BAB 4

Romance Completed 21612

“Ma, sini sekejap.” Khusyairy memanggil mamanya.

Puan Fauzana bangkit lalu menghampiri anak bujangnya. “Apa halnya?”

“Ma, kenapa dia? Ma, kan tahu gara-gara perangai hantu dia, Airy jadi macam ni?”

“Jangan nak salahkan dia, masa tu dia kecil lagi tak tahu apa-apa?! Kamu je yang penakut, dah! Jangan cakap banyak ini pilihan terakhir mama, nak tak nak kena nak jugak!”

Puan fauzana memberi amaran tegas. Sudah 20 orang di rekemankan anaknya dengan anak teman-temannya semuanya tidak menjadi gara-gara sikap fobia yang melampau terhadap seekor katak. Bukan anaknya tidak kacak, tapi disebabkan satu sikap yang tidak boleh buang dari diri anaknya itu membuatkan perempuan tidak mahu berada di samping anaknya itu.

Airy mengigit bibir tebalnya.

“Baiklah Airy setuju dengan syarat selama seminggu dia kena buat semua dekat rumah ini, boleh tak mama?” Aju Khusyairy dengan pandangan masih pada Anisa.

Puan Fauzana merenung anaknya dengan wajah cuak sejenak. “Airy jangan nak buat bodoh. Mama dah letih nak cari calon lain. Buatnya dia tarik diri juga, macamana?”

“Ma, kalau dia tarik diri itu bermakna dia memang tak bersedia nak jadi isteri Airy lagi.” Tembak Airy membuat Puan Fuazana berfikir sejenak.

“Hrm, macam-macam kamu ni. Baiklah mama setuju, sebab mama yakin Anisa bukan jenis perempuan yang mudah mengalah,” Puan Fauzana tetap membela anak buahnya.

“Ye ke? Kita tengok nanti.”

Tercetus pertarungan di antara Puan Fuazana dengan anak lelaki tunggalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience