BAB 9

Romance Completed 21612

Terbongkok-bongkok Anisa mengintai seekor katak di tengah padang. Bila terlihat ada sesuatu melompat, dia turut melompat sama akhirnya dia berjaya menangkap seekor katak puru. Dia memasukkan ke dalam beg palstik yang berwarna hitam. Dia tersenyum menyenget. Ada agenda yang harus dia laksanakan.

Tiba sahaja di rumah Anisa terus masuk ke dalam. Khusyairy belum pulang dari sekolah kerana kereta di garaj tidak kelihatan. Anisa melangkah masuk ke dalam bilik sepupunya. Dia membuka pintu bilik air lalu melepaskan katak yang berada di dalam beg plastik melompat keluar. Melompat-lompat katak itu di dalam bilik air Khusyairy.

“Rasakan, nak buli aku sangat, ya. Kenapalah aku tak boleh nak ingat dia yang kena buli dekat aku dulu. Katak. Ya… katak, aku ingat lagi macam mana dia boleh takutkan katak. Masa tu musim tengkujuh, aku suruh dia pegang katak, maklumlah dia budak bandar mana nak kenal katak ni… entah macamana katak itu boleh gigit jari dia. Apa lagi mamat tu, terus lari lintang pukang sambil menjerit. Hahaha… tak sangka pula aku, dia fobia sampai sekarang.’ Anisa tersengih sendirian bila mengenangkan sejarah silam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience