BAB 7

Adventure Completed 1063

Akhirnya, mereka berjaya juga melepasi atmosfera bumi walaupun kapal angkasa itu seakan-akan mahu terhempas bila-bila masa sahaja.

Bunyi berdengung menganggu pendengaran telinga Joey.

Joey melindungi matanya dengan tangan kerana tiba-tiba sahaja ada cahaya yang menyilaukan mengganggu penglihatan.

“Cepat Joey ! Keluar dari sini dan musnahkan MP4 itu supaya Don dan kawan-kawannya tidak dapat mendarat di bumi.

Putuskan segera signal permainan media digital itu ke angkasa lepas.

Kami akan segera beredar dari sini.

Selamat tinggal Joey !” Kata Xyru kepada Joey.

Zorf segera membuka pintu untuk Joey keluar.

Mereka melambai-lambai tangan kepada Joey.

Pintu segera ditutup dan kapal angkasa itu bergerak laju meninggalkan Joey.

Bila kapal angkasa tersebut berlepas, Joey sedar dia sekarang sudah kembali berada di dalam biliknya.

Joey segera melontar dengan kuat pemain media digital MP4 yang masih lagi memainkan permainan angkasa lepas yang dimainkannya tadi ke dinding.

Pecah berderai alat permainan itu.

Satu sinaran cahaya yang terang hilang bersama-sama alat permainan itu.

Langsung tiada satu kesan pun di lantai bilik Joey.

Joey terkesima.

Jadi, sekarang selamatlah Joey dari menjadi tebusan Don dan rakan-rakannya.

Namun, dia berharap suatu hari nanti dia masih berpeluang untuk berhubung dan berjumpa lagi dengan Zorf dan Xyru si Martian dari Marikh.

Belum puas rasanya dia mengembara ke angkasa lepas bersama sahabat barunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience