Tanya ni"kata Aliya lagi..Kemudian dia menangis teresak esakk.."dahh , shuhh diam diam"kata Firas lalu memeluk Aliya.."anak liya abang...maafkan liya..liya Tak jaga anak Kita dengan baik.."menangis terus Aliya di dalam pelukan Firas itu..

Firas tidak mahu memberitahu kepada Aliya bahawa apabila dia mengandung lagi , dia akan berisiko tinggi..Bukan niatnya untuk merahsiakan perkara ini..dia takut pula nanti Aliya menghadapi tekanan yang serius , dengan keadaannya yang sekarang ini cukup memadai baginya..kehilangan cahaya mata amatlah bermakna bagi mereka..Hati mereka teramat lah sedih atas kehilangan anak mereka itu..

Aliya terlelap akibat menangis tidak berhenti tadi itu..mungkin dia penat , Itulah dia terlena..Firas tidak tahu mengenai makanan orang berpantang...Ialah orang yang keguguran mesti berpantang seperti orang bersalin..Jadi dia menelefon Puan Faridah..

"ma , ni Aliya boleh makan apa je?"Tanya Firas.."hm Tak apalah , nanti mama masak..mama datang hospital"jawab Puan Faridah..Panggilan diberhentikan begitu saja..Firas Naik semula ke wad Aliya.."Aliya , nanti mama datang ok..mama kata dia nak masakkan untuk Aliya"kata Firas..Aliya angguk saja..

Selesai Puan Faridah masak untuk Aliya.."bang , jom pergi hospital"ajak Puan Faridah.."haa kejap abang siap"kata Encik Firdaus..Kemudian mereka berdua pergi ke hospital..

Sampai saja di hospital Puan Faridah dan Encik Firdaus terus pergi ke wad Aliya.."assalamualaikum"bagi salam serentak Puan Faridah dan Encik Firdaus.."waalaikumsalam"jawab Aliya.."anak aku mana?"Tanya Puan Faridah.."tadi doktor panggil abang Firas"kata Aliya..Puan Faridah diam saja..Encik Firdaus dari tadi memerhati saja Aliya dengan muka yang penuh dengan nafsu..Aliya tidak memandang muka Encik Firdaus itu..

"ehh ma , pa..dah sampai"kata Firas dan menyalam kedua ibu bapanya itu.."ha baru je sampai"jawab Encik Firdaus.."nah ni mama ada bawakan kau makanan"kata Puan Faridah dan memberikan bekas makanan itu kepada Aliya.."wahh thank you mama"kata Aliya..Puan Faridah hanya mengendahkan saja.."Firas , kamu Tak balik ke?balik lah rumah dulu Mandi Mandi semua..makan dekat rumah..alah Aliya ni , dia boleh je jaga diri dia..dia dah besar panjang dah"kata Puan Faridah panjang lebar..Aliya hanya senyum tipis..

"ha betul cakap mama tu abang..abang baliklah , Aliya ok je"kata Aliya.."hm betul ke ni?"Tanya Firas..Aliya angguk saja.."baiklah kejap lagi abang balik..abang janji lepas habis kerja semua , abang datang jenguk Aliya okay"kata Firas dan mengusap pipi Aliya..Aliya senyum sahaja.."hm , papa ni Tak kerja ke?"Tanya Firas.."alah pejabat tu bukan ada kerja sangat , Lagipun pekerja dekat pejabat Kita tu semuanya bagus bagus..Tak payah risau"yakin Encik Firdaus.."tapi papa Tak boleh lah macam tu , dalam bisnes ni Kita kena bekerjasama dengan semua perkerja pa..Tak boleh la lepas tangan je dekat diorang"kata Firas.."kau Tak payah ceramah papa lah , papa tahu lah..kau tu bila nya nak masuk kerja?"kata Encik Firdaus pula.."hmm kejap lagi Firas masuk lah office , eish papa ni.."kata Firas pula..

Lama jugak Puan Faridah dan Encik Firdaus berada di hospital itu , kemudian mereka pulang ke rumah.."Aliya , abang balik dulu ye..nanti lepas habis kerja abang datang sini balik ok"kata Firas dan mencium pipi Aliya...Mereka bersalaman dan Firas keluar dari wad Aliya itu dan pulang ke rumah sebelum pergi ke pejabatnya itu..

Mengeluh Aliya.."bosan nya"kata Aliya...*hah Tariq..kata Aliya dalam hati..Dia terus mencapai telefonnya dan mendail nombor Tariq.."hello assalamualaikum Tariq"kata Aliya."waalaikumsalam liya , ada apa call aku ni?"Tanya Tariq macam pelik , kerana sebelum ini..Aliya tidak pernah telefonnya sebegini , jikalau telefon pon..hanya hal penting saja.."saja call kau , kau sibuk ke?"kata Aliya pula.."aku Tak sibuk pun"kata Tariq..Tariq hanya belajar hingga SPM saja tetapi dia mempunyai kebunnya sendiri iaitu kebun sayur sayuran dan macam macam lagi.."ohh , kau buat apa?"Tanya Aliya lagi.."Tak ada buat apa apa pun"jawab Tariq.."kau ada apa apa nak bagitahu aku ke?"kata Tariq lagi seolah olah dia tahu akan Aliya mahu memberitahu sesuatu kepadanya..

"hmm macam mana ekk kau tahu aku ada benda nak cakap?"Aliya sedikit ketawa.."Iyalah dari riak suara kau tu , aku dapat tangkap"kata Tariq.."sebenarnya aku dekat hospital ni"kata Aliya.."kau kenapa?kau Tak sihat ke?"Tanya Tariq.."aku...aku jatuh bilik air..jadi aku.. keguguran"berat untuk Aliya memberitahu kepada Tariq itu..."astagfirullahalazim..Sekarang kau ok Tak?banyakkan bersabar Aliya.."kata Tariq.."ye , aku ok..kau jangan risau"kata Aliya.."hm yelah nanti aku ada Masa , aku datang lawat kau"kata Tariq...Panggilan diberhentikan disitu saja..

happy reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience