BAB 13

Romance Completed 21612

Sejak kejadian yang menimpa Khusyairy, Anisa berubah. Dia banyak memdiamkan diri, dari dari bercakap. Perangai hantunya semakin hari semakin hilang. Setiap kali bertembung dengan Khusyari dia seakan mengelak. Rasa bersalah terhadap lealki itu masih bersarang di hatinya. Disebabkan kenakalannya, lelaki itu tak kahwin sampai sekarang, bukan tak laku tapi malu untuk membuat dia suami, setiap kalu terlihat katak terus menjerit, terpegang terus demam waima katak itu katak mainan.

“Mana Nisa, Dewi?” soal Puan Fauzana semasa di meja makan.

“Kat bilik Puan.”

“Panggil dia makan.”

Tante Dewi mengangguk lalu mengatur langkah ke bilik Anisa. “Nong.. nong Nisa! Puan ajak makan.” Panggilnya sambil mengetuk pintu.

Anisa mengelupar sambil memegang perutnya, dia tidak tahu selepas solat isyak perutnya sakit tiba-tiba. Air matanya megalir laju dek kerana tidak tahan sakit.

Bila tidak mendapat sahutan, tante Dewi membuka pintu, matanya membuntang bila meliahta Anisa mengerang kesakitan di katil. “Ya Ampun nong Nisa, kenapa ni? Puan!” jerit tante Dewi.

Paun Fauzana dan Khusyairy terkejut, saling berpandangan bila mendengar tante Dewi menjerti sesaat kemudian mereka bangkit lalu ke bilik Anisa.

“Kenapa ni? Ya ALLAH Nisa, kenapa ni?”

“Sakit Mak Long, sakit…” adu Anisa dengan air mata berjuntai turun

“Airy, cepat bawa Nisa ke hosptilal! Arah Puan Fuazana dengan cemas.

Tanpa berfikir panjang Khusyairy meluru mendapatkan Anisa lalu dicempung gadis itu untuk masuk ke dalam kereta. Semasa dia mencempung Anisa, Anisa bersuara dengan nada yang agak lemah

“Sakit..abang Airy…perut Nisa sakit…” rengek Anisa lemah, dahinya berpeluh.

Khusyari menatap wajah yang sedang menahan kesakitan dengan sayu, hati lelakinya tiba-tiba tersentuh.

“Ab..abang Ai..ry..Nisa nak..minta maaf. Andai kata Nisa mati ampunkan Nisa sebab buat abang fobia,” pohon Anisa penuh kesyahduan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience