“I nak you siasat tentang Perempuan ini."Arah Liam Ramone sambil menghulurkan sampul yang mengandungi gambar Ayka.
“Siapa ini Boss?Soal Jerry.Setahu dia,Liam tak suka ambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan perempuan.
“Jangan banyak soal.Just buat aje kerja kau ini."Kata Liam dengan serius.
“Okay,Boss."Jerry tak berani bersoal banyak dengan Liam Ramone.
Bibir Liam Ramone mengukirkan senyuman sinis.
____________
Aku berasa risau dengan Author Lavi.Dah 3 hari dia hilangkan diri sejak Melly ungkit pasal Luth.
“Wei! Kenapa muka kau macam ibu kehilangan anak aje?."Soal Melly sambil mengambil tempat disebelah Aku.
Aku menjeling tajam ke arah Melly.
“Semua ini sebab kau lah!."Marah Aku.
“Kenapa pulak aku? Aku buat apa pulak?."Soal Melly dengan muka blur.
“Sekarang ini,Author Lavi dah hilang selama 3 hari kau tau tak!."Geram aku dengan sikap Melly yang tak acuh-acuh itu.
“Alah,Dia itu bukan budak kecil yang kau kena risau.Pandai-pandailah dia jaga diri itu."
“Malaslah,aku nak cakap dengan kau ini!."Marah aku sambil melangkah masuk ke dalam bilik tidur aku.
Melly membuat muka menyampah.
“Asyik-asyik aku juga yang kena marah.Mana pulak si Author Lavi ini pergi?."Bebel Melly sambil matanya menatap handphone.
------------------
Jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam.
Staf yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing.
Liam Ramone mengisi briefcase nya dengan dokumen-dokumen yang penting.
Tiba-tiba pintu bilik Liam Ramone diketuk perlahan.
Tok ! Tok !
“Masuk!."Arah Liam sambil sibuk mengemaskan meja nya.
“Abam mapia..."Panggil Ayka dengan perlahan.
Liam memandang wajah Ayka dengan serius.
“You tak balik lagi ke?"Soal Liam dengan dahi berkerut.
“Saya,tunggu abam mapia lah."Balas Ayka sambil tersenyum kecil.
“Rimas betul I dengan you. "Kata Liam dengan wajah tegang.
Dahlah dia penat Sekarang, kena hadap pulak perangai gedik Ayka ini.
“Abam mapia,boleh hantar saya balik ke?."Minta Ayka dengan suara comel. Dia tak kisah pun kalau kena marah dengan Liam.Sebab,cinta itu kan buta...
“You ingat I ini driver you ke?."Soal Liam serius sambil berjalan melepasi Ayka.
“Awak bukan driver kereta,tapi awak driver hati saya!.”Balas Ayka sambil tersenyum gedik.
Liam mendengus geram dengan sikap Ayka yang selalu membangkitkan kemarahan nya itu.
Nasib baik perempuan, kalau tak dah lama dia tembak Ayka ini.Biar aman sikit hidup dia.
Liam menoleh memandang wajah Ayka yang setia mengikut langkah nya.
“You tak faham bahasa ke apa?.I tak suka you.”Luah Liam dengan raut wajah serius.
“But,saya suka awak!."Ayka tidak pedulikan kata-kata Liam itu.
Liam mencengkam erat rahang Ayka.
“I tak suka you.Even my mama suka you.You tetap tak ada dalam hati I."Kata Liam sambil mencengkam kuat rahang Ayka.
Mata Ayka bergenang.
Sakit hatinya,apabila Liam bertindak kasar dengan dia.
“Abam mapia,hanya milik Ayka!."Jerit Ayka sambil menolak tubuh Liam.
Dia berlari keluar dari bilik kerja Liam.
--------------------
Kedebuk!
Ayka terlanggar seseorang sehingga dia jatuh terduduk di atas jalan.
“Sorry Miss..."Kata Danny dengan panik sambil menghulurkan tangan untuk membantu Ayka bangun.
“Thanks."Balas Ayka sambil mengesat air matanya.
“Saya Danny."Danny kenalkan dirinya sambil tersenyum manis.
Teragak-agak Ayka dengan lelaki yang baru kenal ini.
“Handsome nya..."Sempat lagi hati Ayka berbisik.
“Saya Ayka.”Balas Ayka sambil tersenyum kecil.
Hilang sikit rasa sedihnya,apabila bertemu biadara kayangan ini.
“Cantik nama awak."Puji Danny.
Ayka mengukirkan senyuman kecil.
“Awak asal dari mana?”Soal Ayka suara dilembutkan, acah-acah sopan gitu.
“Saya berasal dari hati awak.."Balas Danny sambil tersenyum kecil.
Membahang wajah AYKA mendengarnya. Bibirnya serta-merta mengukir senyum saat Danny berayat manis.
“Awak berkerja di mana?” Soal Ayka,mana tahu lelaki ini salah satu anak buah Liam.
“Saya ada cafe sendiri.Awak pulak?."Soal Danny.Dia selesa dengan gadis comel ini.
“Saya jadi secretary aje awak.“Balas Ayka sambil memintal-mintal anak rambut lagaknya perempuan melayu terakhir.Acah-acah malu
Danny mengangguk perlahan.
“Hmm, jom duduk sana dulu. Boleh kita borak-borak.”Ajak Danny menunjuk ke arah kerusi panjang yang sedia ada di situ.
“Okay."Balas Ayka dengan teruja.
Terlompat-lompat AYKA berjalan menghandului Danny sambil menyanyi kecil.
“Katak si katak lompat, lompat! Lompatlah tinggi, tinggi, tinggi!”
Tanpa sempat AYKA ingin menstabilkan diri, dia hampir terjatuh akibat kasut tumitnya
Danny memaut pinggang milik Ayka.
Ayka terpeluk tubuh sasa Danny.
Danny terkedu.
Ayka menarik tangan Danny dari terus memaut pinggangnya, terus punggungnya dilabuhkan pada permukaan kerusi panjang. Mata dipejam.
“Awak, awak rasa saya ni menyusahkan ke?”Soal Ayka dengan sayu.
Danny terkejut dengan soalan ayka itu.
“Tak.Kenapa awak tanya macam itu?."Soal Danny pelik.
Ayka meluruskan kedua tangannya sambil merenung ke arah Danny.
Sinar mata luas.
“Saja. Mesti awak malu sebab saya punya perangai macam budak-budak.”Sambung Ayka.
“Tak adalah.Saya suka,awak ini Comel.”Puji Danny.
Bibir Ayka kembali tersenyum.
Ayka termenung jauh.
“Awak ikhlas ke berkenalan dengan saya?”Soal Ayka lagi.
“Mestilah saya ikhlas awak.Cuma,saya takut nanti Kalau Liam tengok kita berkawan dia mengamuk ke apa."Kata Danny perlahan.
“Macam mana awak boleh kenal abam mapia saya?”Tanya Ayka pelik.
“Liam Ramone, semua orang kenal dia.Dia kan seorang mafia Dan president yang terkenal."Kata Danny perlahan sambil tersenyum kelat.
Ayka mengangguk perlahan.
“Awak suka Liam Ramone ke?."Soal Danny perlahan.
“Ha'ah.”Ayka berkata jujur.Dia selesa dengan Danny sampaikan dia bercerita tentang Abam mapia nya.
“Sebagai kawan ke?."Soal Danny lagi.
Ayka terkesima.
Dia tidak tahu mahu mengatakan apa lagi, air matanya sudah bergenang.
Abam mapia...
“Saya hanya bertepuk sebelah tangan aje awak. Tsk, mungkin saya tak layak dapat cinta dari lelaki yang saya cintai sendiri. Apa salah saya awak?”Kata Ayka dengan nada sedihnya.
“Awak...sorry kalau pertanyaan saya itu buat awak sakit.Saya tak sengaja awak.Dia yang rugi sebab tak cintakan perempuan sebaik macam awak.Kalau saya,Dah lama saya culik awak pergi sempadan untuk nikah."Kata Danny sambil tersenyum kecil,Tangannya mengusap lembut belakang Ayka.
“Tapi saya tak cintakan awak. Buat apa saya nak kahwin dengan awak?”Selamba badak sahaja Ayka membalas.
“Tak...maksud saya,kalau lah awak cintakan saya."Dannya tersenyum kecil.
“Tu pun kalau.Hmm."Balas Ayka perlahan.
“Oklah awak. Saya nak balik, mengantuk.Selamat berkenalan dengan awak."Kata Ayka sambil tersenyum manis.
“Cepatnya,awak balik."Kata Danny.
“Habis tu, kalau saya tak balik, saya nak tidur kat mana? Longkang?”Soal Ayka dengan geram.
“Tidur aje dalam hati saya."Balas Danny sambil tersenyum nakal.
“Jangan nak perasan. Saya nak balik, saya mengantuklah awak. Kalau awak nak berhubung dengan saya, ni nombor telefon saya.”Terus Ayka merampas telefon Danny yang terselit di pinggang lelaki itu, diisi nombor telefonnya di situ.
Selesai sahaja mengisi nombor telefon, Ayka terus berjalan pergi.
Danny tersenyum kecil melihat perangai ayka itu.
“Katak si katak lompat, lompat! Lompatlah tinggi, tinggi, tinggi!”..Hahahaha>< Harap readers lavi sukalah chapter kali ini><..hehe
Share this novel