Danny hanya menggeleng kepala melihat Laura yang terkedek-kedek berjalan ke tempat parkir kereta yang hanya tinggal beberapa langkah lagi.
Laura sibuk membelek handphonenya dengan tangan kirinya. Manakala kanan lengannya tersangkut dengan beg kertas. Laura terus berjalan tanpa pandang depan.
Danny berpatah balik.
Tanpa sebarang amaran, segala barang di tangan Laura dirampas.
Aku terkejut dengan perbuatan Danny yang tiba-tiba itu.
“Boss, terkejut saya! Saya ingatkan peragut mana tadi." Bebel aku terus sambil mengurut dada akibat terkejut.
Danny tergelak kecil.
“Kalau betul tadi peragut memang tak selamatlah awak ini.”Perli Danny sambil tersenyum kecil.
Aku terdiam. Baru sedar akan kecuaian aku ini.
Danny dilihat terus memasukkan kesemua barangan tersebut di bahagian penumpang belakang keretanya.
Kemudian, Danny ke bahagian hadapan, membuka pintu kereta untuk menghidupkan enjin kereta. Dari ekor mata, dia memerhati susuk tubuh Laura yang berjalan melaluinya untuk ke bahagian sebelah pemandu.
Baru sahaja Danny ingin memboloskan tubuhnya ke dalam kereta, matanya terpandangkan sebuah kereta mewah yang berwarna hitam, meluncur laju menuju ke arah mereka.
Danny perasan kereta itu seperti mahu menghimpit ke arah kereta mereka.
Danny yakin ada sesuatu yang tidak kena!
Danny memandang sekilas ke arah kereta tersebut sebelum dia terpandangkan figure Laura yang hanya beberapa langkah lagi untuk masuk ke bahagian sebelah pemandu.
Sepantas kilat Danny berlari menuju ke arah Laura.
“Laura!”Danny menjerit kuat.Tubuh gadis itu disauk ke dalam pelukan. Erat.
Sekelip mata saja aku berada di dalam pelukan Danny. Aku tidak sempat berfikir atau bertindak apa-apa.
Aku tergaman seketika dengan apa yang telah terjadi. Sedar-sedar tubuh aku berada dalam pelukan Danny dengan erat.
“Auch!"
Danny menyeringai apabila tubuhnya yang sedang menahan tubuh Laura terhentak pada kereta sebelum tubuh mereka berdua, melorot jatuh ke atas jalan.
“Boss, okay tak?"Aku kalut di dalam pelukan Danny.
Danny melonggarkan rangkulan tetapi tidak terus melepaskan tubuh Laura yang masih menggeleter dalam pelukanya itu.
Mata Danny sempat lagi memandang ke arah kereta mewah yang hampir-hampir melanggar Laura masih berada di hadapan mereka.
“Laura,awak okey tak ini? Awak ada cedera dekat mana? Bagitahu saya kalau awak cedera kat mana-mana?"Danny kalut bertanya dengan sambil memandang wajah pucat Laura.
Aku hanya merenung dalam ke mata Danny dengan pandangan yang berkaca.
“Sa... Saya tak... tak apa-apa... tapi Boss yang...”Aku tak mampu habiskan kata-kata aku.
Sejujurnya aku tersentuh dengan perbuatan Danny yang risaukan keadaan aku, sedangkan keadaan dirinya sendiri lebih teruk berbanding aku.
“Saya okey, awak. Terhentak sikit aje ini. Saya kan lelaki yang kuat." Danny cuba memujuk Laura.
Aku merenung anak mata Danny. Tanpa dapat ditahan-tahan, air mata aku laju mengalir di pipi aku.
“Shh...semua okey. Saya akan ada untuk awak." Kata Danny dengan nada lembut. Memujukku.
Tubuh kecil Laura dipeluk erat lagi untuk menyalurkan sedikit kekuatannya pada gadis itu. Aku turut membalas pelukan itu. Sedikit sebanyak aku rasa lega, rasa seperti dilindungi.
Tiba-tiba pemandu kereta mewah itu keluar dari kereta dan mendekati Laura dan Danny.
“Wow! Ada drama romantik lah dekat sini." Perli Liam Ramone sambil tersenyum sinis.
Ayka yang berada disebelahnya turut mengukirkan senyuman sinis.
Pelukan terlerai, Danny angkat wajah, pandang wajah Liam Ramone dengan pandang tajam.
“Sir tak reti bawa kereta dengan baik ke?"Soal Danny sambil bangun. Laura turut dibangunkan tapi masih utuh memegang pinggang gadis itu.
Danny berdiri di hadapan Liam Ramone yang masih lagi murah dengan senyuman sinis itu.
Aku memandang wajah Liam Ramone dengan pandangan benci.
“Kalau I tak reti bawa kereta, you nak tolong ajarkan I ke?" Soal Liam Ramone sinis sesinis wajahnya sambil mendekati Danny dan Laura.
Danny mendengus geram dengan sikap Liam Ramone.
“Lagipun, perempuan itu tak mati lagi kan? I acah-acah langgar aje tadi.”Sambung Liam Ramone dengan wajah tak bersalahnya.
“Apa masalah Pak cik sampai kena main-main langgar dengan saya?"Soal aku dengan geram.
Perkataan Pak cik itu akan tekankan sikit supaya dia sedar diri sikit.
Berubah terus riak wajah Liam Ramone apabila dirinya di panggil sebagai Pak cik.
“Hey! Kau panggil abam mapia aku pak cik?!"Marah Ayka.Lama dia bersabar dengan perempuan ini.
Aku buat muka acah-acah sombong.
“Yes.Aku panggil abam mapia kesayangan kau itu Pak cik.Sebab memang sesuai pun gelaran itu untuk dia."Perli aku sambil tersenyum manis.
“Kurang ajar ye kau!"Ayka hilang kesabaran.Dia mendekati Laura untuk menyerang Laura.
Belum sempat dia menghadiahkan sebuah tamparan kat pipi gebu milik Laura.
Pang!
Terlebih dahulu,Laura menghadiahkan sebuah tamparan ke pipi Ayka.
Ayka terkedu.
Liam Ramone hanya perhatikan drama itu dengan riak wajah yang kosong tanpa membantu tunangnya itu,Ayka.
“How dare you!”Marah Ayka.
Dia menyentuh pipinya yang sakit akibat daripada tamparan Laura yang kuat Itu.
“Sorry,ada nyamuk tadi kat pipi kau itu."Balas aku dengan senyuman manis.
Danny menahan diri daripada gelak melihat muka marah Ayka dan muka selamba Laura.
Baru tadi,gadis itu menangis macam budak kecil sekarang dah berani tampar orang pulak dah.
“Ini yang parents kau ajar kau ke?"Soal Ayka dengan nada perli.
Berubah terus wajah aku apabila mendengar kata-kata Ayka.
“Kau jangan nak berani sebut pasal parents aku!"Marah aku.
“Nama Bapa dan Ibu you,Leonathan dan Laeonora kan?"Soal Liam Ramone sambil tersenyum penuh makna.
Aku tergamam.
“Macam mana Pak cik tahu nama parents saya?"Soal aku perlahan.
Ayka memandang wajah Abam mapia nya.
“Abam mapia kenal perempuan ini ke?"Bisik kecil hati Ayka.
Liam Ramone mengukirkan senyuman sinis.
Sorry readers Lavi sebab lambat update^_^... Hi pembaca novel Lavi,lavi ingin menjemput korang semua untuk membaca novel-novel yang best iaitu... Che da~SUPERNOVA HATI GEOFFREY Sm.mh~HER VOICE D.A~FORSAKEN PRINCESS WaneyZack~LANTARAN KASIH Ayka~QUEEN CONTROL
Share this novel