BAB 5

Romance Series 10487

"You don't like club" komen Carl sebaik sahaja mereka meninggalkan 4 orang rakan mereka. Mar angguk.

"Pelik ke?" tanya Mar sambil berjalan.

"Mestilah pelik. Clara dan Ksha social women. But not you" tanya Carl. Entah kenapa dia suka nak tahu cerita gadis ini.

"Yakah? Aku pun rasa pelik" ujar Mar ach tak acuh. Jam di tangan ditilik. Hampir 11 malam. Dia patut balik. Carl perhatikan. Memang kau ni agak pelik tapi menarik.

"But why?" pertanyaan Carl buat Mar menoleh. Mar pandang Carl lama sebelum dia hembus nafas seketika.

"Entah. Mungkin keadaan sana merimaskan aku. Tak selesa. Bau. Rokok. Alkohol. Sexy. Ermm...boy, girl. Dance. You know that" ujar Mar. Carl angguk. Dia akui kenyataan itu.

"Kau tahu keadaan sana. Kau pernah pergi kan. Once?" tanya Carl. Mar tersenyum malas.

"Yeah. Something just like that" Mar mengeluh dalam diam. Peristiwa dahulu muncul di kotak ingatannya buat Mar geleng kepala.

"Erm. I should go. And thanks for...you know...club" ujar Mar. Carl tersenyum. Berat nak lepaskan.

"Nak aku hantar ke? Lagipun dah larut malam ni. Agak bahaya. Need my help again?" tanya Carl. Mar lantas geleng. Mampus dia kalau Carl tahu dia sehidup sebumbung dengan Matt. Baru sekarang ingat pasal Matt?

"Tak apa. Aku boleh drive sendiri. I'm okay. So, goodbye" ujar Mar lantas berlalu tapi terhenti apabila namanya dipanggil. Dia menoleh.

"See you again" kata Carl. Mar jongket kening. Dia tak harap pun nak jumpa lelaki itu lagi. Mar akhirnya hanya senyum sebelum betul betul pergi. Carl perhatikan sahaja. Dia nak gadis itu. Dia nak Mar!!!

*****
Mar menerebos masuk ke dalam rumah. Hairan melihat kereta lain terparkir di garaj rumah itu. Mar menuju ke dapur dan ruang tamu. Kosong dan gelap. Dah tidur kot.

Mar pandang ke tingkat atas. Juga suram. Mar masuk ke dapur balik. Haus. Dicarinya air kosong dalam peti ais sebelum meneguk perlahan. Terasa lega tekaknya.

Mar kemudian menuju ke tingkat atas. Masuk ke dalam bilik. Sebelum itu, cepat dia hendap sekejap bilik Matt. Hanya lampu tidur terpasang. So, automatiklah dia fikir Matt dah tidur.

Mar menuju ke balkoni. Menatap malam. Dia rindu ibunya yang sudah 3 tahun hilang dari pandangannya. Mar sedaya upaya tak tumpahkan air mata tapi dia perempuan. Gugur juga air matanya. Tak teresak tapi cukup memilukan hatinya.

"Wait for me mom" ujar Mar. Setelah beberapa minit termenung, telefonnya di kocek seluar jeansnya menjerit minta perhatian tuannya. Mar jawab panggilan kehairanan apabila nombor tak dikenali telefon.

"Mar" menerebos suara garau itu sebaik sahaja panggilan disambut. Mar berkerut dahi.

"Siapa ni?" tanya Mar. Call dan terus tahu nama dia. Penghendap ke? Mar pandang sekeliling rumah. Ish! Bahaya.

"Sedihnya orang tak kenal suara kita. It's Carl Mar" ujar si 'nombor tak dikenali'. Mar diam seketika.

"Oh! Carl. Yes Carl! I remember. So, why call me Carl" tanya Mar setelah dia ingat. Carl gelak.

"Tak ada papa. Saja je nak pastikan kau selamat sampai. Dengar suara je, aku pasti kau okay. Glad to heard that" ujar Carl buat Mar buat muka pelik.

"Kenapa aku tak okay pula?"

"Sebab, aku takut kau kena rogol masa kau balik tadi. Dah sorang je. Aku teman tak nak. Clara dan Ksha okay juga. Sebab ada dua. Kau sorang. Tu risau. Takut kempunan" ujar Carl sebelum ketawa. Mar ketab bibir.

"Kempunan apa benda? Kau jangan nak merepek tengah malam ni. Ni, mana kau dapat nombor aku? Clara or Ksha?" tanya Mar. Carl senyum apabila dengar suara comel itu geram.

"Nope. Aku cari sendiri"

"Eh?"

"Senang Mar. Sekarang ni, Clara dan Ksha tengah jadi zombie. Semua benda lupa. So, i take their handphone and take your phone number. Bukan salah Ksha atau Clara" jelas Carl selamba.

"Wh..what!!" jerit Mar. Carl terpaksa jauhkan handphone dari telinga seketika.

"Berani kau. Kau...ish!" geram Mar.

"Hey! Relax Mar. Kenapa nak marah. Aku kawan kau. Salah ke kalau nak simpan nombor ke? Atau Mar masih tak terima aku sebagai kawan baru" ujar Carl. Yah! Sedih. Cepatnya Mar mengguris hatinya. Kenapa? Sebab dia dah jatuh hati kepada gadis cool ni.

"Tunggu. Bukan macam tu. Aku cuma tak suka cara itu" jelas Mar walaupun sedikit sebanyak kenyataan Carl itu benar.

"Maaf Mar. Aku tahu. Okay, i admit that my fault. Esok kita jumpa ya. Aku belanja. Sebagai tanda minta maaf" ajak Carl. 2 in 1. Nak jumpa gadis itu dan minta maaf. Mar diam. Nak ditolak takut terkilan pula.

"I try"

"Please don't say try. But,...will please" pujuk Carl. Mar berkerut dahi.

"Kau ni...aku bagi paha lembu, nak juga betis kerbau. Tengoklah esok. Aku tak jamin" ujar Mar buat Carl ketawa.

"Nak you boleh" tanya Carl. Mar ketap bibir.

"Nak penumbuk" tanya Mar pula. Makin kuat gelak Carl sampai Mar terikut gelak kecil.

"Dahla. Aku nak tidur. Bye!" Laju je nak ucap bye.

"Okay. Have a sweet dream, dear. Goodnight" ujar Carl. Mar tak jawab terus matikan talian. Agaknya lelaki itu memang mereng.

Mar melangkah masuk dan hempaskan tubuhnya ke katil tanpa tukar pakaian. Dah letih sangat. Tak sampai 5 minit, dia lelap. Berdengkur halus menunggu hari seterusnya.

Di seberang sana, ada satu mata perhatikannya dari awal hingga akhir. Dia meraup wajah. Sakitnya dadanya melihat Mar gelak di telefon tadi. Siapakah itu? Kenapa Mar nampak melayan? Dan kenapa dia pula yang sakit hati tengok. Dia jatuh cinta? Dia tak tahu.

"Sayang" Dia menoleh sambil tersenyum hambar.

"I need you"

"Sure" ujarnya sebelum dia tenggelam dalam kegelapan bilik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience