BAB 1

Romance Series 10487

"What!!!" bergema rumah. Mengurut dada kedua dua ibu bapa Matt dan papa Mar.

"No way!"

"Are you kidding me huh?!"

"Dengan lelaki ni? Tolonglah pa"

"Tolonglah! Dia bukan taste aku!"

Masing masing mempertahankan diri. 3 orang tua di depan biarkan dulu. Tapi, gaduh teruk pun tak ada guna. Mereka tetap disatukan.

"Habis kau taste akulah? Ewww, cuba bagi kat nenek jiran pun tak nak"

"Perempuan! Jangan nak berlagak eh! Apa cool sangat ke? Dalam hati, simpan niat nak goda aku"

"OMG! Goda kau?! Tolong ya, simpan niat kau nak tengok aku goda kau. Langsung tak ada taste aku"

"Eh! Kau bera..."

"Dah! Cukup! Bingit mama dengar" mama Matt sudah beri arahan. Matt dan Mar terus diam tapi mata...eee...berperang dalam diam tu.

"Mama, apasal Matt kena kahwin dengan perem...dia ni? Matt masih study kan?" ujar Matt. Mahu terkena heart attack dia dengar berita sebentar tadi.

"Aku pun masih study" sokong Mar. Terangguk angguk burung belatuk.

"Ganggu study ke korang kahwin. Bukannya berkepit 24 jam" ujar papa Matt.

"Tapi..." baru nak bantah, papa Mar terus mengangkat tangan.

"Okay! Papa tahu kamu berdua tak boleh terima. Tapi, boleh tak berkorban untuk kami ni. Kami dah tua. Bila bila masa boleh pergi. Kami nak kamu berdua warisi syarikat tu. Boleh sayang? Untuk papa? Mama?" ujar papa Mar. Mar terus terkaku. Kalau disebut mamanya terus dia lemah.

"Tapi kami tak bercinta pa" ujar Mar. Matt angguk.

"Tahu. Tu sebab kami rancang semua ni. Tak mustahil untuk kamu jatuh cinta antara satu sama lain lepas kahwin" ujar mama Matt.

"Jatuh cinta dengan mamat/perempuan ni?!" serentak mereka menolak

"Diam!" tinggi suara mama Matt. Mereka diam lagi.

"Okay! Mama faham perasaan kamu. Jadi kami dah bincang. Kamu berdua hanya kahwin untuk tempoh 3 tahun. Kalau kamu berdua masih macam ni lepas 3 tahun, kamu boleh bercerai" ujar mama Matt.

Mar dan Matt saling berpandangan. 3 tahun je? Lama mereka diam sebelum....

"Aku setuju!"

*****
"What!!!" semua mata memandang ke arah mereka. Mar terus tutup mulut Clara guna tangan. Jahanam, suara mengalahkan mikrofon.

"Slow sikit boleh tak?" ujar Mar geram sambil lepaskan tangannya.

"Kau biar betul Mar?! Marriage? Dengan hot handsome playboy?" Ujar Clara. Super terkejut. Mar angguk sambil makan aiskrimnya lagi. Musim sejuk pun makan aiskrim. Frust!

"So, berapa lama dah korang kah...emmmpp" Mar tutup mulut Ksha pula. Sensitif perkataan kahwin tu.

"Baru 2 minggu" jawab Mar. Dia menjauhi Ksha. Clara dan Ksha saling berpandangan.

"Dah 2 minggu baru kau nak beritahu kami. What the heck Mar" ujar Clara. Mar pandang tajam.

"Okay! Aku faham! Kau frust" ujar Ksha. Mar merengus.

"So macam mana? Kau dah jadi biiiiiinnnnniiii orang" ujar Clara. Mar rasa nak hempuk kepala Clara. Biar biru bonggol.

"Macam tulah. Aku dengan dia macam tu" ujar Mar berbelit.

"Macam tu maksudnya macam tu" ujar Ksha sambil memuncung bibirnya. Mar dan Clara segera menoleh kebelakang. Tu dia! Suami tercinta.

"Amazing" komen Ksha. Clara dan Mar faham. Amazing tu seorang perempuan cantik dan seksi dipeluk Matt erat. Sangat rapat dan bibirnya langsung tak jauh dari rambut gadis itu. Kalau tersedut kutu...pft. Mar tekup mulut. Lucu dengan andaiannya. Semua mata memandang ke arah kumpulan playboy itu.

Beep! Beep!

Telefonnya dikeluarkan. Mesej masuk.

Mama nak kamu berdua pergi rumah tu lepas habis kuliah. Nanti mama send address - Mama

Mar merengus. Dia terus menoleh ke belakang. Matt sama pandang ke arah dan senyum sinis. See-you-there-dear!

Mar balas pandangan itu. F**k-you

"Okaylah. Aku nak balik" ujar Mar lantas bangun. Topi keledarnya dicapai.

"Tak sabar jumpa buah hatilah tu. Oppss! Hubby" usik Clara. Mar terus hayunkan topi keledarnya di depan muka Clara. Pucat muka Clara. Kau nak aku mati ke Mar? Mar tersengih lantas berlalu.

Matt di hujung perhatikan Mar. Dia juga kena pergi. Dia lantas bangun.

"You nak pergi mana?" tanya mangsanya itu. Matt tersenyum.

"I kena pergi dulu. Sorry darling but i'll promise you to see you later" ujar Matt. Mangsanya itu hanya tersenyum hampa. Tak puas. Matt tersenyum dan terus cium dahi mangsanya. Mangsanya tersenyum bahagia.

"Call i kalau you perlukan i" ujar mangsanya. Matt angguk.

"Sure! I love you" ujar Matt terus berlalu. Kalau terus bermadah kasih, memang tak habis. Dia berlalu. Rakannya saling berpandangan. Tak pernah Matt tinggal mangsa hot macam ni dengan mudah.

Strange!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience