BAB 6

Adventure Completed 1063

Tentu lavanya sangat panas dan memancut tinggi ke atas sebelum mengalir ke bawah.” Mulut Joey ternganga kerana terlalu kagum.

Namun, kegembiraan mereka tidak lama.

Tiba-tiba datang satu kapal angkasa yang lebih besar cuba melanggar kapal angkasa Zorf dan Xyru.

Mereka di tembak bertubi-tubi oleh kapal angkasa itu.

Kapal angkasa Zorf dan Xyru mengelak ke kiri dan ke kanan.

Sekejap ke atas dan sekejap ke bawah.

“Itu Don dan rakan-rakannya.

Don musuh kami.

Dia memang tidak suka Martian ada hubungan dengan manusia di bumi.

Kami perlu hantar kamu pulang dengan segera.

Jika tidak, dia pasti menangkap kamu sebagai tebusan.

Kamu akan dikurung di dalam makmal dan dijadikan uji kaji mereka.” Kata Zorf kepada Joey.

Ini menyebabkan Joey berasa sangat takut.

Laju kapal angkasa Zorf dan Xyru menghala ke bumi.

Mereka dikejar dan cuba dipintas oleh kapal angkasa Don.

Mujurlah kapal angkasa Zorf dan Xyru sangat laju walaupun kecil.

Bergegar-gegar kapal angkasa Zorf dan Xyru kerana dipandu melebihi kelajuan yang sepatutnya.

Meter kelajuan berpusing-pusing tanda tidak stabil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience