BAB 11

Romance Completed 21612

SEJAK dia tahu Khusyairy fobiakan katak, dia selalu usik lelaki itu dengan patung katak. Dia sengaja membeli anak patung katak yang berwarna hijau sebagai bahan usikan. Setiap kali Khusyairy menyuruhnya dia buat kerja rumah dia akan mengeluarkan anak patung katak di hadapan lelaki itu. Khusyairy apa lagi terus menjerit bagaikan tak ingat dunia. Alahai si Anisa ni, memang minah hantu!

Dek kerana tak tahan dengan sikap king control Khusyairy, Anisa telah merancang sesuatu untuk kenakan abang sepupunya itu. Malam yang sunyi sepi di mana semua penghuni rumah itu sudah masuk tidur, dia merangkak keluar dari bilik. Dia mengambil anak kunci kereta yang sedia tergantung di tepi pintu lalu memasang key chain patung katak pada anak kunci kereta kepunyaan Khusyairy.

“Mama, Airy pergi sekolah dulu ya,” Khusyairy bangkit dari kerusi, dia mencapai beg galasnya lalu mengucup tangan Puan Fauzana.

Sebelum keluar, dia mencapai anak kunci kereta di tepi pintu. Sebaik tangan memegang anak kunci itu, tangannya terasa ada sesuatu yang lembut dan lembik, dia melihat pada anak kunci kereta, tiba-tiba badannya seram sejuk dan mengeletar bila terpandang anak patung katak yang berwarna hijau tersengih.

“Mama katak!” Khusyairy menjerit sampaikan bergema dalam rumah itu. Anak kunci kereta dicampak entah jatuh ke mana.

Anisa memekup mulutnya cuba menahan tawa. Puan Fauzana memandang Anisa sekilas, dia menggelengkan kepalanya sebelum bangkit untuk mendapatkan anak itu.

Badan Khusyairy mengigil. Wajahnya pucat dan berpeluh. Semakin lama pandangnya kelam dan terus pitam.

“Ya ALLAH Airy, bawa mengucap sayang,” kata Puan fauzana cuba menenangkan anak bujangnya itu. Dahi Khusyairy disentuh lembut. Ya, ALLAH panas badan kamu ni! Mesti kena demam terkejut lagi. Anisa!” Panggil Puan Fauzana bernada tegas.

Anisa terkulat-kulat mendapat Mak Long dan abang sepupu di ruang tamu.

“Anisa, Mak Long bukan nak marahkan kamu, tapi nak nasihatkan kamu. Kamu tak pernah tahu apa perasaan orang yang terlalu fobia ni macam mana? Cuba kamu tengok abang Airy kamu sekarang, macam inilah keadaannya setiap kali terdengar bunyi katak ataupun terpandang katak walau bentuk apa jua sekalipun. Kamu yang kenakan dia, seronok ketawakan, dia yang menanggung kamu tak rasa. Mak Long dah habis cara berikhtiar untuk pulihkan dia, tapi masih tidak berhasil.” Panjag lebar nasihat Puan Fauzana kepada Anisa, harap-harap budak itu mengerti.

Anisa menjatuhkan wajahnya. Tiba-tiba timbul rasa bersalah. Dia mengangkat muka sedikit kemudian bersuara dengan sebak.“Maafkan Nisa, Mak Long…”

“Hrm, tak guna minta maaf pada Mak Long, sebab kamu bukan buat salah dengan Mak Long, tapi dengan abang Airy kamu.”

Anisa mengangguk kecil matanya di alih menatap wajah pucat abang sepupunya yang masih tidak sedarkan diri itu. Maafkan Nisa abang Airy….desis Anisa di dalam hati saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience