BAB 5

Adventure Completed 1063

“Oh! Saya ingat tiada makhluk yang tinggal di Marikh.” Joey memberitahu jujur.

“Mestilah ada.” Kata Xyru tertawa.

“Pertukaran siang dan malam di Marikh hampir sama dengan bumi.

Ini menyebabkan musimnya pun lebih kurang serupa dengan bumi.

Sekarang musim sejuk sebab itu zon putih di kawasan kutub lebih besar dan zon gelap mengecil.” Kata Zorf.

“Hmmm...

Macam tu.

Baru saya tahu.” Joey mengangguk-anggukkan kepala.

“Kamu juga perlu tahu bahawa langit kami kelihatan berwarna jingga.

Tidak sama dengan langit di bumi yang kelihatan kebiru-biruan.” Zorf menambah lagi.

“Jom kita pusing-pusing Marikh.

Hohoho...

Pandang ke sana! Itulah gunung yang tertinggi dalam sistem suria.

Gunung Olympus.

Setinggi 27 kilometer.

Ia gunung berapi yang tidak aktif.” Kata Xyru kepada Joey.

“Hebatnya! Mujur ia tidak meletus.

Saya tidak dapat bayangkan kalau ia gunung berapi yang aktif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience