Bab 13

Romance Series 21045

FLASHBACK

“Mama...mama...mama...Lavi nak ikut!"Rengek Lavi Laura sambil memuncungkan bibirnya. acah-acah comel untuk meraih perhatian papa dan mama nya.

Puan Laeonora tergelak kecil melihat gelagat anak tunggalnya itu yang baru berusia 7 tahun.

“Sayang,mama dan Papa pergi sekejap aje sayang.Sayang kan esok sekolah.”Puan Laeonora cuba memujuk Lavi Laura.

“Tak nak! Lavi nak ikut mama dan papa juga!"Degil sekecil Lavi Laura.

Puan Laeonora mengerling sekilas ke arah suaminya,Tuan Leonathan.

“Sebijik perangai macam you ini."Omel Puan Laeonora.

Tuan Leonathan memandang wajah isterinya yang cukup manis sambil tersenyum kecil.

“Mestilah sebijik macam perangai Papa dia bukan macam mama dia yang tak comel ini."Gurau Tuan Leonathan sambil mencuit lembut pipi Puan Laeonora.

“Sayang..."Panggil Tuan Leonathan dengan nada lembut.Dia kenal sangat perangai degil princess nya itu.

“Papa...Lavi nak ikut papa boleh?"Soal Lavi Laura dengan nada comelnya.

En.Leonathan mengusap lembut kepala anaknya.

“Sayang,papa dan mama pergi dinner itu atasan urusan kerja sayang.Lagipun esok sayang sekolah kan? Sayang tak boleh tidur lambat tau."Nasihat En.Leonathan.

Terus mendung wajah Lavi Laura.

“Okay,Tapi Papa dan Mama kena janji tau!"Kata Lavi Laura kembali ceria.

En.Leonathan dan Puan Laeonora mengukirkan senyuman yang manis sambil mengangguk perlahan.

“Promise apa sayang?"Soal Puan Laeonora.

“Mama dan Papa kena promise Lavi yang both of you akan balik cepat tau! Lavi takut tinggal seorang-seorang."Kata Lavi Laura sambil membuat muka acah-acah takut dengan pakej peluk erat leher Papanya.

“Amboi! mana ada tinggal seorang,Nanny kan ada.Mengada betul budak seorang ini."Balas Puan Laeonora.

“Hehe..."Pecah tawa Lavi Laura.

Sebelum menaik kereta,Puan Laeonora memeluk erat tubuh kecil Lavi Laura.

“Dear,walau apa-apa pun jadi,Lavi kena kuat tau sayang.Jangan mengalah.”Pesanan Puan Laeonora dengan sayu.

Giliran Tuan Leonathan pulak memeluk tubuh kecil Lavi Laura.

Seperti isterinya,Tuan Leonathan memandang wajah Lavi Laura dengan pandangan yang redup.

“Lavi,strong girl kan? Papa dan mama always love you dear."Kata Tuan Leonathan sambil mengusap lembut Lavi Laura.

Lavi Laura memandang kedua-dua wajah papa dan mama nya dengan pandangan polos.

Dia tak tahu apa maksud semua pesanan parents nya itu.

“Nanny,Jaga Lavi Laura dengan baik."Tegas Tuan Leonathan sebelum memasuk ke kereta.

Baru sahaja beberapa saat kereta mewah itu melintas keluar dari pintu pagar utama.

BOM!!

Bunyi letupan bagai guruh mengemparkan suasana perumahan itu.

Lavi Laura tergamam.

“PAPA!! MAMA !!"Jerit Lavi Laura dengan kuat sambil berlari ke arah kereta papa dan mamanya.

Nanny cuba menghalang Lavi Laura tetapi budak kecil itu tetap degil berlari ke arah kereta itu.

Api telah meliputi semua bahagian kereta Tuan Leonathan dan Puan Laeonora.

Akibat bunyi letupan yang kuat itu menyebabkan jiran-jiran tetangga meluru keluar dari rumah dan mula mendekati kawasan kemalangan itu.

Salah seorang daripada Maid Tuan Leonathan menghubungi pihak ambulans dan bomba.

“Papa....mama...."Menangis teresak-esak Lavi Laura di samping kereta itu.

Nanny cuba memujuk hati budak kecil itu.

Selepas beberapa minit ahli bomba sampai dan berusaha mengeluarkan mayat Tuan Leonathan dan Puan Laeonora.

Akibat daripada hentakan kuat dibahagian kepala menyebabkan Puan Laeonora meninggal dunia.

Manakala Tuan Leonathan yang masih lagi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

“Mama.... bangun lah...jangan. tinggalkan Lavi...Tsk...Tsk...Tsk..."Jerit Lavi Laura sambil mengusap lembut pipi Puan Laeonora yang berdarah dan melecur akibat daripada letupan bom itu.

“Mama....Tsk...Tsk...Tsk..."Panggil Lavi Laura sambil memeluk tubuh badan Puan Laeonora.

Lavi Laura bangun dan mendekati Papanya.

“Papa...bangunlah....Tsk...Tsk...Tsk..."Seru budak kecil itu sambil menangis.

“Sa-sayang..."Panggil Tuan Leonathan perlahan.

“Papa! Papa!"Jerit Lavi Laura.

Tuan Leonathan cuba mengangkat tangannya untuk mengesat air mata anaknya.

“Lavi Laura..."Tuan Leonathan menghembuskan nafas terakhirnya di samping Lavi Laura.

“Papa!!"Jerit kuat Lavi Laura.

Tidak sesiapa pun yang cuba memujuk budak kecil itu.

Selepas beberapa bulan kematian Tuan Leonathan dan Puan Laeonora.

Rumah banglo mereka telah dijual untuk membayar gaji pekerja dan Nanny yang menjaga Lavi Laura telah menghantar Lavi Laura ke sebuah rumah anak yatim.

Sejak dari itu,Lavi Luara membesar tanpa kasih sayang sebuah keluarga.

Mimpi malamnya ditemani dengan kematian Papa dan Mamanya di depan matanya.

END FLASHBACK

Danny memandang wajah sedih Lavi Laura itu.

Aku memandang sayu ke arah Tasik yang beriak tenang tanpa kocakan itu.

Aku tak pernah mengongsi kisah silam aku kepada sesiapa pun.

Tapi,buat kali pertama aku berkongsi apabila Pak cik itu menyebut pasal Parents aku.

Danny menyentuh lembut bahu Lavi Laura yang duduk sebelahnya itu.

“Lavi,are you okay?"Soal Danny dengan prihatin.

Dia tak tahu yang gadis yang dianggap ceria ini menempuhi pelbagai dugaan kerana gadis itu selalu ceria dan murah dengan senyuman.

“Saya okay aje Boss."Balas aku perlahan sambil mengesat air mata aku.

“You,jangan risau I kan ada."Kata Danny sambil tersenyum kecil.

“Buat apa saya nak risau,saya kan ada Boss yang comel untuk melindungi saya."Balas aku sambil tersenyum manis.

Membahang wajah Danny ambil dipuji comel.

“Aik,Boss shy ke itu Hahaha,aduhai semakin comel pulak lah.Hahahah."Usik aku sambil gelak.

Tapi serius kot,Danny nampak cute bila shy,hahaha.

“Hish,dahlah.Jom balik dah lambat ini.Siapa lambat kena belanja aiskrim!"Kata Danny sambil pecut ke arah keretanya.

“Boss! Mana Acii !!"Jerit aku sambil mengejar Boss cute aku itu.

“Aku berharap hidup aku selepas ini akan bahagia dan gembira macam ini."Bisik kecil hati aku.

Sorry lambat Update ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience