BAB 3

Romance Series 10487

Mar pandang makanan yang dah siap dengan pandangan seram. Air liur tak payah sebutlah. Hampir kering lidahnya. Dah tak ada air liur lagi. Matt buka apronnya. Mar perhatikan saja. Ada sesuatu yang dia nak tanya tapi dia kenalah berfikir KBAT. Takut mengamuk punya playboy ni.

"Yang kau pandang aku tak berkelip kenapa? Kau jatuh cinta dengan aku?" tanya Matt mengejutkan Mar sebelum dia mencebik.

"Jatuh cinta kepala kau! Aku bukan fikir pasal tulah. Cuma...err..." Mar mengaru kepalanya tak gatal. Matt tumpukan pandangan kepadanya.

"Apa?" tanya Matt akhirnya apabila Mar dah macam dicucuk jarum je punggungnya. Tak senang duduk.

"Ermm...kau...tak ada apa apalah" ujar Mar kemudian. Baik sangat kalau tak menempah maut. Tapi yang berlaku sebaliknya apabila Matt pandangannya dengan tajam. Kalau tadi telan liur sebab lapar, sekarang sebab seram.

"Mungkin kau belum kenal aku lagi tapi aku pantang orang cakap macam pendek lidah. Semua tak sampai. Aku tak suka tertanya. Dan, aku harap sangat kau bukan orang macam tu sepanjang kau hidup dengan aku" ujar Matt bagi arahan. Entah kenapa dia dia tak boleh jadi playboy yang bermulut manis di hadapan Mar. Serius memanjang.

"Ka..." Mar terlopong. Ini peraturan ke? Hidup dengan dia?

"Got that?" tanya Matt. Mar mengangguk perlahan.

"Kalau macam tu, kau kena ikut aku punya cara hidup juga kan?" tanya Mar dengan senyum lebar. Matt jongket kening. Dia suka senyuman itu.

"Apa dia?" tanya Matt. Makanan di depan mereka tak menarik sekarang.

"Kau tahu kan, aku paling tak pandai bab masak semua ni. Dan, untuk pengetahuan kau, aku selalu makan kat luar kalau aku tak tinggal kat rumah papa. Jadi, aku juga harap sangat agar kau tak paksa aku untuk masak dan..." panjang lebar dia cakap tapi last dia buat Matt tertanya. Ni memang nak kena dengan playboylah.

"Mar..." Matt dah guna kuasa ajaibnya. Lembut macam kain sutera je menyapa telinga. Mar cepat cepat berdehem. Mampus.

"Dengarlah. Aku belum habis cakap lagi ni. Dan...aku harap sangat kalau kau masak...masaklah untuk aku sekali. Memandangkan kita housemate...kan?" Mar buat senyuman comelnya. Matt terdiam. Dia tak pasti dia kelu sebab permintaan Mar atau sebab senyuman yang jarang sekali dipamerkan di hadapan orang ramai. Adakah senyuman itu hanya untuknya?

"Got that?" tanya Mar pula. Matt tak jawab. Mar hanya tersenyum tawar. Sakit hati sebenarnya sebab Matt layan tak layan je. Mar menurut. Dia mula menyedukkan nasi ke pinggan. Sunyi seketika dapur tu.

"Kau dah makan masakan aku, so...tak salahkan kalau aku nak tahu apa yang kau nak sebut tadi" tanya Matt buat nasi yang Mar telan tersekat seketika di kerongkong. Merah mukanya. Hilang oksigen. Terbatuk batuk macam orang tenat. Matt cepat cepat serahkan air kosong dalam gelas kepadanya. Mar menghirup dengan rakus. Uh! Nyawa hujung tanduk beb.

"Kau nak mampus ke hah?!" tengking Matt buat Mar yang baru stabil, kritikal balik. Kritikal hati. Melihat Mar diam, Matt merengus. Kenapa? Sikap cool gadis itu hilang ketika berhadapannya buat hatinya tak tentu arah.

"Okaylah. Memandang kau dah letak pun peraturan kau dengan aku, aku bagitau. Aku cuma nak tahu je macam kau pandai masak je. Kan selalunya hanya 10% je lelaki kat dalam dunia ni pandai masak" ujar Mar tanpa perasaan. Dia kemudian suap nasi masuk mulut. Sedap! Matt terkedu seketika. Mar menanti jawapan dengan perasaan kecewa apabila Matt tak ada tanda nak buka mulut.

"Tak apalah kalau kau tak nak beritahu" ujar Mar sebelum buat senyuman palsunya. Dia kemudian langsung tak pandang wajah Matt. Marah? Tak! Cuma dia kecewa kerana tak dapat tarik hati lelaki itu untuk kongsi segalanya dengannya memandangkan mereka serumah.

Matt mula rasa tak selesa. Kalau wanita lain berbuat begitu, dia langsung tak kisah. Dia malas nak jaga hati perempuan yang merajuk. Tapi tak dengan gadis merangkap isteri di depannya sekarang. Mungkin betul kata Mar...dia dah letak peraturan.

"Ak..."

Baru nak buka mulut, tiba tiba telefon milik Mar berbunyi. Mar terus jawab. Matt perhatikan saja. Dia benci tanda tanya.

"Clara?" Tanya Mar. Dia kemudian diam seketika mendengar perbualan Clara.

"Perlu ke?" tanya Mar lagi. Matt genggam sudu geram.

"Okay. I'll be there in 10 minute" ujar Mar. Dia kemudian matikan talian. Makanan di depan yang tinggal sedikit dimakan habis. Rugi bazir. Sedap sangat. Matt tetap diam walaupun dia ingin tahu. Ego playboy.

"Aku tak nak kau tertanya. Aku nak keluar dengan members. I mean Clara. So, maybe i'm late" ujar Mar. Matt mendongak. Mar sudah mencapai jaketnya dan kunci keretanya. Motornya tinggal di rumah papanya.

"Just Clara?" tanya Matt buat Mar berhenti melangkah ke pintu utama.

"I think so" ujar Mar sebelum dia betul betul pergi. Matt berhenti menyuap. Hatinya sakit. Kenapa? Takut Mar menjadi milik orang di luar? Takut Mar beri senyuman tadi kepada orang di sana? Atau takut dia jatuh cinta? Matt tiada selera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience