BAB 1

Romance Completed 21612

‘’Fuhhhh… Dah habis jogging satu kampung, harapnya stamina meningkatlah nak join marathon di Bukit Jendul hujung bulan ni.’’ Dia menyekah peluh yang menitik di dahinya. Walaupun letih berlari, termengah-mengah, dia puas hati kerana dia ada misi penting. Sungguhpun begitu dia gtak nafikan saat ini dia teringin minum air sejuk atau coca-cola, sudah terbayang minuman tersebut, tak sabar rasanya dia pulang ke rumah.

“Assalamualaikum mak! Eh, Mak Long dah nak balik dah? Bilanya sampai?”

Soal Anisa bertubi-tubi sambil memanjat anak tangga rumahnya seraya menunduk sedikit untuk mengucup tangan emak saudaranya itu.

“Zah, ini ke?”

Soal Puan Fauzana kepada adiknya Puan Fauzah sambil senyum bermakna tanpa menjawab pertanyaan anak saudaranya. Dia menggosok lembut bahu gadis itu berkali-kali.

“Dah besar anak buah Mak Long yang sorang ni, ya?” tutur Puan Fauzah lembut. Anisa tersengih sumbing.

“Mak, apa hal Mak Long datang?” Soal Anisa sebaik kereta Rush kepunyaan Puan Fauzana meluncur pergi.

“Datang nak tengok kamu, untuk anak dia?” jawab Puan Fauzah ringkas lalu menapak masuk ke dalam.

“Mak! Betul ke ni?!” Jerit Anisa sambil membontot emaknya dari belakang.

“Tak percaya, tanya ayah kamu.” Jawab Puan Fuazah lagi, lalu melabuh duduk di sebelah suaminya, sedang menyisip air yang masih berbaki.

“Ayah….” Rengek Anisa dengan muka cemberut. Siapa tak terkejut tiba-tiba ada orang masuk merisik, sebelum ini mana ada yang pernah bertanyakan dirinya apatah lagi mahu menjadikan dia sebagai menantu disebabkan tabiat buruknya. Bukan orang lain, Mak Longnya sendiri. Ini bermakna dia bakal berkahwin dengan sepupunya sendirilah ya?

“Ayah tak nak masuk campur Nisa, mak kamu kata ya, ayah ikut dari belakang.” Balas Encik Rahman, sebaik meletakkan kembali cawan ke tempat asalnya.

Anisa memandang ayah dan emaknya silih berganti berkali-kali dengan muka sedih. Mulutnya dimuncungkan sedikit tanda protes. Hancur angan-angannya ingin menjadi isteri putera kayangan. Ceh, perasan!

“Tak payah nak buat kesian. Tak berbekas pun, kamu tu dah 23 tahun, kalau kahwin orang tak panggil bawah umur dah.” Suara Puan Fauzah menyindir anak tunggalnya.

“Mak ni….” dengus Anisa geram sambil tarik muka. “Orang dah calonlah, doktor lagi…” tukas Anisa pantas.

“Kamu berangan nak jadi isteri doktor? Ya Allah, abang. Anisa kita kuat berangan rupanya, dia ingat Doktor Razif tu, suka ke dekat dia yang perangai hantu ni? Sedar sikit anakku sayang oiii…”

Puan Fauzah dan Encik Rahman menahan gelak. Bertambah muncung mulut si anak dara mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience