BAB 2

Romance Completed 21612

“Kamu sepatutnya sujud syukur sebab Allah masih sayangkan kamu, sebab kasi jodoh untuk kamu. Nak ikutkan perangai membuli kamu yang tidak kira masa, kamu ingat ada ke orang kat kampung ni nak buat menantu? Jangan haraplah! Kamu kena sedar yang kamu tu perempuan tapi perangai ya Rabbi kalah anak jantan! Mak tak kira, mak dah sepakat dengan ayah nak jodohkan kamu lepas mak dan ayah balik umrah nanti. Muktamad!”

Anisa mengeluh. Bukan dia tak tahu, kalau maknya sudah tekad dengan keputusan maka dia tak boleh bantah termasuklah ayahnya sendiri.

Anisa seorang gadis yang belajar hanya setakat SPM sahaja kerana sikap sambil lewanya terhadap belajar telah mengundang kemerosotan dalam pembelajarannya. Bila disuruh mengulang SPM balik dia terlebih dahulu mengangkat bendera putih kerana tidak mahu belajar. Dia sanggup jadi kuli ayahnya sendiri sebagai pembantu kedai runcit dari sambung belajar.

Di kampungnya dia dikenali sebagai ratu pembuli, semua penduduk kampung mengadu akan sikapnya itu. Dia dengan perangai hantunya tidak pernah ambil peduli, berbakul-bakul nasihat dilontarkan kepadanya namun bagai angin berlalu sepi saja. Dengan sikap hantunya itu, Puan Fauzah sangat runsing bila memikirkan masa depannya itu kerana semua penduduk kampung sudah kenal akan sikap anak tunggalnya itu, mustahil ada yang mahu jadikan anaknya sebagai menantu.

Tanpa ada ribut taufan yang melanda kampung itu, kedatangan kakak sulungnya yang jarang datang menziarahinya secara tiba-tiba telah membawa berita baik untuk dia dan suami. Merisik si anak daranya, itulah tujuan kedatangan kakaknya, Puan Fauzah tidak teragak-agak menerimanya tambahan pula dia dan suami akan berangkat ke Tanah Suci seminggu lagi. Tidak perlulah dia risau lagi tentang keselamatan anak daranya itu, bila dia dan suami ke Mekah nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience