Bab 14

Romance Series 21387

Letak gelas yang berisi jus oren yang baru disedut sebelum dia membuang pandang ke luar restoran Thai itu.

Keluhan berat dilepaskan.

Bau aroma dari makan Thai yang dipesan oleh nya tadi lebih menarik minatnya daripada berbual dengan dua orang wanita di depannya.

“Liam,kenapa diam aje Dear?"Soal Puan Lydia Ramone memulakan perbualan.

Wajahnya risau melihat anak tunggalnya itu diam membisu sejak tadi lagi.

“Nothing mom."Hanya itu aje jawapan keluar dari bibir Liam Ramone.

Puan Lydia Ramone mengukirkan senyuman nipis.Kenal sangat dia dengan perangai anaknya itu.

“Mama happy sangat dapat kenalkan Liam dengan Ayka.Tapi mama lagi happy kalau you both of you kahwin cepat."Ujar Puan Lydia Ramone dengan ceria.

Liam Ramone hanya merenung wajah Mama nya dengan pandangan sinis.

Wajah dan reaksi Liam Ramone langsung tidak mengecilkan hati Puan Lydia.Kerana dia dah terbiasa dengan keadaan itu.

“Mama,Liam dah kata.Liam tak nak kahwin dengan perempuan ini."Balas Liam dengan serius.

Matanya menjeling tajam ke arah Ayka yang duduk disebelah mamanya.

“Hish! Apa kurangnya I ini? Kenapa dengan Abam mapia ini."Bisik hati kecil Ayka.

Ayka mempamerkan wajah yang sedih.Acah-acah dia terkesan dengan kata-kata Liam Ramone tadi.

Sahaja nak raih simpati daripada Puan Lydia.

“Apa yang Liam cakap ini?"Puan Lydia tidak suka apabila Liam kata sebegitu.

Dia berharap sangat agar Liam dan Ayka berjodoh.

“Whatever!"Liam malas untuk berlawan cakap dengan Mama nya.

Tanpa menghiraukan Puan Lydia dan Ayka,Liam mula menjamah makanannya.

“Korang makan dulu ye.Mama nak ke washroom sekejap."Kata Puan Liam bangkit dari kerusi.

Sebenarnya Puan Liam pura-pura hendak ke washroom.

Dia sahaja nak tinggalkan Liam dengan sendirian.

Sejurus Puan Lydia hilang dari pandangan.

Ayka mendekatkan badan pada meja.

Wajah bersahaja Liam yang menyuap makanan ke dalam mulut direnung lama.

“Abam mapia,memang tak nak kahwin dengan I ke?"Soal Ayka memecah kesunyian antara mereka.

Liam mendongak memandang wajah Ayka.

Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

“I still waras lagi daripada membuat keputusan untuk nak kahwin dengan perempuan macam you ini."Balas Liam dengan sinis.

Ayka merenung wajah Liam dengan tanda tak puas hati.

Liam membalas renungan tidak puas hati Ayka.

“I datang sini hanya sebab nak teman Mama I.Bukan dan berbual mesra dengan You."Balas Liam dengan dingin.

Makanan dalam pinggan hanya dikuis.Hilang terus seleranya.

“Kenapa Abam mapia bencikan I? I ada buat salah apa?"Soal Ayka dengan berani.

Liam mengukirkan senyuman sinis.

“You nak tahu apa salah you?You tak sebenarnya tak layak jadi ‘WIFE' I."Balas Liam Ramone sambil mengukirkan senyuman dingin.Perkataan Wife itu ditekankan.

Ayka terkedu.

Habis saja berkata begitu,Liam terus bangkit dan menolak kerusi ke belakang kasar.

Beberapa pasang mata yang memandangnya tidak dihiraukan.

Mereka semua tidak berani untuk masuk campur dalam urusan yang berkaitan dengan Liam Ramone.

Kang,tak pasal-pasal hilang nyawa mereka.

Liam melangkah keluar daripada restoran tersebut.

“Argh! Abam mapia hanya milik I seorang aje!"Jerit Ayka tanpa pedulikan orang yang memandang nya dengan pelik.

Happy reading^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience