BAB 7

Romance Series 10487

Mar menuju ke dapur denfan perut berkeroncang minta diisi. Mana taknya, semalam dia keluarkan semuanya. Sampai di dapur, dia nampak Matt sedang serius masak. Agaknya, lelaki itu masak memang serius kot kalau buat kerja.

Mata Mar terpaku memerhatikan Matt. Begitu tekun lelaki itu. Sesiapa yang pandang pasti menoleh lagi. Comfirm, he's hot.

"Mar..." suara yang perlahan itu mengejutkan Mar. Matt memandangnya sambil berkerut dahi.

"Aaa...er...emmm...aku nak ambil minuman kejap" ujar Mar sambil kakinya laju menuju ke peti sejuk. Bau makanan yang dimasak Matt menusuk ke rongga hidung sampai ke perut yang merengek minta diisi. Ish! Kuatkan sikitlah iman kau perut. Matt diam.

Setelah mencapai minumannya, Mar menutup pintu peti sejuk itu tanpa memandang Matt. Dia ingin berlalu tetapi terhenti apabila Matt menarik tangannya. Seperti kena renjatan elektrik, Mar terus merentap balik tangannya. Matt terkejut, Mar terkaku.

"So..rry" ujar Mar. Dia tunduk. Matt mengetap bibir.

"Kau lapar kan?" tanya Matt. Mar angkat kepala. Dia tanya aku lapar ke tak?! Takkan dia tak tahu situasi aku.

"Tak" buat sombong pulak. Matt diam. Tiba tiba...kiurrrr... Mar menutup perutnya menggunakan tangan. Kantoi baiii. Matt tersenyum sinis sebelum menarik tangan gadis itu dan memaksanya untuk duduk. Mar tercengang. Apa ingat aku ni patung ke?

"Kalau nak makan tu, bagitau jelah. Tak payah lagak sombong. Nah! Makan ni. Aku dah janji kan nak masak untuk kau sepanjang kita kahwin" ujar Matt sambil menyuakan pinggan berisi makanan. Mar menelan liur.

"Kenapa?" tanya Matt apabila Mar tak terkutik. Mar mengeleng.

"Nothing" jawabnya sambil mula menjamu selera. Hmmm, not bad. Sedap sangat. Melihat Mar berselera makan, Matt tersenyum memerhatikan wajah comel itu. Sedingin dia, Mar tetap ikut arahan.

"Kau tak makan ke?" tanya Mar menyentakkan Matt yang ralit perhatikan wajah isterinya sebelum dia mengeleng.

"Tak. Aku dah makan tadi" ujar Matt. Mar angguk sambil sambung lagi.

"Tadi, papa call" ujar Matt membuat Mar menoleh.

"Papa?" Blur. Yalah, sekarang bapa ada dua. Seorang papa sendiri dan seorang papa mertua. Faham soalan Mar, Matt senyum. Terus Mar terpempan. Weh! Dia baru hari ni dapat senyuman tu tau!

"I mean, your father. Dia cakap dia pergi ke jepun for 2 weeks. Dia takut kau cari dia nanti"

"Kenapa dia tak call aku terus?" tanya Mar sambil mengunyah. Matt menjongket kening. Mar diam.

"Omg!" jerit Mar sambil berlari menuju ke kereta di luar. Matt memandang pelik. Menrang mentanglah dah dapat tenaga lepas makan, berdesup dia lari.

Mar menyelongkar kereta yang dihadiahkan papanya. Setelah jumpa, terus dia tersenyum. Terbeliak matanya melihat banyak missed call dan mesej. Bukan dari papanya sahaja tapi turut dari Carl.

Dia kemudian menghubungi papanya terlebih dahulu. Tapi hanya peti suara menyambut. Mungkin papanya berada di kapal terbang. Kemudian barulah dia telefon Carl.

"MARRR!!!" Mak ai! Nyaringnya suara sehingga memaksa Mar menjauhkan telefon darinya.

"Boleh tak jangan jerit. Bingit tau tak!!" Balas Mar geram. Macamlah aku ni tuli.

"Maaf. Sorry Mar. Aku risau sangatlah. Dah berapa kali aku call, mesej lagi, kau tak angkat. Why Mar? Are you mad with me?" tanya Carl bertalu. Mar mengaru kepala.

"Tak! Telefon aku tinggal kat kereta selepas...erm...nothing. So, kenapa kau call aku ni?" tanya Mar dingin. Lelaki ini merimaskan.

"I miss you" ujar Carl denfan suara bergetar. Bulat mata Mar. Lelaki ni memang gila.

"Please Mar. I need to see you. I don't know but i'm worried" ujar Carl buat Mar terpinga pinga. Dah kenapa dengan dia ni?

"Erm, Carl. Sorry okay. Tapi aku tak sihat. So, lain kali jelah"

"But,..."

"I gotta go. Bye" ujar Mar sambil mematikan talian. Dia terus mengurut dadanya yang buat hal.

Dia tak suka perasaan ini. Kemudian, dia menuju ke dalam rumah.

Dari arah lain, Matt dengar segala galanya yang diluahkan oleh lelaki itu. Hatinya hatk. Diruntun cemburu. Sumpah! Dia tak pernah rasa sebegini.

Dia juga tak suka perasaan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience