Bab 11

Romance Series 21387

Tepat pada pukul 9.00 pagi,kereta milik Danny sudah berada di hadapan rumah Laura.

Kelam kabut aku bersiap kerana terbabas tidur akibat layan sangat drama korea.

Aku menyarung tubuh aku dengan T-shirt lengan panjang berwarna pink dan seluar jeans hitam.

Dan berbedak ala kadar saja.Rambut panjang milik aku di toncangkan menjadi satu agar nampak lebih kemas sikit.

“Kau nak ke mana?."Soal Melly sebaik bangun dari tidur itu.

“Aku nak ke Lydia Ramone's Foundation."Kata aku sambil sibuk mencari dompet aku.

“Kau nak pergi seorang ke?."Soal Melly lagi.

Melly belum lagi melihat kereta Bossnya yang elok diparkir di hadapan rumah mereka.

“Aku...aku pergi dengan Boss kita."Jawab aku sambil mengaru kepala aku yang sah-sah tak gatal itu.

“Maksud Kau,Boss kita? Tuan Danny?."Soal Melly dengan riak terkejutnya

Aku mengangguk perlahan sambil tersenyum kecil.

“Untunglah,dapat keluar dengan lelaki idaman perempuan kat luar sana itu."Perli Melly sambil tergelak kecil.

“Aku tak ada apa-apa dengan Boss lah.Boss yang beria-ria nak ikut aku ke Lydia Ramone's Foundation.Tak kan lah aku nak kata tak boleh?."Kata aku serius.

“Tapi, yang aku rasa pelik ini,kenapa Boss boleh terfikir nak ikut kau ke sana? Lagipun,Boss kita itu tak rapat dengan mana-mana perempuan tau.”

Aku terkedu.

Betul jugak apa yang Melly itu kata.Aku dengan Danny jauh berbeza macam mana kami boleh rapat macam ini.

Tapi kan,ada aje orang kaya yang sudi berkawan dengan orang biasa-biasa.Itu menunjukkan Danny bukan seorang yang sombong. Sebab itulah dalam diam aku jatuh hati pada Danny.

“Aku dengan Boss hanya berkawan aje bukannya ada apa-apa."Terang aku sambil tersenyum nipis.

“Ye ke? Kalau dah rapat macam ini takkan kau tak ada rasa apa-apa yang special?.”Tanya Melly masih lagi mahu menggorek perasaan Aku.

Aku sekali lagi terkedu.

“Dah lambat ini,kesian Boss tunggu."Aku segera mengelak dari menjawab pertanyaan Melly.

Melly hanya tergelak kecil melihat Laura yang mengelak dari menjawab soalan nya.

----------

“Cantiknya awak hari ini."Puji Danny sambil tersenyum manis.

Membahang panas wajah aku apabila dipuji oleh Crush sendiri.Hehe...

“Biasa-biasa aje Boss."Balas aku sambil tersenyum malu.

“Wanginya Boss.Berapa gelen Boss letak perfume kat baju Boss?."Aku senyum senget memandang wajah Danny.

“Kenapa ini? Kuat sangat ke baunya itu?."Soal Danny dengan muka pucat.

“Itulah,teruja sangat nak jumpa Laura sampai habis sebotol perfume saya kerjakan."Sambung Danny sambil tersengih-sengih.

Tercuit hati aku dengan gelagat Danny.

“Nasib baik saya suka bau ini Boss,kalau tak dah lama saya suruh Boss pergi tukar baju."Kata aku sambil tersenyum kecil.

“Awak okay ke?Kalau awak rasa nak pening dengan bau saya,boleh aje saya pergi tukar baju."Menyesal pulak Dannya akibat pakai perfume banyak-banyak.

“Eh...tak payahlah Boss.Kan saya kata saya suka bau ini.Bau ini terus sampai ke hati saya gitwe..."Aku dah mula seloroh sambil tersenyum kecil.

Danny turut tergelak kecil melihat wajah Laura yang comel itu.

“Okay."Balas Danny sambil memecut kereta ke Lydia Ramone's Foundation.
_____________

Sebaik berhadapan dengan Puan Nisa,Aku memeluk erat tubuh nya sambil mencium kedua-dua pipinya.

“How are you mom?."Soal aku sambil meleraikan pelukan kami.

Puan Nisa tersenyum kecil.

“ I'm good dear.How about you?."Soal Puan Nisa sambil mengusap lembut pipi Aku.

“I'm good mom."Balas aku ceria.

Sejak dari kecil lagi aku bersama Mama dan Papa aku menjenguk budak-budak kat sini.

Sejak itu,Puan Nisa menjadi salah seorang orang penting dalam hidup aku.

Semenjak Mama dan Papa meninggalkan aku keseorangan di dunia ini,Puan Nisa lah yang selalu berada disisi aku.Memberi aku kata-kata semangat dan kasih sayang kepada aku.

“Kenapa lama sangat Laura tak datang sini?Budak-budak itu rindu sangat kat Mama comel mereka tau.”Kata Puan Nisa sambil tersenyum manis.

Aku tersenyum malu apabila dia puji begitu.

“Mom..Laura nk kenalkan seseorang kepada Mama.Crush Laura."Balas aku sambil tersenyum nakal.

Tergelak kecil Puan Nisa dengan kelakuan anak angkat nya itu.

“Mom,kenalkan Tuan Danny.Boss Laura kat cafe Laura kerja itu."

“Oh...Selamat berkenalan Tuan Danny."Sapa Puan Nisa sambil mengukirkan senyuman manis.

“Selamat berkenalan jugak Puan.Tak payah panggil saya Tuan.Panggil aje saya Danny."Kata Danny sambil tersenyum manis.

Puan Nisa mengangguk perlahan.

“Danny pun boleh panggil saya Mom."Balas Puan Nisa sambil tersenyum manis.Dia kagum dengan sikap rendah diri Danny itu.

_________

“Hi anak-anak mama yang comel!."Kata aku dengan teruja.

“Mama!.”Serentak budak-budak kecil dalam bilik tidur itu jerit.

“Rindu mama tak?."Soal aku dengan senyuman manis.

Semua lari ke arah aku lalu memeluk tubuh aku dengan erat.

“Mama,Mark rindu sangat kat mama."Kata Mark yang baru berusia 14 tahun itu.

Aku tersenyum kecil melihat muka sedihnya itu.

“Kami pun rindu sangat kat mama.Kenapa mama tak jenguk kami? Mama tak sayang kami ke?."Soal Rose dan Lyra serentak.Mereka berdua merupakan kembar tak seiras yang baru berusia 7 tahun.

Belum sempat aku balas pertanyaan mereka.

“Mama,tak sayang Nia ke?."Soal Nia yang baru berusia 10 tahun itu.

Aku mencangkung di hadapan mereka berempat.

“Mama,sibuk mencari rezeki untuk belikan pakaian yang cantik-cantik dan mainan untuk anak-anak mama ini."Kata aku bersungguh-sungguh.

Aku meminta mereka mengelar aku sebagai mama supaya mereka tidak berasa sedih kerana tidak mendapat kasih sayang seorang ibu.

“Betul ke mama?."Soal Lyra dan Rose.

“Yes dear."Balas aku sambil mengusap lembut pipi mereka ini.

Tersentuh hati Danny dengan layanan Laura kepada budak-budak itu.

“Mama,siapa uncle handsome ini?."Soal Mark sambil memandang wajah Danny yang berdiri disebelah aku.

Belum sempat aku bersuara,terlebih dahulu Danny bersuara.

“Saya Danny,kawan mama kamu itu."Danny perkenalkan dirinya sambil tersenyum manis.

“Aik,sejak bila pulak Mr.Crush menjadi kawan aku ini?."Bisik kecil hati aku.

“Betul ke uncle ini kawan mama?."Soal Nia sambil memandang wajah Danny.

“Buat masa ini kawan,tapi masa akan datang...”Danny memandang wajah aku.

“Masa akan datang?."Soal Rose pulak.

“Maybe,Papa untuk korang semua."Kata Danny sambil mendukung Lyra.

Aku terkejut.

“Maksud Uncle,Uncle ini kekasih Mama ke?."Soal Mark.

“Mark..."Panggil aku.Astaga! Malunya aku.

“Coming soon."Balas Danny sambil tersenyum manis.

Aku rasa macam nak menyorok bawah katil aje ini.Menyesal pulak aku ajak Danny ini datang.

“Yeah!.Lyra,akan dapat Papa tak lama lagi!.”Sorak Lyra sambil mencium lembut pipi Danny.

Nia,Mark dan Rose berlari ke arah Danny lalu memeluk tubuhnya.

“Yeah! Dapat Papa!.”Sorak anak-anak kecil itu.

Membahang panas wajah aku.

Danny mengukirkan senyuman manis.

Puan Lydia menjadi penonton kepada drama itu.Tersentuh hatinya dengan pasangan itu.

“Siapa gadis itu?."Soal Puan Lydia Ramone dengan serius.

“Oh,Dia anak angkat saya Puan.Nama dia Lavi Laura."Balas Puan Nisa.

“Lavi Laura...”Bisik kecil hati Puan Lydia Ramone. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil.

Puan Lydia Ramone sangat aktif dalam perjuangkan nasib anak- anak yatim lalu menubuhkan Lydia Ramone's Foundation.

Yayasan itu kini menjaga sekitar 150 kanak-kanak terbiar dan anak-anak yatim.Puan Lydia Ramone menaja persekolahan kanak kanak di foundation ini sehingga mereka ke University.

Sekali-sekala dia akan turun padang untuk membantu golongan kanak-kanak ini.

Amboi sweet Talker betul Danny ini,hahaha...Maaf lambat update...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience