BAB 2

Romance Series 10487

"Wow!" komen mereka serentak. Rumah tersergam indah tu betul betul buat mereka terpaku. Kalau dah cantik kat luar, apalagi kat dalam. Laju kaki mereka berlari masuk ke rumah. Berlumba nak tengok.

"Woooo!" puji Mar sebaik sahaja melihat ruang tamu. Rasa takut nak pijak lantai berkilat.

"Kau langsung tak ikhlas puji. Kau tengok aku" Ujar Matt. Mar menjulingkan mata. Menyampah??

"Cantik darling ni. Memang sesuai untuk orang macam aku ni tinggal sini. Bukan macam orang sebelah" ujar Matt. Tu puji ke sindir?

"Hei tengok tu! Dinding retak" ujar Mar sambil telunjuk jarinya menunjuk ke arah sebelah Matt.

"Mana? Mana? Kenapa retak? Rumah baru ni" ujar Matt. Tertoleh toleh dia. Setelah mengesan, terus dia pandang Mar di sebelah yang masih selamba.

"Tengok tu. Rumah ni pun nak runtuh dengar kau puji. Dah ah! Aku nak rehat" ujar Mar. Beg pakaian ditarik. Esok baru barangannya yang lain.

"Eleh! Tapi sebenarnya cair dengar aku puji. Jeles apa?" tanya Matt tersengih. Mar menoleh.

"Ewww! Tolonglah" ujar Mar. Dia terus nak ke tingkat atas. Ada empat bilik. Mestilah nak bilik hujung. Private sikit!

Dia terus ke sana. Masuk je, dia terus ternganga. Wei! Queen size beb! Menyerbu dia masuk tapi sebelum tu, kunci. Tengok muka Matt langsung tak boleh harap. Tadi private sekarang pervert.

Dia terus ke balkoni. Cantik benar tasik biru di depannya. Dia terus mendepangkan tangan. Merasai bayu laut. Tiba tiba dia terpandang ke sebelah kanan. Woi! Boleh dilihatnya Matt sedang call sambil tersenyum senyum. Mangsanyalah tu. Mar malas nak ambil tahu terus masuk bilik.

Bummm!

Mendarat tubuhnya di katil empuk itu. Ermmm! Selesanya. Mar pejamkan mata. Tak sampai 5 minit, Mar tiba di dreamland.

*****
Tepat pukul 4.30 petang, dia bangun. Pemalas! Mar dengan malas melangkah masuk bilik mandi. Nasib baik tak tersadung depan bilik mandi. Setelah selesai mandi, Mar bersiap. Dia nak keluar. Perutnya sedang bernyanyi 'merdu'.

Mar turun ke dapur bawa jaket hitam dan topi keledarnya. Apabila melintasi dapur, dia terhidu sesuatu. Hmmm...kiutttt....kiurrr. Mar pegang perutnya. Lapar hidu bau makanan dari arah dapur. Terus dia menerpa. Sampai di depan pintu dapur. Dia terkaku, ternganga, terkejut, terpaku, tak percaya. Apa lagi?

Biar betul! Playboy tu....pakai apron dan...dan...masak!!! Dengan penuh teliti dan cantik. Tekun Matt masak sampai tak perasan Mar jadi patung bernyawa. Playboy begini hanya wujud di imaginasinya. Tak mungkinlah! Tapi...lelaki depan ni....Arrrggghhh!

Mar mendekati meja makan dan tengok apa yang Matt masak. Sedapnya bau. Hampir terliur Mar tengok. Matt yang tak perasan Mar dibelakang masih masak dengan hati riang rianya.

"Playboy!"

"Oo mak boy!" sudip terpelanting! Mar yang tengok terkebil kebil sebelum gelak kuat. Sampai pegang perutnya. Takut terburai. Matt menoleh. Macam nak dimakan je Mar di depan. Lebih menyelerakannya berbanding makanan di meja.

"Adoi mak! Sakitnya" ujar Mar. Terasa kejang pipinya. Dia cuba tarik nafas dalam dalam

"Dah puas?" tanya Matt. Mar mengeleng geleng dengan sisa tawanya.

"Gelaklah. Gelak" rajuk Matt. Baru je dapat mood masak, si isteri tersayang buat hal.

"Woi! Kau...kau ni memang suka melatah ke? Apalah kau ni. Nama je hot handsome playboy. Girl keliling pinggang tapi melatah. Ish! Dunia nak kiamat tak?" kata Mar sambil pandang Matt atas bawah. Lagak pengkritik tapi lebih kepada ejek.

"Cantik bahasa kau" ujar Matt. Merah mukanya. Mar kecut perut. Baik dia cabut lari sebelum Matt bertukar jadi suami dahsyat.

"Okay! Aku lewat ni. Mesti Clara dah lama tunggu aku. Adoi! Kesian kau Clara. Aku blah dulu" kata Mar sambil berlalu. Tapi, tak dengan Matt.

Tangannya direntap. 200° dia berpusing dan tepat di depan Matt. Mar mendongak dah macam orang minta simpati. Matt tersenyum.

"Nak pergi mana sayang, hem? Nak keluar ya?" uh! Mar telan liur. Bukan tergoda tapi takut. Wajah lembut Matt tadi bertukar bengis. "Kau jangan harap!" Matt tarik tangan Mar. Terbuntang mata Mar apabila bawanya ke dapur dan nak pakaikannya apron.

"Kau buat apa ni?"

"Masak" jawab Matt ringkas sambil ikat apron di belakang Mar.

"Masak?! Masak?!" nyaring suara Mar. Matt pandang sambil angguk.

"Tapi aku tak pandailah bongok. Kalau aku masak, mahu terbakar rumah ni. Aku mana pernah masak" tolak Mar sambil geleng geleng kepala. Pegang pisau pun boleh kira guna tangan sebelah je.

"Baguslah kau tahu. Baru sedar kau tu tak ada fungsi langsung sebagai perempuan" sindir Matt. Mar ketap bibir. Agaknya, lelaki ni memang sempurna. Dianugerahkan mulut manis dan tajam.

"Habis tu...yang kau bawa sini buat apa? Tengok rancangan masakan kau? Tak naklah. Tak minat. Aku nak keluar" ujar Mar sambil duduk di meja makan.

"Kau boleh diam tak? Bising betul. Kalau aku tak ajak kau, siapa lagi nak makan ni? Apa ingat aku masak untuk jiran ke?" ujar Matt. Mar terdiam seketika sebelum tersengih.

"Baik juga hati kau ni ya"

"Apa kau cakap?" tanya Matt. Dia macam dengar suara Mar tapi tak jelas.

"Tak apa apalah" ujar Mar. Naya kalau lelaki itu tahu dia puji. Mahu panjang lagi muncung hidung dia.

"Apa apa jelah" ujar Matt pula. Mar pandang pelik tapi dia tak boleh duduk diam. Matt suruh serah itu ini. Ambil itu ini. Tapi bab masak dan potong sayur, memang Matt tak bagi. Esok pun tak makan katanya. Mar asyik tahan geram je apabila Matt masak sambil bebel kat dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience