Bab 5

Romance Series 21387

Ayka memilih skirt labuh berwarna hitam bersama dengan blaus berwarna putih yang mempunyai corak bunga kecil yang berwarna merah.

Rambut panjangnya dibiarkan lepas.

Dia mencalit sedikit gincu di bibirnya yang sedia merah itu agak nampak lebih berseri.
Hari ini Ayka akan menghadiri sebuah temuduga sebagai pembantu peribadi pada seorang Presiden yang terkenal.

Tepat jam 9.00 pagi,temuduga dijalankan.Tiada ramai yang hadir.Mungkin kerana mereka tidak berani untuk menjadi secretary kepada Liam Ramone.

Daerah Port Ramone ini diasaskan oleh moyang Liam Ramone.Moyang Liam Ramone yang bernama Luke Romone telah menjumpai sebuah kawasan yang sesuai dijadikan sebagai pelabuhan.

Dia membina beberapa lot kedai untuk perniagaannya seperti Ramone's Mini Mart,Ramone's Hotel dan juga Ramone's Restaurant.

Semakin ramai orang nampak peluang untuk membina perniagaan mereka di sekitar Port Ramone's.

Luke Ramone iaitu moyang Liam Ramone mengenakan caj yang tinggi untuk menyewa tapak di Port Ramone's.

Luke mengetuai beberapa bidang tanah di sekitar Port Ramone's Lalu menjadikan tempat itu sebagai Port Ramone.

Sebuah rumah agam Romone's mansion juga di bina di tepi pusat perniagaan Ramone's Port.

Demi menambah kekayaan,Bapa kepada Liam Ramone iaitu Lith Ramone telah menceburi perniagaan pinjaman wang berlesen.

Semenjak itu,Keluarga Ramone memiliki Bodygroud yang ramai untuk melindungi ahli keluarga Ramone.

Selepas bapa Liam Ramone iaitu Lith Ramone telah meninggal dunia akibat sakit jantung.

Liam Ramone yang merupakan waris tunggal telah memegang pentadbiran keluarga Ramone,bidang import dan eksport yang diusahakan membuahkan hasil tetapi Liam Ramone juga terjebak dengan pengimportan dadah dan senjata api,maklumat itu yang dicuri oleh salah seorang anak buahnya iaitu Xavier untuk didedahkan kepada musuh Liam Ramone iaitu Sebastian.

Sebastian dan Liam Ramone tahu sesiapa yang monopoli bisnes senjata api akan sentiasa kekal pembekal senjata api dari Hong Kong akan menghulurkan bantuan jika diperlukan.

Keunggulan dan kekayaan keluarga Ramone tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pihak.

Ayka terdengar namanya dipanggil.Ayka melangkah dengan penuh debar sekali.

Semua mata tertumpu padanya.Dia cuba mengukirkan senyuman apabila semua mata memandangnya.

Tetapi mata Ayka terpandang pada sebuah wajah yang amat diminatinya itu.

“Abam mapia..."Bisik kecil hati Ayka.

“Mengapa Miss Ayka berminat dengan jawatan ini?."Tanya salah seorang daripada mereka.

Ayka yang asyik memerhatikan wajah Liam Ramone yang sibuk menatap handphone nya.Tersentak dengan pertanyaan itu.

“Sebenarnya saya berminat dengan kerja ini sebab saya berminat sangat nak berkenalan dengan Presiden Liam Ramone."Jawab Ayka sambil tersenyum kecil.

Jawapan daripada Ayka mengundang ketawa Liam Ramone yang sibuk menatap handphone itu.

“I macam pernah kenal you."Kata Laim Ramone sambil tersenyum sinis.

“Huish,abam mapia ini dejavu ke?.Baru semalam kita berjumpa."Jawab Ayka dengan berani.

Liam Ramone menjeling tajam ke arah Ayka yang kelihatan tenang itu.

Liam Ramone berkata sesuatu kepada John.

Percakapan mereka agak perlahan hingga sehingga Ayka tidak dapat mendengarnya dengan jelas butir percakapannya.

“Baiklah Miss Ayka,Boss saya berminat untuk mengambil Miss Ayka berkerja sebagai secretary nya."Kata John sambil tersenyum nipis.

“Really?. Thank you so much abam mapia!."Kata Ayka dengan teruja.

Bibirnya mengukirkan senyuman yang paling lebar sekali.

Liam Ramone hanya menayangkan wajah dinginnya.

Ayka tak kisah dengan layanan Liam Ramone itu.

“Abam mapia hanya milik Ayka seorang aje.Ayka tak akan lepaskan peluang ini!."Bisik kecil Ayka.

Ayka bersama gembira sangat apabila dia akan berhadapan dengan Abam mapia nya setiap hari.

Setiap saat dia akan gunakan untuk memikat Abam Mapia nya itu.

Fighting Ayka!...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience