BAB 14

Romance Completed 21612

Anisa yang dikejarkan ke hospital terpaksa menjalani pembedahan kecil tanpa menunggu emak dan ayahnya pulang kerana apendiksnya pecah. Pembedahan terpaksa dilakukan dengan kadar segera, Puan Fauzana selaku penjaganya buat masa sekarang cepat-cepat menurun tandatangani dokumen pembedahan ke atas Anisa.

Khusyairy di sebelah katil yang ditolak untuk masuk bilik pembedahan sebak tiba-tiba.

“Syyhh..jangan cakap amcam tu, Nisa pasti selamat. Nisa kena hidup sebab Nisa kena jadi isteri abang.”

Pujuk Khusyairy cuba menenangkan bakal isterinya.

“Abang….” Seru Anisa sedih.

Khusyari tersenyum pahit. Sedih melihat wajah pucat Anisa. Sebaik Anisa ditolak masuk ke bilik pembedahan Khusyairy bersandar ke dinding sambil meraup-raup wajahnya. Puan Fauzana seakan mengerti perasaan anaknya itu, dia menggosok lembut bahu Khusyairy.

Sejak Anisa menjauhkan diri darinya, dia terasa sesuatu kehilangan. Tiada lagi kedengaran suara gelak tawa gadis itu, wajah yang sentiasa ceria. Dia baru terasa Anisa adalah penyeri hidupnya.

‘Tolonglah selamat, Anisa, Ya ALLAH, selamatkan dia. Anisa abang cintakan Anisa.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience