BAB 4

Romance Series 10487

Mar melangkah masuk. Terus matanya menangkap wajah Clara Dan Ksha yang sedang berbual dengan 3 orang lelaki yang dia tak kenal.

"Mar" Lambai Clara sebaik sahaja dia tengok Mar menghampiri. Mar tersenyum hambar.

"Kau buat apa kat rumah tu sampai lama sangat nak datang" tanya Ksha. Tak sempat jawab, Ksha dah senyum senget. Mar seakan faham terus jelingan maut dia beri kat Ksha. Ksha gelak.

"Aku dinner kejap. Aku datang sebab Clara suruh. So, any plan?" tanya Mar sambil matanya tertumpu pada 3 orang lelaki itu.

"Mestilah ada plan. Kita enjoy nak? Dengan Carl, Rayn dan Niel" ujar Clara teruja. Mar terpinga pinga. Muka sah sah orang Malaysia, tapi nama orang putih. Apa tulen ke tak? Atau sekadar nama glamor?

"Rayn" ujar si Rayn sambil hulur tangan pada gadis comel yang baru sampai itu. Mar sambut seketika dan hanya senyum. Clara di sebelah dah pandang samacam. Seram.

"Niel" ujar lelaki yang berbaju polo itu. Memang berkrisma. Dia hulur tangan. Mar sambut. Seperti tadi, hanya senyum. Ksha dah tak senang duduk. Kini Mar tertumpu kat lelaki itu. Sederhana. Alis bulu matanya lebat. Bibirnya merah menyala. Hidungnya mancung. Sekali pandang memang fikir dia ni tak tahu mix mana.

"Carl" ujar lelaki itu sambil senyum. Menampakkan senyuman pembunuhnya. Tangan dihulurkan. Mar sambut. Sejuk tangan lelaki itu. Mungkin tak tahan sejuk aircond dan hujan yang renyai renyai di luar.

"Just Mar" ujar Mar sambil lepaskan tangannya. Lelaki itu angguk. Carl langsung tak dapat larikan matanya. Wajah gadis itu lebih mengenyangkan daripada makanan di depannya. Sederhana.

"Kau tak nak makan ke Mar?" tanya Clara. Mar mengeleng.

"Aku dah kenyang. Tadi makan kat rumah"

"Woo! Sejak bila kau pandai masak sendiri ni?" tanya Ksha. Clara angguk setuju. Mar mencebik.

"Atau...your hub-" kata Clara terhenti apabila Mar tutup mulutnya. Merah padam mukanya. Kecut perut sis!

"Bukan susah pun. Aku beli kat luar. Sampai rumah panaskanlah bongok" Mar menjelaskan cerita bohongnya. Dalam hati, siap kau nanti Clara.

"Kau pandai masak ke Mar?" tanya Rayn buat mereka bertiga serentak menoleh. Mar mengeluh. Terbongkar satu personalitinya.

"Tak! Aku hanya beli makanan je. Tak pun, aku selalu tumpang mereka dua ni kalau nak makan. Suruh jadi maid aku. Suruh jadi maid korang lepas ni pun tak apa. Right Clara?" Mar promote Clara. Merah muka Clara. Tambah lagi dress merah. Dah macam buah delima Mar tengok.

"Why not" jawab si Rayn ni sambil jeling Clara. Mar ketap bibir. Clara dapat orang baru lagi. Clara tunduk malu. Eh? Sejak bila dia malu tatap mata orang lelaki ni? Jangan cakap dia jatuh cinta dengan Rayn yang tak sengaja dijumpanya di club semalam.

"Ehem! Cut! Cut!" suara Mar mengejutkan Rayn dan Clara. Serentak mereka pandang Mar. Malu sendiri. Mar mengeleng.

"Clara. Aku datang sini sebab kau minta teman kan. Tapi aku... lebih dari cukup pun orang yang nak teman kau ni. Kau nak apa sebenarnya" bebel Mar. Clara tersengih. Ksha dipandang.

"Temankanlah kitaorang malam. Lama kot tak lepak korang sejak kau ka...ermm...bulan lepas. Jomlah" ajak Ksha. Mar pandang pelik.

"Korang ni mimpi ngeri apa? Selama ni okay je kalau korang berdua je keluar. Sekarang nak aku ikut sekali apahal? Terbuang tabiat" ujar Mar. Clara senyum sambil paut lengan Mar.

"That mean we will die without you"

"Heeeeee!!" jerit Mar. Geli hatinya. Agaknya, Clara memang terer bab bermulut manis ni. Mungkin sebab dia playgirl. 3 orang lelaki tadi hanya perhatikan.

"Kita nak pergi mana ni?" tanya Mar apabila Ksha dan Clara tak putus asa memujuk. Ksha dan Clara tersenyum menang sebelum...

"CLUB!!!!“ jerit mereka serentak. Sesaat, dua saat, seminit, 3 minit. Mar masih bisu tanpa respon. Riak mukanya cukup gambarkan segalanya.

"Club?! No!!!!" Bergema suara Mar. Terpaksa tutup telinga mereka. Kecuali Carl.

"No guys! No club! No! Oh my god! No club girls" beberapa kali dia geleng kepala. Clara dan Ksha urut dada. Rayn dan Niel hembus nafas perit. Hanya Carl diam perhatikan Mar.

"Uh! Kesian jantungku" adu Ksha.

"Strok" ujar Niel.

"Dahsyat" komen Rayn.

"Telinga aku" kata Clara. Mar tak kira. Mak! Dah tahu dia pantang benda tu, sebut lagi. Tengok, kan dah kritikal.

"Tolonglah Mar. Have a fun tonight. Takkan kau nak duduk terperap kat rumah. Come on. Release tension tonight girl" pujuk Ksha. Mar geleng.

"Aku boleh je enjoy but not there. You know me well Ksha. You know my..."

"I know it. But, please. Just tonight" ujar Ksha. Mar diam. Dia langsung tak suka.

"Okay! Open minded. Kau nak aku dan Ksha kena rogol dengan mereka bertiga ni ke? Sanggup tinggalkan kami dengan mereka" ujar Clara buat 3 orang lelaki itu terbuntang mata. Ksha tersengih. Mar pandang malas sambil buat muka selama-ni-kau-tidur-dengan-siapa

"No way! My answer still no" muktamadnya. Mar geleng.

"Mar..." Clara dah buat muka kasihan tapi si degil ni... Kalau Mar degil. Mereka lagilah.

"Ermm. Kalau korang tak kisah. Korang pergilah dengan member aku tu. Aku teman dia kat luar. If you okay with that" suara Carl menghentikan suasana bising itu. Rayn dan Niel dah pandang semacam je Carl.Carl pandang mata Mar. Mar terdiam.

"Can we believe you huh Carl" tanya Clara ragu ragu. Carl tersenyum.

"Why not. I'll make sure your lovely friend safe with me until you meet her again. Right Mar" tanya Carl. Sekali lagi mata coklat itu ditatap. Mar kelu sambil buat muka pelik.

"Mar..." panggil Carl lagi. Mar sedar.

"Ha! Why not kan Clara. Korang enjoylah. Aku tak ikut and you can keep his promise girl" ujar Mar seolah olah di kenal lama dengan Carl sedangkan tak sampai sejam pun. Ksha dan Clara masih pandang semacam.

"What the hell Carl?" tanya Niel. Pelik dengan sikap rakannya yang terkenal dengan gelaran 'arrogant crocodile'.

"And i'll also make sure that my friend not 'rogol' both of you" ujar Carl buat Clara dan Ksha tersengih macam kerang busuk. Mar...amik korang berdua. Rayn dan Niel dah tunjuk penumbuk kat Carl.

"We keep your promise Carl. If something bad happen to her, I WILL KILL YOU" ujar Ksha bagi amaran.

"So scary. Why not. I'll give her special service" ujar Carl. Mar terpinga pinga. Clara dan Ksha cuba tafsir. Rayn dan Niel tersenyum senget.

"Okay" jawab Ksha dan Clara akhirnya. Carl tersenyum. Mar tarik nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience