BAB 6

Romance Series 10487

Tepat pukul 9 pagi Mar turun ke tingkat bawah. Perutnya berkeroncang minta diisi. Mar tertoleh toleh. Tak nampak kelibat Matt. Dah keluar kot. Yalah. Dia kan bangun lewat. Anak dara sangat. Mar menuju ke dapur. Peti ais diteroka.

Mar perhatikan makanan dalam peti itu. Hanya susu dutch lady dan paha ayam menarik perhatian dia. Dia terus keluarkan. Susu dituang ke dalam gelas. Paha ayam disediakan. Siap untuk digoreng. Dia mana pandai masak complete macam Matt. Goreng ayam tererlah. Tu pun kadang kadang nak hangus.

Setelah 10 minit berlalu, selesai simple ayam gorengnya. Terus dia duduk menjamah sarapan pagi tak seberapa sihat itu.

Sementara itu di ruang tamu...

Matt turun ke ruang tamu. Kepalanya sikit pening. Begitu juga dengan wanita sexy di disebelahnya yang hanya pakai bathrobe yang menampakkan paha gebunya. Lebih gebu dari paha ayam Mar. Saja nak goda Matt awal pagi. Matt telan liurnya berkali kali. Haih! Nafsu lelaki.

Wanita itu ditolak ke sofa di ruang tamu. Dicumbunya seketika. Wanita itu melayan. Mak ai! Kuyu mata gadis itu pandang wajah Matt buat Matt tak keruan.

"Matt! Sayang..." rengek wanita itu sambil rangkul leher Matt. Matt pandang saja.

Di dapur...

Mar hampir tersedak dengar suara dan bunyi dari ruang tamu. Mar tak dapat fikir melainkan pencuri. Penceroboh. Eh? Tak sama ke?

Disebabkan perasaan yang ingin tahu yang tersangatlah tinggi, Mar terus berjalan laju ke ruang tamu tanpa tengok dulu. Intai intai apa. Sampai di ruang tamu, matanya terpaku pada... Lidahnya kelu. Otaknya apa lagi. Kakinya yang tadi berjalan laju terus brake. Tekak Mar seperti digaru. Terus dia berpaling dan berlari ke dapur.

Mak! Awal pagi matanya dah buat dosa. Mar muntahkan segalanya di sinki. Loya. Makin dia ingat, makinlah makanan dalam perutnya dikeluarkan. Akhirnya, dia terkulai. Perlukan sinki sebagai penyokongnya. Kakinya dah lemah.

Matt turut terkejut. Tak disangka Mar di situ. Dia lupa Mar ada kat rumah. Selama ni, dia tinggal kat apartment. Dia boleh buat suka hati. Dia terus bangun dari badan mangsanya itu.

"Kenapa?" tanya wanita sambil membetulkan bathrobenya.

"You have to go. Now"

"Kenapa you tiba tiba ni sayang" tanya wanita itu sambil memandang pelik wajah kacak itu.

"Please Sal. You have to go now" ujar Matt. Mangsanya yang bernama Sally itu angguk saja. Akur. Terus dia naik ke atas dan muncul dengan pakaian seksi malam tadi.

"Call me if you need me. Okay baby" pesan Sally sebelum pergi. Matt tiada jawapan. Fikirannya masih pada Mar. Dia terus menuju ke dapur.

"Uwek! Akkk!"Mar muntahkan lagi sampai kosong perutnya. Tak tahu nak luahkan apa lagi. Matt berdiri tegak di belakangnya. Kasihan tengok Mar. Dia tak tahu. Dia...Matt mendekati.

"Mar" panggil Matt lembut. Mar angkat kepala. Seketika, tekaknya loya lagi dan...muntah. Setelah selesai, Mar terduduk di bawah sinki. Tangannya ke kiri kanan tanda dia tak mahu Matt di situ.

"Mar, look.."

"Diamlah" bentak Mar buat Matt diam. Tapi, dia tak sanggup nak biarkan Mar begitu. Lantas dia mencangkung di depan Mar. Kepala Mar cuba diurut tapi Mar menepis laju.

"Tepilah. Aku...aku loya...tengok kau...uwek!!" tanpa sempat menahan, Mar termuntah kat Matt. Bulat mata Matt tengok muntah itu. Mar turut terkejut.

"Err...aku...ermmm...sorry" ujar Mar sambil buat muka bersalah pada muka pucatnya. Matt diam. Dan, orang cakap diam itu bawa seribu makna. Ya! Untuk Matt sekarang. Dia tak tahan terus termuntah. Bulat mata Mar. Dia loya lagi dan muntah lagi. Terjadilah aksi muntah muntah di dapur awal pagi ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience