Bab 10

Romance Series 21387

“Tak ada tempat lain ke nak berbincang?Tempat low class macam ini yang you pilih nak
bincang?."Perli Liam Ramone sambil tersenyum sinis.

Kalau bukan urusan business yang berjuta-juta,tak mungkin seorang Liam Ramone akan duduk berbincang di cafe murah macam ini.

“Sorry President,Wife I cakap cafe ini merupakan cafe yang terbaik di daerah ini.I'm so sorry kalau President tak suka cafe ini.”Kata Mr.Tony pengerusi syarikat Vimelex.

Liam memaparkan wajah dingin nya.

“Encik,boleh baca kontrak ini terlebih dahulu.Kalau ada sebarang pertanyaan, Encik boleh tanya saya."Kata Ayka sambil tersenyum kecil.

Encik Tony menerima huluran Ayka sambil mengangguk perlahan.

Liam Ramone sibuk menatap handphone nya.Dia biarkan Ayka aje uruskan perjanjian itu.

Ayka memandang wajah Liam yang duduk disebelah nya itu.

“Abam mapia,Tak nak order minuman ke?Saya dahaga."Kata Ayka dengan muka kesian.

Sejak dari pagi lagi dia tidak sempat nak makan gara-gara uruskan dokumen yang berkaitan dengan perjanjian ini.

Liam mendengus geram.

“Order aje apa-apa."Balas Liam dengan dingin.

“Okay,Abam mapia."Kata Ayka dengan teruja.

Sementara Encik Tony sibuk membaca isi kandungan perjanjian itu.

------------------

“Wei! Kau ada nampak tak sapu tangan aku yang bercorak rama-rama itu?."Soal aku sambil mencari-cari sapu tangan kesayangan aku itu.

“Tak nampak,kau letak kat mana?."Soal Melly sambil memandang wajah Laura yang kerisuan itu.

“Alah,setakat sapu tangan aje yang hilang bukan kekasih yang hilang.”Balas Melly sambil tersenyum kecil.

Aku menjeling tajam ke arah Melly.

“Hehe,Sekejap ya.Aku pergi hantarkan jus pada pelanggan itu dulu.Nanti aku tolong kau cari sapu tangan kesayangan kau itu."Melly memuncungkan bibirnya ke arah pelanggan yang duduk di meja penjuru cafe ini.

Aku melirik ke arah pelanggan tersebut.

“Amboi handsome nya lelaki itu.”Bisik kecil hati aku.

Dari jauh aku dapat melihat riak wajah Melly berubah.

Sejurus kemudian, Danny menghampiri meja tersebut.

Melly menangis teresak-esak lalu berlari masuk ke belakang cafe.

Tak sempat aku menahan diri nya itu.

Danny pulak seperti sedang meminta maaf kepada pelanggan tadi.

Aku mengatur langkah ke arah meja pelanggan tersebut.

“Kenapa ini Boss?."Soal aku kepada Danny.

Sempat lagi aku memandang manusia-manusia yang duduk di situ.

Seorang gadis yang comel sempat lagi mengukirkan sebuah senyuman kepada aku.

Aku balas senyuman tersebut.

Aku memandang lelaki yang duduk disebelah perempuan itu.

“Jus yang disediakan oleh Melly kurang gula sikit."Jelas Danny perlahan.

Masakan jus terkurang gula pun,sampai Melly menangis dibuatnya.

Aku tidak puas hati dengan lelaki yang segak memakai kot itu.

“Hello Sir..."Penuh lemah lembut aku sapa lelaki itu.

Liam yang fokus memain dengan handphone nya mendongak memandang figure yang menyapa dia itu.

Liam pandang Laura dengan pandang dingin manakala Laura memandang Liam dengan pandang terkejut.

“Huish,Handsome nya lelaki ini.Biadara mana pulak ini?."Sempat lagi aku puji lelaki itu.

Aku pegang gelas yang mengandungi Jus Oren nya lalu aku simbah Jus Oren itu ke muka lelaki tersebut.

Danny terkedu melihat keberanian Laura.

Manakala Ayka terlopong melihat perbuatan Laura. Sempat lagi dia menekup mulutnya,akibat terkejut sangat.

Encik Tony terkebil-kebil memandang aksi Laura itu.

Aku memang sengaja simbah Jus Oren itu ke muka lelaki itu. Geram pulak aku dengan dia ini!.

“Ops! Sorry Sir.Saya tak sengaja tadi."Perli aku sambil tersenyum sinis.

Liam memandang raut wajah Laura dengan pandang tajam.

“How dare you!.”Jerkah Liam dengan kuat.

Aku menayangkan muka selamba aku.

Anak-anak buah Liam dan juga semua pengunjung di cafe itu terdiam membisu apabila Liam Ramone ketua mafia mula mengamuk.

“Sorry ye Sir.Saya tak sengaja tadi.”Balas Aku sambil membuat muka tak bersalah aku.

Liam meletakkan handphone miliknya di atas meja lalu bangun berhadapan dengan Laura.

Aku menelan air liur.

Jelas muka handsome itu menahan amarah.

“You tak kenal siapa I ke?."Soal Liam dengan serius.

Habis kotor Kot mahal nya akibat daripada Jus Oren itu.

“Saya tak ada masa nak kenal-kenal dengan orang tak guna macam Sir ini."Balas aku balik dengan berani.

“Hey girl!.Jaga mulut you itu sikit!."Marah Ayka apabila abam mapia kesayangan nya dikata sebegitu.

Aku mengukirkan senyuman sinis.

“Lain kali kalau nak Jus Oren.Nak manis tak perlu tambah gula ye Sir,Cukup kalau saya tambahkan kemanisan dengan senyuman manis saya.”Saja Aku perli lelaki ini.Ingat dia kaya dan berkuasa boleh suka-suka hati marah orang ke?.

Liam mendengus geram dengan sikap perempuan pendek ini.

“Lain macam aje ayat dia,nak merampas abam mapia Saya ke ini?."Bisik hati kecil Ayka.

Dia menjeling tajam ke arah Laura.

“Saya harap sangat,Miss bawa keluar Boss kesayangan Miss ini keluar dari cafe ini."Balas Aku kepada gadis comel itu.

“Kurang ajar ye kau ini!."Ayka melangkah mendekati Laura untuk menampar pipi Laura.

Belum sempat Ayka mengayun tangan untuk menampar pipi Laura.

Liam memegang tangan Ayka.

Ayka terkedu.

“Jom,keluar. I tahu macam mana nak ajar perempuan ini.You jangan masuk campur."Kata Liam dengan wajah tegang.

Liam melangkah keluar dari cafe itu dengan perasaan marah.

Aku menghela nafas lega apabila figure itu melangkah keluar dari cafe.

“Kau akan terima balasan nya."Ayka memberikan amaran kepada Laura sebelum melangkah keluar dari cafe.

Hahaha..Liam kena simbah dgn Jus Oren,hahaha..aduh,lawaknya..><...Akhirnya,Ayka dan bertemu dgn Laura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience